MASIH kecapean.. sepanjang hujung minggu saya tidak berada di rumah.. saya telah dipilih untuk menjadi salah seorang panitia bagi program tahunan fakultas, iaitu KIAT (Kajian Intensif Al-Islam Terpadu).. program selama tiga hari tersebut adalah satu platform untuk mengeratkan hubungan antara mahasiswa-mahasiswa muslim angkatan baru, dan tidak lupa juga antara sesama panitia..
sepanjang program tersebut, kami telah menyediakan beberapa slot pengisian, antaranya slot “kristianisasi” dan slot “ajaran-ajaran sesat”.. ini kerana kedua-dua ancaman ini berlegar-legar di sekitar kampus.. saya tidak berniat untuk bercerita tentang kedua-dua slot ini, tetapi sekadar membuat satu rangkuman ringkas, iaitu “usaha mencari Tuhan adalah fitrah bagi setiap manusia”..
kristian umpamanya, sekiranya dikaji dengan lebih mendalam, pasti akan jelas kelihatan unsur campur tangan manusia dalam ajaran-ajarannya.. Bible yang dikatakan firman ilahi ternyata dipenuhi dengan karangan tangan manusia yang jahil.. terlalu banyak percanggahan yang terkandung dalam Bible, sama ada percanggahan antara satu ayat dengan ayat yang lain, atau percanggahan antara ayat Bible dengan fakta saintifik (insya-Allah, saya akan membahas perkara ini dengan lebih lanjut di masa akan datang).. namun begitu, kristian menjadi salah satu agama majoriti dunia..
ajaran-ajaran sesat di Indonesia pula cukup banyak.. salah satunya adalah jemaah Salamullah, yang diasaskan oleh Lia Aminuddin atau Lia Eden.. yang lucunya tentang wanita ini adalah suatu ketika dia pernah mendakwa bahawa dia mendapat wahyu dari Tuhan.. tidak cukup dengan itu, dia pernah mendakwa bahawa dia menjadi suami Jibril.. pelik juga apabila seorang wanita menjadi seorang suami.. selain itu, dia juga mendakwa menjadi imam mahdi, dan seingat saya dakwaannya yang terakhir adalah menjadi Bunda Maria, ibu kepada “Jesus Kristus”, iaitu Ahmad Mukti (anak Lia yang ketiga).. mungkin jemaah ini agak lucu bunyinya, namun begitu bukan seorang dua yang menjadi pengikut Lia Eden..
ajaran sesat di Malaysia juga tidak kurang hebatnya.. saya masih ingat rakaman video edisi siasat mengenai “Rasul Melayu” Haji Kahar, yang akhirnya telah meletakkan jawatannya sebagai Rasul Melayu.. kelihatannya agak lucu apabila jawatan rasul boleh dilepaskan begitu sahaja, namun siapa sangka pengikut Haji Kahar ini bukan main percaya dengan kata-katanya.. di akhir rakaman tersebut, seorang mak cik tua begitu yakin akan memasuki syurga, hanya kerana diberi jaminan oleh “rasul”nya itu..
saya rasa contoh-contoh di atas sudah cukup untuk menjadi bukti bahawa usaha mencari Tuhan itu adalah fitrah bagi manusia.. atas keterbatasan waktu, saya terpaksa mengakhiri entry saya di sini.. insya-Allah sekiranya ada waktu yang cukup, saya akan membahas perkara ini dengan lebih lanjut dalam entry yang akan datang.. wallahu a’lam..
– mrblinc –
jakarta barat