Archive for the ‘Realiti Umat’ Category

Sesama Manhaj Pula Bergaduh

Posted: November 30, 2011 in Isu Semasa, Realiti Umat

BANYAK isu yang terjadi beberapa minggu kebelakangan. Pergaduhan dan perselisihan faham antara pendukung manhaj sunnah semakin menjadi-jadi. Belum lagi mengambil kira serangan dari luar. Biasa kita dengar `ulama’ bahas tentang faktor-faktor terjadinya perpecahan dalam kalangan umat Islam dan solusinya. Semoga selepas ini ada `ulama’ yang akan bahas tentang faktor-faktor terjadinya perpecahan dalam kalangan pendukung manhaj [...]

[Puasa] Tarawih = Adat?

Posted: August 2, 2011 in Fiqh Puasa, Realiti Umat

- HAIRAN apabila melihat suatu golongan yang bersungguh-sungguh mempertahankan “tarawih 20 raka`at”, namun sayang 20 raka`at tersebut hanyalah angka semata-mata. – Imam membaca dengan cepat [menyambung beberapa ayat dalam surah Al-Fatihah dalam satu nafas]. – 2 raka`at pertama: At-Takatsur [surah 102] – Al-Ikhlash [surah 112]. – 2 raka`at kedua: Al-`Ashr [surah 103] – Al-Ikhlash [surah 112]. [...]

PERTAMA: Valentine’s Day 1 – Saya rasa ramai yang sudah tahu bahawa sambutan Valentine’s Day bukanlah sebahagian daripada ajaran Islam, malah sambutan tersebut jelas sekali bertentangan dengan ruh ajaran Islam. Maka, menjadi kewajipan bagi kita untuk menjauhinya. 2 – Kita akan dapati banyak versi yang berbeza tentang asal-usul sambutan Valentine’s Day, namun keshahihan kisah-kisah tersebut [...]

BERIKUT adalah penjelasan tentang Syi’ah daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia [JAKIM], sila klik di SINI.   Antara kandungannya adalah: Penyelewengan dari segi Aqidah: Khalifah diwasiatkan secara Nas. Imam adalah ma’shum. Al-Bada’ [Ilmu Allah berubah mengikut peristiwa yang berlaku kepada manusia]. Ar-Raj’ah [Kemunculan semula Imam Mahdi dan golongan yang telah mati untuk memberi keadilan]. At-Taqiyyah [Berpura-pura]. [...]

SUATU ketika dahulu, saya pernah menulis satu entry tentang kepentingan untuk memastikan keshahihan suatu hadits sebelum menyebarkannya. Salah satu tips mudah yang saya berikan: Sebarkanlah hadits-hadits yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari dan Imam Muslim rahimahumallah. Sebagaimana yang kita tahu, biasanya apabila disebut “Hadits ini diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim”, atau  “Hadits ini diriwayatkan oleh Al-Bukhari”, [...]

* Sahur  tidak wajib tetapi sangat dianjurkan kerana padanya ada berkah. * Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam biasanya melewatkan sahurnya. * Tempoh waktu antara sahur baginda dan solat Subuh adalah sekitar bacaan 50 ayat Al-Quran. * Waktu “Imsak” [sebagaimana yang difahami oleh masyarakat Islam di Malaysia] tidak pernah wujud di zaman Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. * [...]

* Niat [termasuk niat untuk puasa, solat, dll] tidak perlu dilafazkan, bahkan sebahagian ahli ilmu menganggapnya [melafazkan niat] sebagai bid’ah. * Ajaran melafazkan niat – pada pandangan peribadi saya – lebih menyusahkan orang awam, terutama apabila seseorang ingin mendirikan solat jama’ dan qashar [ini adalah pengalaman saya sendiri suatu ketika dahulu]. * Perbahasan ini [melafazkan [...]

Serban dan Ruku’?

Posted: May 28, 2010 in Isu Semasa, Realiti Umat

APA pendapat anda apabila ada ma’mum yang tertinggal satu rakaat [tidak sempat ruku' bersama imam] kerana sibuk memutar kain serban di atas kepalanya? Bukan apa, setahu saya, menutup kepala bukanlah merupakan syarat sah solat – dengan kata lain, tanpa memakai penutup kepala, solatnya masih sah – apatah lagi memakai serban. [NOTA: Dalam laman web IslamWeb.Net, [...]

Anehnya Malam Ni

Posted: December 31, 2009 in Realiti Umat

ANEHNYA malam ni. Tak ada sesiapa pun yang berkempen kepada saya untuk membaca doa akhir tahun – awal tahun. Tak seperti Awal Muharram yang lepas, ramai je yang tulis kat status Facebook, mengingatkan orang lain untuk membaca doa akhir tahun – awal tahun. Tak ketinggalan di blog-blog peribadi. Apa bezanya 1 Muharram dengan 1 Januari [...]