MUNGKIN ada yang tertanya-tanya, kenapa mrblinc membahagikan bid’ah kepada bid’ah haqiqiyyah dan bid’ah idhafiyyah? Bukan ke bid’ah terbahagi dua menjadi bid’ah hasanah dan bid’ah dhalalah?
Sebenarnya kedua-dua pembahagian tersebut dilakukan oleh imam-imam terdahulu. Ada pun pembahagian bid’ah kepada bid’ah haqiqiyyah dan bid’ah idhafiyyah, perbahasannya boleh didapati dalam kitab Al-I’tisham karangan Al-Imam Asy-Syathibi R.H. Saya telah membahaskannya secara ringkas dalam entry yang bertajuk Kena Naik Unta Ke?
Ada pun pembahagian bid’ah kepada bid’ah hasanah dan bid’ah dhalalah, ini adalah pembahagian yang dilakukan oleh Al-Imam Asy-Syafi’i R.H. Kata Asy-Syafi’i, “Bid’ah itu ada dua: Bid’ah mahmudah dan bid’ah madzmumah. Sekiranya sesuai dengan sunnah, maka itu adalah mahmudah, tetapi sekiranya bertentangan dengan sunnah, maka itulah madzmumah.” – [Dikeluarkan oleh Abu Nuaim dalam Al-Hilyah].