DAN ketika mereka berbantah-bantahan di dalam neraka, maka berkatalah orang-orang yang lemah kepada orang-orang yang yang menyombongkan diri, “Sesungguhnya kami dahulu adalah pengikut-pengikut kalian. Adakah kalian dapat melepaskan sebahagian azab neraka yang menimpa kami?” [47] Berkatalah orang-orang yang menyombongkan diri, “Sesungguhnya kita semua berada di dalam neraka. Sesungguhnya Allah telah menetapkan keputusan antara hamba-hamba(Nya).” [48].
[Al-Mu'min, 40: 47-48].
Dan berkatalah orang-orang yang mengikuti: “Seandainya kami mendapat kesempatan (untuk kembali ke dunia), nescaya kami akan berlepas diri daripada mereka, sebagaimana mereka berlepas diri daripada kami.” Demikianlah Allah memperlihatkan kepada mereka amalan-amalan mereka yang menjadi penyesalan mereka, dan tidaklah mereka akan keluar dari neraka.
[Al-Baqarah, 2: 167].
Pengajaran:
- Di akhirat kelak, tiada gunanya lagi untuk menyalahkan golongan lain.
- Berfikirlah selagi masih ada waktu di dunia ini supaya kita tidak menyesal di kemudian hari.
- Janganlah mengikuti orang lain (sama ada nenek moyang, orang ramai, mahu pun golongan agamawan) dengan membuta tuli, tanpa mengetahui adakah benar perkara tersebut diajarkan oleh Allah dan Rasul.
- Bertanyalah kepada mereka: Benarkah ini yang disebutkan oleh Allah dan Rasul? Sekiranya YA, maka ikutilah. Sekiranya TIDAK, maka jauhilah.
Aku tinggalkan kepada kalian dua perkara; kalian tidak akan sesat selama-lamanya, selagi mana kalian berpegang pada kedua-duanya; Kitabullah dan Sunnah RasulNya.
[HR Malik].
-mrblinc-
jakarta barat
BOLEHKAH anda bayangkan,
Sekiranya ada satu kepercayaan yang anda anuti atau amalan yang anda amalkan, yang diwariskan oleh generasi terdahulu sebelum anda, generasi demi generasi, sehingga kepercayaan tersebut sudah sebati dengan kehidupan anda..
Kemudian, datanglah sekelompok manusia dan mendakwa bahawa kepercayaan dan amalan tersebut adalah karut semata-mata.. Apakah perasaan anda? Sukar untuk menerima hakikat tersebut? Apakah tindakan anda? Menolak dakwaan tersebut? Mungkinkah perkataan ini akan keluar dari mulut anda, “Ini warisan turun temurun.. Dah lama orang buat, takkan salah kot?”
(more…)
MELANGKAH keluar dari ruangan peperiksaan, aku disapa..
Kawan Adli: Amacam exam? Ok tak?
Adli Khalim: Entah la.. Insya-Allah ok kot.. Aku pun tak berani nak komen.. Just wait and see la..
Kawan Adli: Ish kau ni.. Sebut benda tu pulak..
Adli Khalim: Sebut apa?
Kawan Adli: Ala, yang kau sebut dengan nama Tuhan kau tu la tadi..
Adli Khalim: Owh, “insya-Allah” tu.. Kenapa pulak tak boleh?
Kawan Adli: Memang la kau boleh sebut, tapi sebut kat non-muslim boleh ke?
(more…)
‘ABDULLAH bin ‘Abdu Al-Muththalib
Saya rasa kita semua pasti pernah mendengar nama di atas.. Nama yang diberikan kepada ayahanda Rasulullah S.A.W oleh datuknya, lama sebelum kelahiran baginda.. Persoalan pertama yang ingin saya lontarkan adalah, “Adakah datuk Nabi S.A.W beragama Islam memandangkan dia telah memberikan nama ‘Abdullah (ertinya hamba Allah) kepada salah seorang anaknya?”
Tetapi mengapa orang-orang kafir mengatakan, “Muhammad telah mengada-adakannya.” Tidak, Al-Quran itu kebenaran dari Tuhanmu, agar engkau memberi peringatan kepada kaum yang belum pernah didatangi orang yang memberi peringatan sebelum engkau, supaya mereka mendapat petunjuk.”
[As-Sajdah, 32: 3].
Ayat di atas menyebutkan bahawa Nabi Muhammad S.A.W adalah utusan Allah yang pertama untuk kaum tersebut.. Kalau begitu, bagaimana mungkin datuk Rasulullah S.A.W telah memeluk agama Islam sebelum baginda lahir ke dunia ini?
(more…)