Sengaja saya tambahkan halaman ini, sekadar untuk menyenaraikan beberapa entry yang saya anggap penting. Ini kerana beberapa entry saling berhubungan antara satu sama yang lain. Semoga dengan adanya halaman ini, para pembaca boleh memahami mesej utama yang cuba sampaikan melalui penulisan-penulisan saya di blog ini.

-mrblinc-

jakarta barat

10 Responses to “Have A Look!”

  1. mrblinc Says:

    PERTAMA: Kenapa anda memilih Islam? Tahukah anda bahawa semua agama menjanjikan keselamatan untuk penganutnya? Kenapakah bukan Kristian yang menjadi pilihan anda?

    Kenapa saya memilih Islam? Kerana saya sendiri telah melihat bukti kebenaran Islam. Tidak mungkin bukti ini ada pada sesebuah agama, melainkan agama tersebut datangnya daripada Tuhan yang Menciptakan seluruh alam, yang Maha Mengetahui tentang seluruh ciptaanNya.

    Melihatkan bukti-bukti ini, saya rasa cukup bodoh sekiranya saya masih tidak mahu memilih agama ini sebagai pegangan saya. Tahukah anda apakah bukti-bukti yang saya maksudkan? Semoga entry ini menjawab persoalan ini dan sekali gus menambahkan keyakinan kita bahawa Islamlah agama yang benar.

    Sila klik: Kini Aku Bersyahadah Dengan Penuh Keyakinan.

  2. mrblinc Says:

    KEDUA: Dalam surah Thaha (surah 20), ayat 67-72, Allah menceritakan kisah Musa A.S yang diutuskan kepada Fir’aun. Setelah Musa memperlihatkan mukjizatnya kepada Fir’aun, dengan penuh rasa sombong Fir’aun mencabar Musa untuk berhadapan dengan para pesihirnya.

    Entry ini sedikit sebanyak mengupas tentang satu pengajaran yang boleh diambil daripada kisah tersebut, iaitu bagaimana reaksi manusia apabila dibentangkan kepada mereka ayat-ayat Allah. Ada yang bereaksi sebagaimana Fir’aun dan ada pula yang bereaksi sebagaimana para pesihir Fir’aun. Bagaimana pula dengan anda?

    Sila klik: Belajar Pula Daripada Pesihir Fir’aun.

  3. mrblinc Says:

    KETIGA: Telah berlalu beberapa entry saya yang menyentuh tentang Al-Quran. Kini tiba waktunya bagi saya untuk menyentuh tentang Sunnah Rasul S.A.W.

    Sunnah merupakan bahagian yang cukup penting dalam agama Islam. Bak kata orang: Tiada Islam tanpa Sunnah. Oleh itu, saya berharap entry ini akan memberikan satu gambaran yang asas tentang Sunnah Rasul S.A.W kepada para pembaca yang masih baru.

    Sila klik: Selangkah Ke Arah Memahami Sunnah Rasul S.A.W.

  4. mrblinc Says:

    KEEMPAT: Berbicara mengenai Sunnah Rasul S.A.W, sudah pasti kita akan mendengar istilah-istilah seperti “hadits mutawatir”, “hadits shahih”, “hadits maudhu’”, “hadits dha’if” dan sebagainya.

    Mungkin bagi sesetengah pihak, akibat tidak mengetahui apakah maksud istilah-istilah tersebut, mereka mula keliru dan akhirnya hilang minat mereka untuk lebih mendalami Sunnah Rasul S.A.W, sedangkan kita tahu bahawa Sunnah adalah bahagian yang cukup penting. Semoga entry ini dapat membantu.

    Sila klik: Dha’if ke Mutawatir?

  5. mrblinc Says:

    KELIMA: Nama ayahanda Rasulullah S.A.W adalah ‘Abdullah, yang bermaksud hamba Allah. Pelik bukan? Bukankah kaum Quraisy itu disebut sebagai golongan yang kafir? Sekiranya mereka kafir, bagaimana boleh wujud istilah “Hamba Allah”?

    Dikatakan Kristian juga mengenal Allah, sebagaimana kaum Quraisy. Itulah yang disebutkan dalam ayat Al-Quran. Tetapi kenapa Kristian juga disebutkan sebagai orang yang kafir?

    Kita sebagai umat Islam juga mengenal Allah. Apakah yang membezakan antara kita dengan kedua-dua golongan di atas? Semoga entry yang menjelaskan mengenai konsep Tauhid ini akan menjawab persoalan-persoalan ini.

    Sila klik: Quraisy dan Kristian.

  6. mrblinc Says:

    KEENAM: Kebelakangan ini kita sering mendengar ada pihak yang mengangkat slogan supaya kita meninggalkan amalan-amalan atau kepercayaan-kepercayaan yang telah lama kita anuti, yang kononnya tidak sesuai dengan Al-Quran dan As-Sunnah. Perkara tersebut membuatkan kita berasa cukup benci. Pelbagai alasan yang telah kita berikan.

    Namun tahukah anda, itu jugalah alasan yang telah diberikan oleh kaum-kaum terdahulu apabila mereka diajak supaya meninggalkan amalan-amalan atau kepercayaan-kepercayaan yang telah lama dianuti oleh mereka. Tidak percaya? Luangkanlah waktu anda untuk membaca entry ini.

    Sila klik: Bolehkah Anda Bayangkan.

  7. mrblinc Says:

    KETUJUH: Sebelumnya saya telah membawakan perbandingan antara Abu Bakar dan Abu Jahal: persamaan dan perbezaan antara kedua-duanya. Kemudian, telah saya tekankan bahawa untuk memastikan bahawa kita mempunyai pola seperti Abu Bakar, kita hendaklah berpegang teguh pada dalil-dalil Al-Quran dan As-Sunnah.

    Persoalannya, adakah semua perkara dalam kehidupan kita harus berdasarkan dalil-dalil? Bukankah ini cukup memberatkan sedangkan Islam sendiri bersifat mudah? Entry ini sedikit sebanyak menghurai tentang permasalahan ini.

    Sila klik: Halalkah Pempek?

  8. mrblinc Says:

    KELAPAN: Dalam entry sebelumnya, saya telah menekankan tentang pentingnya bagi kita untuk berpegang pada Al-Quran dan As-Sunnah dalam urusan agama kita. Namun adakah itu sudah mencukupi?

    Kita katakan TIDAK, kerana di sana masih ada golongan-golongan tertentu yang menyandarkan diri mereka pada Al-Quran dan As-Sunnah tetapi mereka tidak berada atas jalan yang benar, bahkan mereka mungkin akan terjerumus dalam kelompok yang sesat sekiranya pemahaman mereka yang salah itu tidak dibetulkan. Siapakah golongan-golongan yang dimaksudkan?

    Sila klik: Mereka Salah Faham

  9. mrblinc Says:

    KESEMBILAN: Sekiranya dalam entry sebelumnya saya membahas mengenai golongan-golongan yang tersalah dalam memahami nash-nash agama, kali ini saya membahaskan pula mengenai golongan-golongan yang cenderung mengikuti hawa nafsu mereka, walau pun telah dibentangkan kepada mereka nash-nash agama. Siapakah mereka?

    Sila klik: Suka Hati Je

  10. mrblinc Says:

    KESEPULUH: Rakaman program BAHTERA PERUBAHAN Dr Mohd Asri Zainul Abidin di Astro Oasis [saluran 106] yang disiarkan pada setiap hari Jumaat, jam 7.30 malam. Program yang terdiri daripada 13 episod ini diadaptasi daripada buku karangan beliau, “Mengemudi Bahtera Perubahan Minda.”

    Sila klik: Bahtera Perubahan di Astro Oasis

Comments are closed.