Archive for the ‘Renungan’ Category

Kerana Sebuah Ucapan

Posted: September 17, 2011 in Renungan

TAHUKAH anda bahawa sebab Al-Bukhari [rahimahullah] mengarang kitab shahihnya adalah kerana ucapan ringkas daripada gurunya, Ishaq bin Rahawaih [rahimahullah]? Kisahnya adalah sebagaimana berikut: Pada suatu hari, Ishaq bin Rahawaih berkata kepada murid-muridnya: “Seandainya sahaja ada salah seorang antara kalian yang mengumpulkan sebuah kitab yang berisi riwayat-riwayat yang shahih mengenai sunnah Rasulullah shallallahu `alaihi wasallam.” Sebuah [...]

Pesanan Ustaz

Posted: April 12, 2010 in Renungan

PESANAN ustaz saya, “sentiasa tuntut ilmu.” Jangan termasuk dalam golongan yang jumud, dan jangan pula termasuk dalam golongan yang syadid. Oleh: Adli Khalim [Jakarta Barat, 12/04/10, 19:45]

WAJARKAH seseorang dikatakan tidak mengikuti sunnah hanya kerana dia tidak mengamalkan hadits-hadits yang telah dishahihkan oleh Syaikh Al-Albani rahimahullah? Adakah pendapat Al-Albani dalam menetapkan status [shahih, hasan, dha'if, mungkar, maudhu', dll] sesuatu hadits merupakan suatu keputusan muktamad sehinggakan sesiapa yang tidak bersetuju dengannya dianggap menyanggahi sunnah? Tidak salah menjadikan Al-Albani sebagai rujukan untuk menetapkan status [...]

Kenapa Kau Tak Baca?

Posted: December 18, 2009 in Manhaj Umum, Renungan

SI DIA 1: Kau baca tak doa akhir tahun, doa awal tahun semalam? SI DIA 2: Tak. Kenapa? Memang jadi apa-apa ke kalau baca? SI DIA 1: Takde la, rugi la kau tak baca. Kan sunnah Nabi baca doa-doa tu. SI DIA 2: Yela tu. Aku nak tanya kau satu soalan. Bila munculnya idea untuk [...]

Siapa Suruh Ikut?

Posted: February 28, 2009 in Renungan

DAN ketika mereka berbantah-bantahan di dalam neraka, maka berkatalah orang-orang yang lemah kepada orang-orang yang yang menyombongkan diri, “Sesungguhnya kami dahulu adalah pengikut-pengikut kalian. Adakah kalian dapat melepaskan sebahagian azab neraka yang menimpa kami?” [47] Berkatalah orang-orang yang menyombongkan diri, “Sesungguhnya kita semua berada di dalam neraka. Sesungguhnya Allah telah menetapkan keputusan antara hamba-hamba(Nya).” [48]. [...]

Terima Kasih Atas Peringatan Itu

Posted: January 31, 2009 in Renungan

BEBERAPA hari kebelakangan, saya banyak memikirkan tentang masalah-masalah da’wah yang berlegar di sekitar kampus.. Tentang junior-junior, masa depan da’wah dan tarbiyah ini, dll.. Bimbang.. Kecewa.. Dan ternyata perasaan-perasaan ini telah menyebabkan beberapa perancangan saya sepanjang hujung minggu ini agak terganggu.. Namun, alhamdulillah, tengah hari tadi ada teman yang menegur saya.. Kata-katanya benar-benar membuatkan saya tersedar.. [...]

Antara Kepastian dan Pilihan

Posted: January 19, 2009 in Renungan

Setiap yang berjiwa pasti akan merasakan kematian. Dan sesungguhnya pada hari Kiamat disempurnakan balasan kalian. Barang siapa yang dijauhkan daripada neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka dia telah berjaya. Dan tidaklah kehidupan dunia itu melainkan kesenangan yang mempedayakan. [Ali 'Imran, 3: 185]. Kematian itu suatu kepastian.. Oleh itu, tiada guna sekiranya kita cuba untuk [...]

Berpaling DaripadaNya?

Posted: January 9, 2009 in Renungan

Dan (ingatlah) ketika Musa berkata kepada kaumnya: “Wahai kaumku! Mengapa kalian menyakitiku sedangkan kalian mengetahui bahawa aku adalah utusan Allah kepada kalian?” Apabila mereka berpaling, Allah memalingkan qalbu-qalbu mereka, dan Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang fasiq. [Ash-Shaff, 61: 5]. kata Al-Imam Ibnu Katsir, maksud firman Allah: “… Apabila mereka berpaling, Allah memalingkan qalbu-qalbu [...]

Katakanlah (Muhammad): “Adakah perlu Kami mengkhabarkan kepada kalian mengenai orang-orang yang paling rugi perbuatannya? [103] (Itulah) golongan yang sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia, sedangkan mereka mengira bahawa mereka telah berbuat sebaik-baiknya. [104] [Al-Kahf, 18: 103-104]. ketahuilah bahawa di sana adanya golongan yang menganggap bahawa mereka telah melakukan ibadah kepada Allah, namun ternyata amalan mereka tidak [...]

Belajar Daripada Langit dan Bumi

Posted: December 17, 2008 in Renungan

Maka mengapa mereka mencari agama selain agama Allah, sedangkan apa yang ada di langit dan di bumi berserah diri kepadaNya, dalam keadaan suka mahu pun terpaksa, dan hanya kepadaNya mereka dikembalikan. [Ali 'Imran, 3: 83]. sekadar pengajaran buat kita semua.. Allah mengkhabarkan bahawa segala yang ada di langit mahu pun di bumi berserah diri kepada [...]