MUNGKIN ada yang tertanya-tanya, kenapa mrblinc membahagikan bid’ah kepada bid’ah haqiqiyyah dan bid’ah idhafiyyah? Bukan ke bid’ah terbahagi dua menjadi bid’ah hasanah dan bid’ah dhalalah?
Sebenarnya kedua-dua pembahagian tersebut dilakukan oleh imam-imam terdahulu. Ada pun pembahagian bid’ah kepada bid’ah haqiqiyyah dan bid’ah idhafiyyah, perbahasannya boleh didapati dalam kitab Al-I’tisham karangan Al-Imam Asy-Syathibi R.H. Saya telah membahaskannya secara ringkas dalam entry yang bertajuk Kena Naik Unta Ke?
Ada pun pembahagian bid’ah kepada bid’ah hasanah dan bid’ah dhalalah, ini adalah pembahagian yang dilakukan oleh Al-Imam Asy-Syafi’i R.H. Kata Asy-Syafi’i, “Bid’ah itu ada dua: Bid’ah mahmudah dan bid’ah madzmumah. Sekiranya sesuai dengan sunnah, maka itu adalah mahmudah, tetapi sekiranya bertentangan dengan sunnah, maka itulah madzmumah.” – [Dikeluarkan oleh Abu Nuaim dalam Al-Hilyah].
(more…)
MASIH lagi berbicara mengenai mencari dalil yang shahih dalam urusan ibadah, sama ada dalil mengenai pensyari’atan sesuatu ibadah mahu pun dalil mengenai tatacara pelaksanaan sesuatu ibadah. Kedua-dua perkara ini penting dalam memastikan ibadah-ibadah mahdhah kita diterima.
Apakah yang dimaksudkan oleh ibadah mahdhah? Ibadah mahdhah adalah sebarang bentuk ibadah spesifik, sama ada spesifik dari segi tatacara, tempat mahu pun waktu pelaksanaannya. Misalnya solat (adanya tatacara dan waktu yang ditetapkan), zakat (adanya kadar harta yang dikeluarkan). Ada pun sedekah, syari’at tidak pernah menetapkan adanya kadar harta yang harus dikeluarkan, maka sedekah termasuk dalam kategori ibadah ghairu mahdhah.
(more…)
DALAM entry yang lalu, saya telah menjelaskan mengenai dua golongan yang mempunyai pola yang berbeza; iaitu golongan yang beriman (diwakili oleh Abu Bakar R.A, sekadar untuk memudahkan pemahaman) dan golongan yang kafir (diwakili oleh Abu Jahal). Kedua-duanya mempunyai persamaan dalam urusan “Percaya kepada Allah” dan “Percaya kepada Muhammad”, namun mereka berbeza dalam urusan “Menerima Risalah Muhammad.”
Dalam entry tersebut juga, saya telah membangkitkan satu persoalan: Anda mengucapkan “Tiada Ilah melainkan Allah” dan “Muhammad adalah Rasulullah”, bererti anda juga mempunyai pola yang sama dengan kedua-dua golongan di atas, namun dalam urusan “Menerima Risalah Muhammad”, adakah anda lebih memilih untuk mengikuti pola Abu Bakar R.A (Sami’na wa Atha’na – We Hear and We Obey)? Atau pun anda lebih memilih untuk mengikuti pola Abu Jahal (Sami’na wa ‘Ashaina – We Hear and We Disobey)?
Jawapan bagi persoalan di atas adalah bergantung pada sejauh mana pegangan anda terhadap dalil-dalil Al-Quran dan As-Sunnah. Namun, harus kita ketahui bahawa tidak semua perkara dalam urusan kehidupan seharian ini memerlukan dalil. Oleh itu, dalam entry kali ini, saya akan bawakan satu perbahasan mengenai beberapa aspek kehidupan yang memerlukan kita untuk berpegang pada dalil-dalil Al-Quran dan As-Sunnah.
(more…)