Mungkinkah Ini Jawapannya?

Posted: October 29, 2008 in Renungan

DALAM entry yang lalu, saya telah menyebutkan tentang satu konsep, iaitu konsep TAHU tapi TIDAK SEDAR.. satu konsep yang cukup mudah.. cuba anda tanyakan kepada diri anda: tidakkah anda percaya tentang adanya hari pembalasan? sudah pasti.. namun adakah perkara ini dapat menghalang anda daripada melakukan maksiat? alhamdulillah sekiranya jawapan anda adalah YA! namun hakikatnya pasti ramai yang akan menjawab TIDAK! inilah yang saya namakan konsep TAHU tapi TIDAK SEDAR..


bagaimanakah caranya untuk mengatasi masalah ini? adakah dengan tilawah Al-Quran? membaca kitab-kitab hadits? menghadiri ceramah-ceramah agama? secara jujur saya katakan, kadang-kadang perkara-perkara di atas sudah tidak berjaya menimbulkan ketakutan di qalbu ini.. mengapakah semua ini berlaku? bagaimanakah konsep TAHU tapi TIDAK SEDAR ini boleh muncul dalam diri seseorang?


saya juga kurang pasti apakah jawapan kepada persoalan-persoalan ini.. namun, di sini saya ingin berkongsi sesuatu dengan anda.. semoga perkongsian ini akan memberikan manfaat buat kita semua.. berikut adalah satu bahagian yang saya petik daripada Tafsir Ibnu Katsir.. ketika berbicara mengenai ayat ke-14 surah Al-Muthaffifin (surah ke-83), yang terjemahannya: “Sekali-kali tidak! Sebenarnya apa yang selalu mereka usahakan itu menutup qalbu mereka,” Ibnu Katsir berkata: Ibnu Jarir, An-Nasa’i, Ibnu Majah dan At-Tirmidzi meriwayatkan dari Abu Hurairah, dari Nabi S.A.W, di mana baginda bersabda: “Sesungguhnya jika seorang hamba melakukan suatu dosa, maka akan muncul dalam qalbunya satu noda hitam. Jika dia bertaubat daripada perbuatan tersebut, maka qalbunya akan menjadi jernih, tetapi jika dia menambah perbuatan itu, maka akan bertambah pula noda itu.”


At-Tirmidzi mengatakan bahawa hadits ini hasan shahih.. Al-Hasan Al-Bashri mengemukakan: Noda hitam itu adalah tumpukan dosa atas dosa, sehingga menutupi seluruh bahagian qalbu yang akhirnya membuat qalbu itu mati..


apakah pengajaran yang boleh diambil daripada ayat Al-Quran, hadits dan kata-kata Al-Hasan Al-Bashri di atas? hendaklah kita selalu membersihkan hati kita daripada noda-noda yang sentiasa bertumpuk di qalbu.. besar kemungkinan, perkara inilah yang membuatkan qalbu kita tidak sudah tidak sensitif lagi terhadap ayat-ayat Allah dan hadits-hadits Nabi S.A.W.. mungkin kerana noda-noda inilah kadang-kadang kita boleh bersikap TAHU tapi TIDAK SEDAR.. wallahu a’lam..


oleh itu, marilah sama-sama kita meluangkan sedikit waktu, sekadar untuk memikirkan kembali perbuatan-perbuatan yang telah kita lakukan sepanjang hari.. muhasabah diri anda, banyakkan beristighfar, banyakkan mengingati mati, semoga perkara-perkara ini boleh menjernihkan kembali qalbu kita.. semoga perkara-perkara ini boleh membuatkan kita SEDAR akan perkara yang memang kita TAHU..


– mrblinc –

jakarta barat

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s