manhaj


DALAM entry yang lalu, saya menyebutkan tentang beberapa golongan yang menyandarkan diri mereka pada nash-nash Al-Quran dan As-Sunnah, tetapi mereka tidak dapat memahaminya. Untuk entry kali ini, saya ingin membahas mengenai golongan-golongan yang lebih cenderung untuk mengikuti hawa nafsu mereka, walau pun telah disampaikan kepada mereka ayat-ayat Allah. Berikut adalah penjelasannya.


(more…)

DALAM beberapa entry sebelum ini telah saya jelaskan tentang pentingnya bagi kita untuk berpegang teguh pada nash-nash Al-Quran mahu pun As-Sunnah yang shahih, terutama dalam Tauhid Al-Asma’u wa Ash-Shifat dan Tauhid Al-Uluhiyyah. Namun, harus juga saya ingatkan bahawa di luar sana masih ada kelompok-kelompok tertentu yang tersasar daripada jalan yang benar [atau tidak berada di atas jalan untuk mengenal Allah], walau pun mereka menyandarkan diri mereka pada Al-Quran dan As-Sunnah. Siapakah mereka?

(more…)

MUNGKIN ada yang tertanya-tanya, kenapa mrblinc membahagikan bid’ah kepada bid’ah haqiqiyyah dan bid’ah idhafiyyah? Bukan ke bid’ah terbahagi dua menjadi bid’ah hasanah dan bid’ah dhalalah?


Sebenarnya kedua-dua pembahagian tersebut dilakukan oleh imam-imam terdahulu. Ada pun pembahagian bid’ah kepada bid’ah haqiqiyyah dan bid’ah idhafiyyah, perbahasannya boleh didapati dalam kitab Al-I’tisham karangan Al-Imam Asy-Syathibi R.H. Saya telah membahaskannya secara ringkas dalam entry yang bertajuk Kena Naik Unta Ke?


Ada pun pembahagian bid’ah kepada bid’ah hasanah dan bid’ah dhalalah, ini adalah pembahagian yang dilakukan oleh Al-Imam Asy-Syafi’i R.H. Kata Asy-Syafi’i, “Bid’ah itu ada dua: Bid’ah mahmudah dan bid’ah madzmumah. Sekiranya sesuai dengan sunnah, maka itu adalah mahmudah, tetapi sekiranya bertentangan dengan sunnah, maka itulah madzmumah.” – [Dikeluarkan oleh Abu Nuaim dalam Al-Hilyah].

(more…)

MASIH lagi berbicara mengenai mencari dalil yang shahih dalam urusan ibadah, sama ada dalil mengenai pensyari’atan sesuatu ibadah mahu pun dalil mengenai tatacara pelaksanaan sesuatu ibadah. Kedua-dua perkara ini penting dalam memastikan ibadah-ibadah mahdhah kita diterima.


Apakah yang dimaksudkan oleh ibadah mahdhah? Ibadah mahdhah adalah sebarang bentuk ibadah spesifik, sama ada spesifik dari segi tatacara, tempat mahu pun waktu pelaksanaannya. Misalnya solat (adanya tatacara dan waktu yang ditetapkan), zakat (adanya kadar harta yang dikeluarkan). Ada pun sedekah, syari’at tidak pernah menetapkan adanya kadar harta yang harus dikeluarkan, maka sedekah termasuk dalam kategori ibadah ghairu mahdhah.

(more…)

DALAM entry yang lalu, saya telah menjelaskan mengenai dua golongan yang mempunyai pola yang berbeza; iaitu golongan yang beriman (diwakili oleh Abu Bakar R.A, sekadar untuk memudahkan pemahaman) dan golongan yang kafir (diwakili oleh Abu Jahal). Kedua-duanya mempunyai persamaan dalam urusan “Percaya kepada Allah” dan “Percaya kepada Muhammad”, namun mereka berbeza dalam urusan “Menerima Risalah Muhammad.”


Dalam entry tersebut juga, saya telah membangkitkan satu persoalan: Anda mengucapkan “Tiada Ilah melainkan Allah” dan “Muhammad adalah Rasulullah”, bererti anda juga mempunyai pola yang sama dengan kedua-dua golongan di atas, namun dalam urusan “Menerima Risalah Muhammad”, adakah anda lebih memilih untuk mengikuti pola Abu Bakar R.A (Sami’na wa Atha’na – We Hear and We Obey)? Atau pun anda lebih memilih untuk mengikuti pola Abu Jahal (Sami’na wa ‘Ashaina – We Hear and We Disobey)?


Jawapan bagi persoalan di atas adalah bergantung pada sejauh mana pegangan anda terhadap dalil-dalil Al-Quran dan As-Sunnah. Namun, harus kita ketahui bahawa tidak semua perkara dalam urusan kehidupan seharian ini memerlukan dalil. Oleh itu, dalam entry kali ini, saya akan bawakan satu perbahasan mengenai beberapa aspek kehidupan yang memerlukan kita untuk berpegang pada dalil-dalil Al-Quran dan As-Sunnah.

(more…)

SEBENARNYA perbahasan ini bukanlah semata-mata tertumpu pada Abu Bakar R.A dan Abu Jahal, tetapi kedua-dua tokoh tersebut mewakili kelompok masing-masing.. Ada pun Abu Jahal akan mewakili kaum musyrikin Quraisy, sedangkan Abu Bakar R.A pula akan mewakili kelompok sahabat R.A ajma’in..


Persoalan pertama: Benarkah Abu Jahal dan Abu Bakar mempunyai apa-apa persamaan? Jawapan saya adalah “YA”.. Persamaan pertama adalah kepercayaan mereka terhadap Allah.. Ada pun Abu Bakar, sebagaimana yang kita tahu, tidak dikatakan beriman seseorang itu, melainkan dia wajib beriman kepada Allah.. Bagaimana pula dengan kaum Quraisy? Telah saya jelaskan sebelum ini, secara fitrahnya manusia akan meyakini bahawa seluruh alam ini diciptakan oleh Tuhan (Allah) yang Maha Kuasa..


Dan sekiranya engkau bertanya kepada mereka, siapakah yang menciptakan mereka, nescaya mereka akan menjawab: “Allah.” Bagaimana mereka dapat dipalingkan?

[Az-Zukhruf, 43: 87].

(more…)

‘ABDULLAH bin ‘Abdu Al-Muththalib


Saya rasa kita semua pasti pernah mendengar nama di atas.. Nama yang diberikan kepada ayahanda Rasulullah S.A.W oleh datuknya, lama sebelum kelahiran baginda.. Persoalan pertama yang ingin saya lontarkan adalah, “Adakah datuk Nabi S.A.W beragama Islam memandangkan dia telah memberikan nama ‘Abdullah (ertinya hamba Allah) kepada salah seorang anaknya?”


Tetapi mengapa orang-orang kafir mengatakan, “Muhammad telah mengada-adakannya.” Tidak, Al-Quran itu kebenaran dari Tuhanmu, agar engkau memberi peringatan kepada kaum yang belum pernah didatangi orang yang memberi peringatan sebelum engkau, supaya mereka mendapat petunjuk.”

[As-Sajdah, 32: 3].


Ayat di atas menyebutkan bahawa Nabi Muhammad S.A.W adalah utusan Allah yang pertama untuk kaum tersebut.. Kalau begitu, bagaimana mungkin datuk Rasulullah S.A.W telah memeluk agama Islam sebelum baginda lahir ke dunia ini?


(more…)

“HADITS ni hadits dha’if ke mutawatir?”


Terdiam seribu bahasa mendengarkan pertanyaan seperti ini dilontarkan.. Hadits dha’if ke hadits mutawatir? Kenapa pula kedua-dua istilah ini digandingkan bersama, seakan-akan kedua-duanya berada dalam satu kategori yang sama? Pertanyaan yang cukup aneh, tetapi cukup untuk menyedarkan saya mengenai realiti umat Islam hari ini.. Ternyata masih ramai umat Islam hari ini yang belum terbiasa dengan istilah-istilah seperti ini..


Saya juga begitu, suatu ketika dahulu.. Tetapi alhamdulillah, Allah telah memudahkan jalan bagi saya untuk mengenal istilah-istilah ini.. Walau pun masih banyak yang tidak saya ketahui mengenai ilmu hadits, namun pengetahuan yang saya peroleh sepanjang beberapa tahun kebelakangan ini sedikit sebanyak membantu saya untuk memahami perbahasan mengenai hadits.. Saya rasa mungkin ada baiknya sekiranya saya menjelaskan beberapa perkara mengenai pertanyaan di atas, yang ditanyakan oleh salah seorang teman..


Pertama, saya ingin menjelaskan mengenai kategori-kategori hadits.. Ada pun kedua-dua istilah di atas (iaitu hadits dha’if dan hadits mutawatir) sebenarnya tidak berada dalam satu kategori yang sama.. Di bawah saya bawakan satu contoh.. Sekiranya dikumpulkan semua pelajar lelaki di dalam sebuah kelas, kita boleh mengelompokkan mereka dalam beberapa kategori.. Kategori pertama adalah berdasarkan negeri asal pelajar-pelajar tersebut: Kelantan, Selangor, Kedah, Perak, Terengganu, Perlis, Sarawak, dll.. Kategori kedua pula berdasarkan bulan mereka dilahirkan: Muharram, Rajab, Ramadhan, Syawal, dll.. Kategori ketiga pula berdasarkan makanan kegemaran mereka: nasi kerabu, nasi uduk (BM: nasi lemak), bubur ayam, ketoprak, pempek, bakso, dll..


(more…)

“TADI aku jumpa Cikgu Nasir.. dia kata siapa yang nak ikut lawatan ke Pulau Langkawi, sila bagi nama kat aku, beserta bayaran,” kata Kamal, sambil tersengih.. mendengarkan pengumuman daripada Kamal membuatkan aku tertanya-tanya: boleh percaya ke dia ni?


“alah Kamal.. macam la Cikgu Nasir tak boleh suruh orang lain buat kerja tu.. bukannya dia tak tahu perangai kau macam mana,” kata Imran.. “ah, suka hati korang la kalau tak nak percaya,” kata si Kamal sambil tersengih, lalu berjalan ke tempat duduknya.. “macam mana dia boleh terfikir ada orang akan percaya cakap dia? bukan sekali dua dia menipu kita semua,” kata Sarah yang sedang berdiri di tepi mejaku..


tiba-tiba si Aiman melangkah masuk ke dalam kelas dan membuat satu pengumuman: “bagi sesiapa yang nak ikut lawatan ke Pulau Langkawi, sila isi borang kebenaran ibu bapa ni.. untuk urusan pembayaran, Cikgu Nasir kata paling lambat hari Selasa minggu depan,” kata ketua kelas.. “haa, ni baru betul,” kata si Imran.. “hah? apa yang betul?” tanya si Aiman, kebingungan..

(more…)

BEBERAPA hari yang lalu, saya ditanya satu soalan mengenai perkara apa sahaja yang membuatkan amalan kita menjadi sia-sia.. saya katakan: amalan kita menjadi sia-sia kerana tidak memenuhi ketiga-tiga syarat yang telah ditetapkan oleh Al-Quran dan As-Sunnah.. apa sahaja yang dikatakan tiga syarat tersebut? saya katakan: sila klik di sini..


setelah merenung kembali jawapan yang saya berikan, saya teringat kembali kata-kata seorang tokoh, iaitu Dr. Abdullah Yasin.. kata beliau, ramai umat Islam hari ini yang mengucapkan La ilaha illallah, namun kerana mereka tidak faham, walau pun mereka Islam, tetapi mereka masih mengamalkan amalan-amalan syirik.. ramai umat Islam yang mengucapkan Muhammadu Ar-Rasulullah, namun kerana mereka tidak faham, walau pun mereka Islam, tetapi mereka masih mengamalkan amalan-amalan bid’ah.. (more…)

Next Page »