Katakanlah (Muhammad): “Adakah perlu Kami mengkhabarkan kepada kalian mengenai orang-orang yang paling rugi perbuatannya? [103] (Itulah) golongan yang sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia, sedangkan mereka mengira bahawa mereka telah berbuat sebaik-baiknya. [104]
[Al-Kahf, 18: 103-104].
ketahuilah bahawa di sana adanya golongan yang menganggap bahawa mereka telah melakukan ibadah kepada Allah, namun ternyata amalan mereka tidak diterima.. berdoalah supaya kita dijauhkan daripada perkara ini.. contohilah kedua-dua Nabi Ibrahim dan Isma’il A.S, ketika mereka berkata: “Ya Tuhan kami! Terimalah (amalan) kami, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar Maha Mengetahui.” (sila lihat surah Al-Baqarah, ayat 127)..
sekadar peringatan untuk diri sendiri dan anda sekalian, wallahu a’lam..
-mrblinc-
jakarta barat
TIDAK lengkap rasanya kalau kita berbicara mengenai Islam tanpa menyentuh mengenai As-Sunnah Rasul S.A.W.. ini kerana tiada Islam tanpa As-Sunnah.. tafsiran Al-Quran juga mungkin akan tersasar tanpa bimbingan As-Sunnah.. oleh itu, saya kira agak penting juga bagi saya untuk menyentuh secara ringkas mengenai As-Sunnah Rasul S.A.W..
perkara pertama yang ingin saya sebutkan adalah mengenai kepentingan As-Sunnah bagi kaum muslimin.. kepentingan pertama adalah berpegang pada As-Sunnah merupakan salah satu tuntutan Allah ‘Azza wa Jalla ke atas setiap muslim.. banyak ayat Al-Quran yang menyebutkan tentang perkara ini.. antaranya ayat 59 surah An-Nisa’..
Wahai orang-orang yang beriman! Taatilah Allah dan taatilah Rasul, serta uli al-amr dari kalangan kalian…
[An-Nisa', 4: 59].
(more…)
MENJADI kebiasaan saya, setiap kali selepas membentangkan tajuk mengenai kebenaran Al-Quran, saya akan membawakan satu kisah daripada Al-Quran, dengan harapan orang yang pernah menyaksikan mukjizat Al-Quran dapat mengambil pengajaran daripada kisah tersebut.. apakah kisah yang saya maksudkan? marilah sama-sama kita menghayati kisah tersebut..
Maka Musa berasa takut dalam dirinya. [67] Kami berfirman, “Jangan takut, sesungguhnya engkau yang lebih unggul. [68] Dan lemparkan apa yang ada di tanganmu, nescaya ia akan menelan apa yang mereka perbuat. Apa yang mereka perbuat itu adalah tipu daya sihir, dan pesihir tidak akan menang dari mana pun ia datang. [69]
[Thaha, 20: 67-69].
(more…)
Maka mengapa mereka mencari agama selain agama Allah, sedangkan apa yang ada di langit dan di bumi berserah diri kepadaNya, dalam keadaan suka mahu pun terpaksa, dan hanya kepadaNya mereka dikembalikan.
[Ali 'Imran, 3: 83].
sekadar pengajaran buat kita semua.. Allah mengkhabarkan bahawa segala yang ada di langit mahu pun di bumi berserah diri kepada Allah dalam segala urusan mereka, namun sayangnya tidak semua manusia yang diberikan akal fikiran ini berserah diri kepadaNya, walau pun pada zahirnya mereka menggelarkan diri mereka sebagai MUSLIM (yang bermaksud ORANG-ORANG YANG BERSERAH DIRI)..
kadang-kadang telah jelas suatu perintah dari Allah, namun pasti ada di kalangan manusia yang cuba mempersoalkan perintah tersebut.. belajarlah daripada langit dan bumi, dan apa yang ada di antara kedua-duanya.. tunduklah kepada perintah Allah Ta’ala, serahkanlah segala urusan kepadaNya, kerana hanya Allah yang mengetahui yang terbaik buat kita, kerana Dialah yang telah menciptakan kita semua.. wallahu a’lam..
-mrblinc-
jakarta barat
BERBICARA tentang kebenaran Islam, saya rasa masih ramai umat Islam yang ragu-ragu dalam menyatakan kebenaran agama Islam.. sehinggakan apabila ditanyakan kepada mereka tentang agama-agama lain, ada antara mereka yang menjawab, mungkin agama lain juga benar.. sayang seribu kali sayang apabila jawapan seperti ini keluar dari bibir seorang individu yang menganut agama Islam sejak kecil..
oleh sebab itu, saya mengambil keputusan untuk menulis entry kali ini, dengan harapan para pembaca mendapat gambaran yang jelas tentang kenapa saya berpendapat bahawa hanya Islam agama yang diterima di sisi Tuhan, dan bukannya agama lain.. di sini akan saya bentangkan bukti-bukti kebenaran Islam yang tidak mungkin dapat ditolak lagi oleh mana-mana pihak, insya-Allah..
soalan pertama, apakah ciri-ciri agama Tuhan? untuk menjawab pertanyaan ini, saya ingin mengutip kata-kata seorang personaliti dari Amerika, Jamaal Zarabozo, dalam salah satu artikelnya: “The Miraculous Quran“.. berikut adalah beberapa petikan daripada kata-kata beliau..
(more…)
BERBICARA tentang kembali kepada Tuhan, kita dapat melihat pelbagai gelagat manusia dalam usaha mereka untuk kembali kepadaNya.. ada yang sanggup mencederakan diri mereka, mencucuk lidah mereka dengan panah, mencucuk belakang mereka sehingga berdarah, sebagaimana yang dilakukan oleh segelintir penganut agama Hindu pada hari Thaipusam.. ada pula orang yang sanggup tidak berkahwin, membotakkan kepala, berkaki ayam, sebagaimana yang dilakukan oleh sami Buddha.. betapa dahsyatnya cara mereka mengabdikan diri mereka kepada Tuhan.. kalau anda meminta saya untuk melakukan perkara ini, saya pun tidak sanggup.. namun, adakah semua ini akan diterima di sisi Tuhan yang Maha Kuasa? inilah yang sering kita persoalkan..
bagaimana pula pendapat anda, sekiranya perkara yang sama dipersoalkan tentang agama Islam? bagaimana pendapat anda sekiranya penganut agama lain mempersoalkan penerimaan amalan-amalan umat Islam di sisi Tuhan.. solat lima waktu sehari semalam, mengeluarkan zakat, berpuasa sepanjang bulan Ramadhan, menunaikan haji ke Makkah.. adakah ini diterima di sisi Tuhan? apakah jawapan anda terhadap persoalan ini? mungkin ada antara kita yang akan menjawab, memang inilah tuntutan Tuhan terhadap hamba-hambaNya.. namun, adakah jawapan ini dapat mereka terima dengan begitu mudah? bagaimanakah sekiranya mereka menjawab, menurut agama mereka amalan merekalah yang dituntut oleh Tuhan?
jawapan kepada persoalan ini cukup mudah.. jawapannya adalah kami, umat Islam, mempunyai bukti yang cukup kukuh untuk mengatakan bahawa memang amalan kami yang dituntut oleh Tuhan ke atas hamba-hambaNya.. dan bukti tersebut adalah AL-QURAN yang menjadi pegangan kami.. mengenai persoalan bagaimana kami begitu yakin bahawa AL-QURAN itu adalah benar berasal dari sisi Tuhan, insya-Allah akan saya jawab dalam entry yang akan datang..
-mrblinc-
jakarta barat