Pengetahuan dan Kesedaran: Dua Perkara yang Berbeza

Posted: October 27, 2008 in Renungan

CAPE’.. namun apa kan daya, tugasan belum selesai.. sekarang saya dalam proses untuk menyiapkan satu tugasan yang diberikan sebelum pulang beraya, tapi sampai ke hari ini, belum selesai jua.. beberapa hari kebelakangan ni agak ‘kosong’, tak ada idea untuk meneruskan perbahasan tu.. tarikh untuk program tu pulak makin dekat.. semoga sempat menyiapkan tugasan ni dalam jangka waktu yang ditetapkan..


tadi sempat mencari gambar-gambar yang diperlukan untuk tugasan ni.. gambar mat rempit, penagih dadah, dll.. pokoknya gambar-gambar yang menunjukkan keruntuhan moral para remaja di akhir zaman ni.. melihatkan gambar-gambar seperti ini membuatkan saya terfikir, kenapa kebanyakannya melibatkan remaja melayu muslim? ada gambar orang berkhalwat, tapi si perempuan pakai tudung.. pelik sungguh.. nak kata tak ada pengetahuan tentang agama, boleh pulak dia pakai tudung..


mungkin benar kata orang: pengetahuan dan kesedaran memang berbeza.. kadang-kadang sesetengah orang tahu, tapi dia tak sedar.. mungkin ada orang Islam yang tidak pernah mengambil berat tentang solat, namun apabila dia mengetahui bahawa hidupnya cuma berbaki beberapa bulan sahaja lagi kerana penyakit yang dideritainya, dia lantas mencari-cari ustaz yang boleh mengajarnya tentang Islam.. kenapa dia mencari ustaz? ini bererti dia tahu tentang Islam.. tetapi kenapa sebelum ini dia tidak mengambil berat tentang solat? ini bererti dia tidak sedar tentang Islam.. satu konsep yang mudah: TAHU tapi TIDAK SEDAR..


keadaan di masjid sungguh sepi.. walau pun azan dikumandangkan dengan menggunakan pembesar suara, namun tidak ramai yang ingin menyahut pangggilan tersebut.. adakah ini bererti orang Islam di sekitar tidak tahu tentang Islam? tidak.. buktinya sepanjang Ramadhan, masjid itu pasti penuh dengan para jama’ah.. mereka bukan tidak tahu, tetapi mereka tidak sedar..


bagaimana pula dengan anda? adakah anda TAHU tentang keislaman anda? adakah anda SEDAR tentang keislaman anda?


susahnya untuk menyedarkan orang..


– mrblinc –

jakarta barat

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s