BERBICARA tentang kebenaran Islam, saya rasa masih ramai umat Islam yang ragu-ragu dalam menyatakan kebenaran agama Islam.. sehinggakan apabila ditanyakan kepada mereka tentang agama-agama lain, ada antara mereka yang menjawab, mungkin agama lain juga benar.. sayang seribu kali sayang apabila jawapan seperti ini keluar dari bibir seorang individu yang menganut agama Islam sejak kecil..
oleh sebab itu, saya mengambil keputusan untuk menulis entry kali ini, dengan harapan para pembaca mendapat gambaran yang jelas tentang kenapa saya berpendapat bahawa hanya Islam agama yang diterima di sisi Tuhan, dan bukannya agama lain.. di sini akan saya bentangkan bukti-bukti kebenaran Islam yang tidak mungkin dapat ditolak lagi oleh mana-mana pihak, insya-Allah..
soalan pertama, apakah ciri-ciri agama Tuhan? untuk menjawab pertanyaan ini, saya ingin mengutip kata-kata seorang personaliti dari Amerika, Jamaal Zarabozo, dalam salah satu artikelnya: “The Miraculous Quran“.. berikut adalah beberapa petikan daripada kata-kata beliau..
Already believing in God, therefore, MY FIRST PARAMETER for a true religion was that THE RELIGION MUST HAVE GOD AS ITS ORIGINAL SOURCE. No one can know the details about God except God. He is above and beyond the realm of human experience. More importantly, no one knows how He should be worshipped except Him. No one knows what way of life is pleasing to Him except Him. Although humans are able to come to many sound conclusions about God, no human could logically claim that he has somehow—independent of revelation from God—discovered the way in which God should be worshipped and the way that is pleasing to God.
However, this is not sufficient. THE SECOND PARAMETER is that THE TEACHINGS FROM GOD MUST BE PRESERVED IN THEIR ORIGINAL FORM. The logic behind this point should be obvious. If the original revelation came from God but was then later tampered and distorted by humans, one now has a mixture of God’s religion and human interpolation. This is no longer God’s pure religion. Although this may seem like an obvious premise, it is amazing to see many people who have not even considered this point, blindly following scriptures or teachings that cannot be historically authenticated.
satu pandangan yang cukup baik daripada Jamaal Zarabozo.. dan saya rasa kedua-dua parameter yang disebutkan ini benar-benar diperlukan dalam menentukan agama manakah yang benar.. anda sendiri boleh membaca alasan-alasan yang dikemukakan oleh beliau, dan bagi saya, alasan-alasan tersebut cukup munasabah.. sekarang, dengan menggunakan AL-QURAN, tibalah masanya bagi saya untuk membuktikan kebenaran agama Islam berdasarkan kedua-dua parameter tersebut.. namun di sini, saya akan memulakan perbahasan ini dengan parameter yang kedua, sekadar memudahkan cara sahaja..
Allah S.W.T telah menjamin bahawa Dia akan menjaga Al-Quran, sebagaimana yang disebut dalam surah Al-Hijr, ayat 9.. perkara ini dapat dilihat sejak zaman Rasul S.A.W lagi.. baginda S.A.W menghafal setiap ayat yang dibacakan oleh Jibril A.S, kemudian baginda mengajarkannya kepada para sahabat dan meminta mereka untuk mencatatnya.. ramai orang tersalah anggap, apabila mereka berpendapat bahawa Al-Quran hanya ditulis pada zaman pemerintahan Abu Bakar R.A, namun pendapat tersebut tidak tepat.. ini kerana adanya larangan baginda S.A.W mengenai membawa catatan Al-Quran ke negeri musuh, sebagaimana yang diriwayatkan dalam Shahih Al-Bukhari dan Shahih Muslim.. ini bererti pada zaman tersebut sudah ada catatan Al-Quran walau pun dalam bentuk terpisah-pisah..
pada zaman Abu Bakar Ash-Shiddiq, setelah berlakunya peperangan Yamamah yang menyaksikan ramai individu yang menghafal Al-Quran syahid di medan tersebut, ‘Umar telah menyarankan agar Abu Bakar mengumpulkan catatan-catatan Al-Quran menjadi satu mushaf.. Abu Bakar pada waktu itu telah melantik Zaid bin Tsabit untuk mengetuai operasi tersebut.. setelah Abu Bakar meninggal, ‘Umar dilantik menjadi khalifah dan mushaf diserahkan kepadanya.. setelah ‘Umar meninggal, mushaf diserahkan kepada Hafshah selaku salah seorang isteri Rasul S.A.W.. pengganti ‘Umar, yakni ‘Utsman bin ‘Affan telah mengadakan perluasan wilayah Islam.. perkara ini menyebabkan Al-Quran mula sampai kepada golongan ‘Ajam (yakni golongan bukan ‘Arab) dan bermula dari sini, Al-Quran mula dibaca dengan bacaan yang berbeza-beza..
perkara ini telah disaksikan oleh salah seorang panglima yang dilantik oleh ‘Utsman, iaitu Hudzaifah bin Al-Yaman R.A.. perkara tersebut telah menimbulkan rasa bimbang dalam dirinya.. beliau akhirnya menyarankan agar ‘Utsman melakukan sesuatu untuk memperbaiki keadaan tersebut.. akhirnya Zaid bin Tsabit sekali lagi dilantik untuk mengetuai misi yang cukup berat, iaitu melakukan proses standarisasi terhadap mushaf Al-Quran, di mana mushaf tersebut disalin dalam beberapa naskhah dan dihantar ke kota-kota besar, sedangkan mushaf-mushaf yang lain diperintahkan agar dibakar.. begitulah proses pemeliharaan terhadap Al-Quran yang dilakukan suatu ketika dahulu, dan sehingga kini, proses tersebut masih lagi diteruskan.. oleh sebab itu, sekiranya anda melihat di bahagian hadapan mushaf yang ada di tangan anda hari ini, anda pasti akan menemui cop Lembaga Pentash-hih Mushaf Al-Quran.. tujuannya adalah untuk memastikan bahawa tiada kesalahan dalam penulisan mushaf serta percetakan..
sekiranya anda kurang yakin dengan penjelasan saya di atas, saya mencadangkan agar anda membaca kajian Dr. Maurice Bucaille: Bible, Quran and Modern Science.. selesai membahas mengenai parameter kedua, kita kembali pula ke parameter pertama: “THE RELIGION MUST HAVE GOD AS ITS ORIGINAL SOURCE..” persoalannya adalah bagaimana kita bisa mengetahui bahawa Al-Quran itu benar-benar berasal dari Tuhan? sebelum menjawab pertanyaan ini, saya ingin membahas terlebih dahulu mengenai ciri-ciri mukjizat.. antara ciri-cirinya adalah mukjizat tidak dapat dilakukan oleh manusia biasa.. selain itu, mukjizat juga diberikan kepada para Rasul, sesuai dengan zamannya.. dengan kata lain, mukjizat diberikan berdasarkan perkara yang menjadi obsesi masyarakat pada waktu tersebut.. mari kita lihat contoh-contoh di bawah..
disebutkan dalam surah Al-A’raf (surah 7) ayat 116, apabila tukang sihir Fir’aun melemparkan tali-tali mereka, mereka telah menyihir mata orang ramai, sehingga orang ramai menyangka bahawa tali-tali tersebut telah bertukar menjadi ular.. berbeza dengan mukjizat Musa A.S, apabila baginda melemparkan tongkatnya (sebagaimana yang disebutkan dalam ayat 117), tongkat tersebut benar-benar berubah menjadi ular, dan ular tersebut telah memakan tali-tali tukang sihir tadi.. sifat “memakan” yang ada pada ular Nabi Musa menunjukkan bahawa tongkat Nabi Musa pada waktu tersebut bukan lagi tongkat, tetapi ular yang sebenar, berbeza dengan “ular-ular” tukang sihir, walau pun pada mata orang ramai kelihatan seperti ular, namun pada hakikatnya “ular-ular” tersebut hanyalah tali-tali..
peristiwa ini membuktikan bahawa mukjizat memang tidak dapat dilakukan oleh manusia biasa.. selain itu, mukjizat yang ditunjukkan oleh Musa ini adalah berdasarkan obsesi masyarakat pada waktu tersebut, iaitu sihir.. begitu juga dengan mukjizat ‘Isa A.S.. sekiranya anda membaca surah Ali ‘Imran (surah 3), ayat 49, anda akan melihat bagaimana Nabi ‘Isa telah menyembuhkan orang yang buta sejak lahir, menyembuhkan orang yang berpenyakit kusta dan menghidupkan orang yang telah mati.. kesemua ini tidak dapat dilakukan oleh manusia biasa.. dan mukjizat ini adalah untuk mencabar ilmu perubatan yang dianggap elit oleh masyarakat pada zaman tersebut..
bagaimana pula dengan mukjizat Nabi Muhammad S.A.W, yakni Al-Quran? Al-Quran juga telah memenuhi kedua-dua ciri mukjizat tersebut, malah lebih mengagumkan, Al-Quran telah berjaya mengalahkan sastera ‘Arab yang menjadi obsesi masyarakat ‘Arab pada zaman Rasul S.A.W, dan Al-Quran juga telah mendahului sains moden yang menjadi obsesi masyarakat dunia hari ini.. pertama, kita akan melihat kehebatan Al-Quran berbanding sastera ‘Arab..
Allah Ta’ala, di beberapa tempat dalam Al-Quran, telah mencabar manusia untuk menghasilkan kitab yang sama seperti Al-Quran, dan ternyata sehingga ke hari ini, tiada seorang manusia pun yang mampu melakukan perkara tersebut.. sila rujuk surah Al-Isra’ (surah 17) ayat 88, dan surah Ath-Thur (surah 52) ayat 34.. memandangkan cabaran tersebut tidak terjawab, Allah telah mengurangi cabaran tersebut, daripada membuat satu kitab, kepada membuat sepuluh surah sahaja yang seperti Al-Quran.. sila rujuk surah Hud (surah 11) ayat 13, namun sekali lagi cabaran ini tidak terjawab.. dan akhirnya Allah telah mencabar umat manusia untuk menghasilkan satu surah sahaja memandangkan mereka tidak mampu untuk menghasilkan sepuluh surah.. cabaran ini disebut dalam surah Al-Baqarah (surah 2) ayat 23, dan surah Yunus (surah 10) ayat 38.. ternyata, jangankan satu kitab, cabaran untuk menghasilkan satu surah pun tidak dapat dijawab oleh penyair-penyair handalan ‘Arab yang diagung-agungkan dalam masyarakat mereka..
itulah secara ringkasnya kehebatan Al-Quran berbanding syair-syair ‘Arab.. sekarang, kita akan melihat pula kehebatan Al-Quran berbanding sains moden.. apa yang akan saya paparkan di sini bukanlah suatu teori, melainkan semuanya adalah fakta-fakta saintifik yang telah diiktiraf oleh dunia moden..
pertama, mengenai kulit.. dalam surah An-Nisa’ (surah 4) ayat 56, ayat mengkhabarkan bahawa apabila kulit manusia yang diseksa di dalam neraka hangus, Allah akan menggantikan kulit tersebut, agar mereka MERASAKAN AZAB.. umat terdahulu mungkin tidak dapat melihat apa yang ada di sebalik ayat ini, namun dunia moden kini terpaksa mengakui akan hakikat tersebut.. kajian moden telah membuktikan bahawa apabila kulit terbakar sehingga ke tahap tertentu, tidak dirasakan lagi kesakitan kerana sarafnya sudah rosak.. oleh sebab itu, apabila Allah ingin mengazab orang-orang kafir, Dia akan menggantikan kulit yang telah hangus, agar saraf-sarafnya terus berfungsi dan perkara ini benar-benar menyakitkan..
kedua, mengenai perkataan ‘alaqah dan mudhghah yang disebut dalam surah Al-Mu’minun (surah 23) ayat 12-14.. ‘alaqah, sebagaimana yang selalu kita baca dalam terjemahan Al-Quran, diterjemahkan sebagai segumpal darah.. dan ternyata gambaran tersebut menepati gambaran ‘alaqah.. namun, selain membawa maksud segumpal darah, ‘alaqah juga bererti sesuatu yang tergantung.. dalam gambar di bawah, anda boleh melihat sendiri bagaimana kedudukan ‘alaqah yang disebut “sesuatu yang tergantung”.. maksud yang ketiga bagi perkataan ‘alaqah itu adalah lintah.. lihatlah perbandingan bentuk ‘alaqah dengan bentuk lintah, begitu mirip.. di samping itu, sifat ‘alaqah yang “menghisap darah sang ibu” juga hampir sama dengan sifat seekor lintah.. bagi perkataan mudhghah pula, biasanya diterjemahkan sebagai seketul daging.. namun, mudhghah juga boleh diterjemahkan sebagai sesuatu yang digigit.. di sini, telah dibawakan perbandingan antara mudhghah dengan gula-gula getah yang telah digigit..
melihatkan betapa detailnya perkataan yang digunakan (contohnya: ‘alaqah, satu kalimah yang mempunyai tiga maksud dan ketiga-tiganya menepati gambaran ‘alaqah, begitu juga dengan mudhghah yang membawa dua maksud dan ternyata kedua-duanya menepati gambaran mudhghah).. perkara ini pasti akan membuatkan kita tertanya-tanya: logikkah sekiranya perkataan-perkataan seperti ini datang daripada seorang LELAKI yang BUTA HURUF, yang hidup 14OO TAHUN YANG DAHULU, di mana dunia pada waktu tersebut tidak lagi mengenal sains sebagaimana kita mengenalnya hari ini? sungguh tidak logik perkataan ini (Al-Quran) datang daripada lelaki tersebut.. ternyata, lelaki tersebut memang tidak pernah mendakwa bahawa perkataan ini berasal daripadanya, tetapi dia hanya mendakwa bahawa perkataan ini berasal dari Tuhan yang Maha Kuasa, yang disampaikan kepadanya..
kerana semua inilah, saya hari ini berdiri di hadapan semua sebagai seorang lelaki muslim.. walau pun suatu ketika dahulu saya memilih Islam kerana keturunan, namun tidak lagi sekarang.. sekarang saya sudah yakin bahawa Islam adalah agama yang berasal dari Tuhan, kerana saya telah melihat sendiri bukti tersebut.. tidak mungkin lagi ada agama lain yang diterima di sisi Tuhan melainkan ISLAM.. tiada lagi yang mampu mencabut keyakinan ini daripada jiwa saya.. saya berharap agar entry ini dapat memberikan anda keyakinan tentang kebenaran Islam, sebagaimana saya pernah diyakinkan suatu ketika dahulu.. sebenarnya masih banyak bukti lain yang mendukung kebenaran Islam, namun tidak dapat saya bawakan semuanya..
lagipun tujuan saya menulis entry kali ini bukanlah untuk membahas semuanya satu persatu, tetapi sekadar membuka minda umat Islam yang berada di luar sana, yang kadang-kadang masih ada keraguan terhadap agama Allah ini.. buanglah segala keraguan anda mengenai agama ini dan berimanlah dengan agama ini berdasarkan bukti, bukan lagi berdasarkan keturunan.. wallahu a’lam..
-mrblinc-
jakarta barat
slm sahabt sahabatku,hujjatul Islam….aih…xkan gambar berenam je…aq pun nk gak..kah kah.maafla..tekeluar topik sikit…tp lelucon itu kan suatu medikasi..
salam wahai temanku.. ketahuilah bahawa hujjatu al-islam bukanlah gelaran yg layak bagiku..
psl gmbr tu pulak, bukannya saja-saja nk letak gmbr tu tp ada maksud di sebaliknya.. huhu..