TAHUKAH anda bahawa sebab Al-Bukhari [rahimahullah] mengarang kitab shahihnya adalah kerana ucapan ringkas daripada gurunya, Ishaq bin Rahawaih [rahimahullah]? Kisahnya adalah sebagaimana berikut:
Pada suatu hari, Ishaq bin Rahawaih berkata kepada murid-muridnya: “Seandainya sahaja ada salah seorang antara kalian yang mengumpulkan sebuah kitab yang berisi riwayat-riwayat yang shahih mengenai sunnah Rasulullah shallallahu `alaihi wasallam.” Sebuah ucapan yang sederhana daripada Ishaq bin Rahawaih, namun sangat membekas dalam jiwa Al-Bukhari. Setelah itu, Al-Bukhari menyusun kitab Shahihnya yang agung dan mengekalkan namanya sepanjang sejarah. [Sumber: Ma’alim fi Thariq al-Ishlah, Syaikh Abdul Aziz As-Sadhan : 117-118].
Credit to: Akh Igun.
Oleh:
Adli Khalim
17 September 2011
Jakarta Barat, 14:20