Belajar Pula Daripada Pesihir Fir’aun

Posted: December 22, 2008 in Manhaj Umum

MENJADI kebiasaan saya, setiap kali selepas membentangkan tajuk mengenai kebenaran Al-Quran, saya akan membawakan satu kisah daripada Al-Quran, dengan harapan orang yang pernah menyaksikan mukjizat Al-Quran dapat mengambil pengajaran daripada kisah tersebut.. apakah kisah yang saya maksudkan? marilah sama-sama kita menghayati kisah tersebut..


Maka Musa berasa takut dalam dirinya. [67] Kami berfirman, “Jangan takut, sesungguhnya engkau yang lebih unggul. [68] Dan lemparkan apa yang ada di tanganmu, nescaya ia akan menelan apa yang mereka perbuat. Apa yang mereka perbuat itu adalah tipu daya sihir, dan pesihir tidak akan menang dari mana pun ia datang. [69]

[Thaha, 20: 67-69].


ini adalah sebahagian daripada kisah Musa yang disebut dalam Al-Quran.. ayat 67-69 dalam surah Thaha ini (surah ke-20) menceritakan tentang kisah pertemuan Musa dan pesihir-pesihir Fir’aun yang disaksikan oleh orang ramai.. disebutkan dalam ayat-ayat sebelumnya, Fir’aun telah mencabar Musa untuk bertanding dengan pesihir-pesihirnya, dan Musa telah menyahut cabaran tersebut..


pada hari yang dijanjikan, setelah orang ramai berkumpul, pertandingan tersebut dimulakan dengan pesihir-pesihir Fir’aun yang melemparkan tali-tali dan tongkat-tongkat mereka.. dengan menggunakan sihir, mereka membuatkan tali-tali dan tongkat-tongkat tersebut terbayang di mata orang ramai seolah-olah semuanya telah menjadi ular..


kata Imam Ibnu Katsir, maksud Musa berasa takut itu adalah baginda khuatir sekiranya orang ramai terpengaruh dan tertipu dengan sihir itu sebelum baginda sempat melemparkan apa yang ada di tangan kanannya.. namun begitu, Allah telah menjamin bahawa perkara tersebut tidak akan berlaku..


akhirnya tibalah giliran Musa untuk melemparkan tongkatnya.. dan ternyata, tongkat yang dilemparkan oleh Musa benar-benar menjadi ular.. buktinya ular Musa telah menelan “ular-ular” pesihir Fir’aun, yang pada hakikatnya hanyalah tali-tali dan tongkat-tongkat..


Lalu pesihir-pesihir itu bersujud, lantas berkata: “Kami beriman kepada Tuhan Harun dan Musa.”

[Thaha, 20: 70].


inilah reaksi pesihir-pesihir apabila mereka menyaksikan mukjizat yang ditunjukkan oleh Musa A.S.. inilah antara pengajaran yang ingin saya tekankan dalam entry kali ini..


berdasarkan ilmu sihir yang ada pada mereka, pesihir-pesihir Fir’aun akhirnya menyedari bahawa “sihir” yang ditunjukkan oleh Musa ini tidak mungkin datang daripada pihak lain melainkan Tuhan yang Maha Kuasa.. mereka tahu bahawa ilmu sihir tidak dapat melakukan sesuatu seperti itu.. di sini, kita dapat melihat bahawa ilmu penting dalam mengenal Allah..


saya bawakan satu contoh yang benar-benar terjadi di akhir zaman ini.. seorang professor dari Chiang Mai, Thailand, Professor Tejatat Tejasen telah mengucapkan kalimah syahadahnya apabila mengkaji ayat 56 surah An-Nisa’, yang menceritakan bahawa apabila Allah mahu menyeksa orang kafir di dalam neraka, Allah akan menggantikan kulit mereka..


ini kerana berdasarkan ilmu yang ada padanya, dia telah melihat keajaiban kalimah-kalimah yang dirakam dalam Al-Quran 1400 tahun yang lalu, di mana tidak mungkin manusia biasa mampu mengetahui rahsia yang ada pada kulit ini.. baginya, ini adalah sesuatu yang berada di luar kemampuan manusia biasa..


dapatkah anda melihat persamaan yang wujud antara kedua-dua watak ini? pesihir-pesihir Fir’aun, setelah melihat mukjizat Musa, mereka tunduk dan beriman kepada Tuhan Musa A.S.. begitu juga Professor Tejatat ini, setelah melihat mukjizat Muhammad S.AW, dia juga telah beriman kepada Tuhan Muahmmad S.A.W.. inilah pengajaran pertama yang boleh kita ambil daripada kisah Musa dan pesihir ini..


Fir’aun berkata: “Adakah kalian beriman kepadanya sebelum aku memberikan izin kepada kalian? Sesungguhnya dia itu pemimpin kalian yang mengajarkan sihir kepada kalian. Sesungguhnya akan kupotong tangan dan kaki kalian secara bersilang dan sesungguhnya akan kusalib kalian pada pangkal pohon kurma, dan pasti kalian akan mengetahui siapa antara kita yang lebih pedih dan lebih kekal seksaannya.” [71] Para pesihir berkata, “Kami tidak akan memilih (tunduk) kepadamu atas bukti-bukti yang nyata yang datang kepada kami, dan atas (Allah) yang menciptakan kami. Maka berilah keputusan yang ingin engkau putuskan. Sesungguhnya engkau hanya dapat memutuskan dalam kehidupan dunia.” [72]

[Thaha, 20: 71-72].


ini pula reaksi Fir’aun apabila melihat pesihir-pesihirnya beriman kepada risalah yang dibawa oleh Musa dan Harun.. perbuatan mereka benar-benar membuatkannya marah sehinggakan dia mengancam untuk menyeksa para pesihir tersebut.. namun, lihatlah apa jawapan yang diberikan oleh para pesihir tersebut..


mereka menjawab tanpa takut; buatlah apa yang engkau mahu wahai Fir’aun, kami telah beriman kepada Allah.. kami tidak lagi takut kepada ancaman yang engkau berikan.. inilah jawapan mereka terhadap ancaman Fir’aun yang terkenal dengan kekejamannya.. dari manakah munculnya kekuatan ini?


kekuatan seperti ini juga muncul dalam diri Ashhabu Al-Kahf, sebagaimana yang disebutkan oleh Allah dalam surah Al-Kahf (surah ke-18) ayat 15.. walau pun bilangan mereka cuma sedikit, namun mereka begitu berani menghadapi kaum mereka, malah mereka telah mencabar kaum mereka supaya mengemukakan alasan yang jelas tentang kepercayaan kaum mereka yang menyembah selain Allah..


inilah ciri-ciri orang beriman.. mereka benar-benar yakin sehingga tiada sesuatu pun yang mampu menggugat iman mereka terhadap agama Allah.. inilah pengajaran kedua yang ingin saya sebutkan daripada kisah Musa dan para pesihir.. kita sudah mengetahui bukti kebenaran Al-Quran, kenapa perlu ada perasaan ragu-ragu dalam diri kita terhadap ajaran-ajaran Al-Quran? kenapa perlu ada perasaan ragu-ragu dalam diri kita terhadap hadits Muhammad S.A.W, yang telah dipilih oleh Allah sebagai utusanNya, yang telah disebutkan dalam Al-Quran di beberapa tempat?


ramai umat Islam tidak menyedari tentang hakikat ini.. oleh sebab itulah, ketika mereka melihat beberapa ajaran Islam yang disebutkan dalam Al-Quran dan As-Sunnah yang tidak dapat diterima oleh mereka, mereka mula mempersoalkannya.. isu poligami misalnya, betapa ramai kaum muslimah hari ini yang tidak bersetuju dengan perkara ini, sedangkan perkara ini disebut dalam ayat 3 surah An-Nisa’ (surah ke-4).. kata mereka, sudah ramai kaum wanita yang sengsara kerana hukum poligami ini, mereka dipinggirkan, diabaikan, dll..


saya katakan alasan yang mereka berikan itu tidak boleh digunakan untuk menolak hukum poligami.. kesalahan tersebut adalah kesalahan kaum lelaki yang berpoligami, bukannya salah Allah selaku Dzat yang menggubalkan hukum-hakam poligami.. berhubungan dengan ketidakadilan para suami yang berpoligami, itu tiada urusannya dengan syari’at Islam, malah Islam sendiri telah meletakkan syarat “dapat berlaku adil” sekiranya seseorang lelaki ini mengamalkan poligami..


begitu juga dengan hukum hudud dan qishash.. kadang-kadang orang yang kurang faham tentang Islam bertanya, kenapa Islam begitu kejam? saya katakan Islam bukanlah agama yang ganas dan kejam.. hudud dan qishash bukannya dilakukan terhadap sesiapa sahaja, tetapi dilaksanakan terhadap mereka yang benar-benar terbukti kesalahan mereka, dibawakan saksi-saksi yang adil yang dapat memberikan kesaksian bahawa orang yang tertuduh benar-benar melakukan kesalahan tersebut..


setelah bukti ini ditegakkan, barulah hukuman hudud atau qishash dilaksanakan oleh pemerintah, bukannya oleh sesiapa sahaja.. dan hukuman ini dilaksanakan di hadapan orang ramai.. kehadiran orang ramai yang menyaksikan hukuman ini dilaksanakan benar-benar menimbulkan rasa gerun dalam jiwa mereka, sehingga mereka sendiri tidak akan mahu melakukan kesalahan yang sama.. bukankah pelaksanaan seperti ini bersifat mencegah?


sayang sekali apabila persoalan-persoalan ini dibangkitkan oleh orang-orang Islam.. kelihatannya seperti mereka ini tidak memahami Islam dengan kaedah yang benar, sehingga mereka sanggup mempersoalkan hukum Al-Quran dan As-Sunnah.. di manakah keyakinan mereka terhadap Allah? adakah terlintas di fikiran mereka bahawa Allah tidak berlaku adil? hilangkanlah keraguan ini daripada fikiran anda..


tunduklah kepada hukum Allah.. adakah masih kurang jelas bagi anda bahawa Al-Quran itu berasal dari Allah? adakah anda masih kurang yakin bahawa Muhammad itu utusan Allah, walau pun namanya disebut dalam Al-Quran?


Sesungguhnya Allah tidak segan membuat perumpamaan seekor nyamuk atau yang lebih kecil daripada itu. Ada pun ORANG-ORANG  YANG BERIMAN, mereka TAHU bahawa itu adalah kebenaran dari Tuhan mereka. Ada pun ORANG-ORANG YANG KAFIR, mereka berkata: “Apakah tujuan Allah dengan membuat perumpamaan seperti ini?” Allah menyesatkan ramai orang dengan perumpamaan ini dan ramai pula yang Dia berikan petunjuk. Tetapi tiada yang Dia sesatkan dengan perumpamaan itu melainkan orang-orang fasiq.

[Al-Baqarah:, 2: 26].


inilah perumpamaan antara orang yang beriman dengan orang yang kafir.. orang beriman, apabila Allah menyebutkan sesuatu mereka benar-benar yakin bahawa itu dari Allah, tanpa mempersoalkan kenapa Allah melakukan ini dan itu.. berbeza dengan orang kafir, mereka terus menerus mempersoalkan apa-apa sahaja yang Allah turunkan..


saya rasa sampai di sini sahaja dulu entry ini, semoga dapat memberikan manfaat buat semua.. sebelum mengakhiri entry ini, saya sekadar menyimpulkan isi kandungan entry ini secara ringkas.. pertama, kita telah melihat mukjizat yang ada dalam Al-Quran, dan kita telah meyakini bahawa tidak mungkin 1400 yang lalu ada seorang manusia yang mampu mengungkap kalimah-kalimah ini.. tidak mungkin Al-Quran ini datangnya daripada seorang manusia, melainkan manusia tersebut menerimanya daripada Tuhan yang Maha Mengetahui.. kedua, seandainya kita benar-benar yakin tentang kebenaran Al-Quran, adalah tidak patut sekiranya kita berpaling daripada ajaran-ajarannya.. terimalah ajaran dengan hati yang terbuka, walau pun pada zahirnya ajaran tersebut seolah-olah menyusahkan kita atau bersikap diskriminasi terhadap mana-mana pihak, tetapi yakinlah bahawa itu adalah ajaran dari Tuhan, dan yakinlah bahawa Tuhan ini Maha Adil.. wallahu a’lam..


-mrblinc-

jakarta barat

Advertisements
Comments
  1. dentistsupermuslim says:

    two thumbs up!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s