Selangkah Ke Arah Memahami Sunnah Rasul S.A.W

Posted: December 29, 2008 in Manhaj Umum

TIDAK lengkap rasanya kalau kita berbicara mengenai Islam tanpa menyentuh mengenai As-Sunnah Rasul S.A.W.. ini kerana tiada Islam tanpa As-Sunnah.. tafsiran Al-Quran juga mungkin akan tersasar tanpa bimbingan As-Sunnah.. oleh itu, saya kira agak penting juga bagi saya untuk menyentuh secara ringkas mengenai As-Sunnah Rasul S.A.W..


perkara pertama yang ingin saya sebutkan adalah mengenai kepentingan As-Sunnah bagi kaum muslimin.. kepentingan pertama adalah berpegang pada As-Sunnah merupakan salah satu tuntutan Allah ‘Azza wa Jalla ke atas setiap muslim.. banyak ayat Al-Quran yang menyebutkan tentang perkara ini.. antaranya ayat 59 surah An-Nisa’..


Wahai orang-orang yang beriman! Taatilah Allah dan taatilah Rasul, serta uli al-amr dari kalangan kalian…

[An-Nisa’, 4: 59].


kepentingan kedua adalah berpegang pada As-Sunnah menjadi syarat kesempurnaan iman seseorang.. berpaling daripada sunnah boleh merosakkan amalan-amalan kita..


Maka demi Tuhanmu, mereka tidak beriman sehingga mereka menjadikan engkau (Muhammad) sebagai hakim dalam perkara yang mereka perselisihkan…

[An-Nisa’, 4: 65].


Wahai orang-orang yang beriman! Taatilah Allah dan taatilah Rasul dan janganlah kalian merosakkan amalan kalian.

[Muhammad, 47: 33].


kepentingan ketiga pula adalah As-Sunnah merupakan penjelasan terhadap tuntutan Allah ke atas manusia.. sebagai contoh, Al-Quran memerintahkan kita untuk solat, tetapi Al-Quran sendiri tidak mengajarkan kepada kita tatacara untuk ruku’, sujud dan bacaan-bacaan yang dibaca dalam solat.. Al-Quran memerintahkan kita untuk puasa di bulan Ramadhan, tetapi Al-Quran tidak memberikan gambaran secara terperinci bagaimanakah caranya untuk berpuasa, apakah perkara-perkara yang sunat dilakukan ketika berpuasa, apakah pula perkara yang membatalkan puasa.. hanya melalui As-Sunnah kita mempelajari semua perkara ini.. malah As-Sunnah sendiri banyak pula mengajarkan kita perkara yang tidak disebutkan dalam Al-Quran, misalnya hukum menziarahi kubur, membaca “bismillah” sebelum makan, tatacara mengusap khuf, dll..


Allah yang mengutuskan seorang Rasul kepada kaum yang buta huruf dari kalangan mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menyucikan (jiwa) mereka, dan mengajarkan kepada mereka Al-Kitab dan Al-Hikmah (Sunnah), meski pun sebelumnya mereka benar-benar dalam kesesatan yang nyata.

[Al-Jum’ah, 62: 2].


persoalan berikutnya adalah bagaimanakah caranya untuk mengenal sunnah Rasul S.A.W sedangkan baginda sudah tiada di sisi kita? untuk menjawab pertanyaan ini, saya ingin mengutip kata-kata Syaikh Muhammad Nashiruddin Al-Albani R.H, sebagaimana yang disebutkannya dalam Shahih Adabu Al-Mufrad..


Apabila diputuskan bahawa Ad-Din di sisi Allah adalah Islam, maka sesungguhnya tidak mungkin dapat difahami apa yang dikehendaki oleh Allah melainkan dengan perantaraan Rasulullah. Sesungguhnya tiada jalan untuk kita sampai kepada baginda melainkan melalui ilmu pengetahuan mengenai sunnah baginda. Juga tiada jalan kepada sunnah baginda melainkan dengan ilmu hadits.


berdasarkan kata-kata Al-Albani di atas, dapatlah kita fahami bahawa tidak mungkin kita dapat memahami agama kita secara keseluruhan kecuali dengan mempelajari ilmu hadits.. ilmu hadits ini cukup luas cakupannya, namun saya hanya ingin menyentuh satu bahagian kecil daripadanya iaitu sanad.. inilah perkara kedua yang ingin saya sebutkan.. hanya melalui sanadlah, kita dapat mengetahui sama ada sesuatu kenyataan yang didakwa sebagai hadits itu benar-benar berasal dari Nabi S.A.W atau pun sekadar rekaan manusia lain semata-mata..


kata ‘Abdullah bin Al-Mubarak: sanad itu adalah bahagian daripada Ad-Din, kalaulah bukan kerana sanad, sesiapa pun akan bercakap apa sahaja yang dikehendakinya..


kata-kata ulama’ hadits ini tepat sekali.. ini kerana sejarah telah membuktikan bahawa ramai orang sebelum kita yang telah menggunakan nama Rasul S.A.W untuk kepentingan masing-masing.. ada pula yang menggunakan nama Rasul S.A.W untuk tujuan yang baik, namun sayangnya, tujuan yang baik tidak menghindarkannya daripada neraka Allah.. ini kerana sabda Rasulullah S.A.W (sebagaimana di bawah) adalah umum bentuknya..


“Barang siapa yang berdusta atas namaku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya di dalam neraka.”

[Muttafaqun ‘alaihi].


ancaman dari Rasul S.A.W ini berlaku atas setiap orang, sama ada niatnya baik mahu pun buruk.. sama ada orang yang mereka-reka hadits tersebut untuk mendukung pihaknya dan menjatuhkan lawannya (sebagaimana yang dilakukan oleh penganut Syi’ah, golongan fanatik mazhab, dll), atau pun orang yang mereka-reka hadits dengan niat mengajak orang ramai berbuat sesuatu kebajikan atau meninggalkan perbuatan buruk (sebagaimana yang dilakukan oleh golongan sufi, dll)..


perkara ketiga yang ingin saya sebutkan adalah tidak semua hadits yang shahih boleh kita amalkan.. di sini saya bawakan beberapa contoh, sekadar memberikan gambaran tentang maksud perkataan saya di atas.. insya-Allah, sekiranya ada kemampuan, saya akan menyebutkan perkara ini dengan lebih terperinci di masa yang lain..


Rasulullah S.A.W bersabda: “Berwudhu’lah kalian setelah memakan makanan yang dimasak dengan api.”

[HR Muslim, Abu Dawud, At-Tirmidzi, An-Nasa’i dan Ibnu Majah].


mungkin kita tidak terbiasa dengan perintah Nabi S.A.W yang ini, malah mungkin kita tidak pernah diajarkan tentang perkara ini ketika berada di bangku sekolah.. tetapi ketahuilah bahawa hadits di atas adalah shahih dari Nabi S.A.W.. seandainya hadits di atas shahih, kenapa kita tidak diajarkan tentang perkara ini? ini kerana perintah ini telah pun dimansukhkan oleh baginda sendiri..


Dari ‘Amru bin Umayyah Adh-Dhamri, katanya: Aku melihat Nabi S.A.W menyayat daging dari pundak kambing lalu memakannya. Kemudian diserukan untuk solat, maka baginda bangkit dan meletakkan pisau, kemudian baginda solat dan tidak berwudhu’.

[HR Al-Bukhari, Muslim dan Ibnu Majah].


Dari Jabir R.A, katanya: Perintah terakhir dari Nabi S.A.W adalah tidak perlu berwudhu’ kerana memakan makanan yang dimasak dengan api.

[HR Abu Dawud, At-Tirmidzi dan An-Nasa’i].


ini menunjukkan bahawa mungkin sahaja sesuatu hadits itu shahih, tetapi perintah atau larangan yang disebutkan dalam hadits tersebut mungkin sahaja sudah tidak boleh diamalkan.. contoh yang kedua pula adalah mengenai hukum kencing berdiri..


Dari ‘Aisyah R.A, katanya: Barang siapa yang mengatakan kepada kalian bahawa Nabi S.A.W buang air kecil sambil berdiri, maka janganlah kalian mempercayainya. Rasulullah tidak pernah buang air kecil kecuali dengan duduk.

[HR Ahmad, At-Tirmidzi, An-Nasa’i dan Ibnu Majah].


Dari Hudzaifah R.A, katanya: Nabi S.A.W datang ke tempat pembuangan sampah suatu kaum lalu baginda buang air kecil sambil berdiri dan aku pun berlalu (dari tempat tersebut).

[Muttafaqun ‘alaihi].


berdasarkan kedua-dua hadits di atas, kita melihat seolah-olah apa yang diriwayatkan dari ‘Aisyah dan Hudzaifah saling bercanggah, namun setelah diteliti, ternyata ada penjelasan di sebalik “percanggahan” tersebut..


kata Abu Malik Kamal bin As-Sayyid Salim (pengarang Shahih Fiqih Sunnah): Ada pun penafian ‘Aisyah R.A mengenai Rasulullah pernah kencing sambil berdiri adalah berdasarkan pengetahuannya tentang perbuatan baginda di rumahnya. Perkara ini tidaklah menafikan bahawa di luar rumah baginda pernah buang air kecil sambil berdiri. Tidak diragukan lagi bahawa tidak mengetahui sesuatu bukanlah bererti sesuatu itu tiada. Orang yang mengetahuinya, seperti Hudzaifah dan selainnya, adalah hujjah bagi orang yang tidak mengetahuinya, dan orang yang menetapkan harus didahulukan daripada orang yang menafikan. Wallahu a’lam.


saya rasa jawapan yang diberikan oleh Abu Malik ini cukup bagus.. orang yang menetapkan harus didahulukan daripada orang yang menafikan.. konsep yang sama juga digunakan dalam sistem perundangan.. sekiranya ada pihak yang dituduh sebagai pencuri, maka kita katakan, “bawakan bukti bahawa dia pernah mencuri,” dan bukannya, “bawakan bukti bahawa dia tidak pernah mencuri..” cuba anda bayangkan susahnya untuk membuktikan bahawa seseorang itu tidak pernah mencuri berbanding untuk membuktikan bahawa seseorang itu pernah mencuri.. penetapan haruslah didahulukan daripada penafian..


contoh yang ketiga adalah mengenai hadits yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari dan Muslim..


Nabi S.A.W pernah melalui dua kubur, lalu baginda bersabda: “Sesungguhnya kedua-dua mayat ini sedang diazab dan tidaklah kedua-duanya diazab kerana dosa yang besar. Ada pun salah seorang daripadanya tidak menjaga kebersihan daripada kencing dan seorang lagi kerana berjalan ke sana ke mari mengadu domba.” Lalu baginda mengambil pelepah tamar yang basah dan dipatahkan kepada dua bahagian. Kemudian baginda memacakkan ke atas setiap kubur tersebut. Para sahabat bertanya: Mengapa engkau berbuat demikian? Baginda menjawab: “Mudah-mudahan diringankan azab kedua-duanya selama kedua-dua pelepah ini belum kering.”

[Muttafaqun ‘alaihi].


Asy-Syaikh ‘Abdu Ar-Rahman As-Sahim menyebutkan bahawa perbuatan baginda memacakkan pelepah tamar dalam hadits di atas kepada kedua-dua kubur ini adalah perkara khusus yang dilakukan oleh Nabi S.A.W kepada kedua-dua kubur tersebut, kerana perkara ini adalah perkara ghaib yang tidak diketahui oleh sesiapa pun..


ini adalah contoh ketiga untuk menjelaskan kata-kata saya di atas: “… tidak semua hadits yang shahih boleh kita amalkan..” hadits shahih mengenai perbuatan baginda memacakkan pelepah tamar tidak boleh kita lakukan terhadap semua kubur, kerana baginda mengetahui tentang kondisi kedua-dua mayat tersebut sedangkan kita tidak mengetahui perkara-perkara ghaib.. kita juga tidak pernah mendengar mana-mana riwayat daripada mana-mana sahabat yang turut melakukan perbuatan yang sama terhadap mana-mana kubur..


saya rasa, sampai di sini sahaja entry untuk kali ini.. semoga bermanfaat untuk semua.. sebelum mengundurkan diri, saya ingin meringkaskan mengenai entry ini..

1. berpegang pada sunnah menjadi tuntutan agama, berpaling daripadanya akan mengeluarkan seseorang daripada batasan keimanan..

2. sanad berperanan penting dalam menjaga keaslian agama ini daripada pihak yang tidak bertanggungjawab..

3. ilmu itu penting dalam usaha untuk memahami sunnah, kerana tidak semua hadits yang shahih menjadi tuntutan ke atas setiap muslim..


wallahu a’lam..


-mrblinc-

jakarta barat

Advertisements
Comments
  1. entadat says:

    Mantab..

  2. mrblinc says:

    huhu, makasih ya entadat.. bersama kita tegakkan sunnah di muka bumi ini..

    MEMBANGUN BERSAMA SUNNAH

  3. mrblinc says:

    sy hampir lupa.. kpd sesiapa yg pernah mndgr mana2 presentation sy, di mana2 shj, tlg ambil perhatian ttg perkara ketiga yg sy sebutkan (tidak semua hadits yang shahih boleh kita amalkan), krn dulu sy pernah tersalah cakap ttg perkara ini..

    sy tidak sedar ttg perkara ni, sehinggalah sorg teman dtg bertanya kpd sy ttg sesuatu, dan slps sy selesai menjelaskannya, tiba2 dia brtnya, “bukan ke hr tu kau kata blh guna smua hadits shahih?”

    stlh itu, barulah sy sedar bhw sy telah tersalah cakap ttg perkara ini.. mslhnya sy tak tahu dlm presentation yg mana sy cakap.. jd, kalau sesiapa yg pernah dgr ttg perkara ni, tlg bgtau kwn2 yg lain..

    sorry atas segala kesalahan.. sy rs time tu myb sy sbut scara ringkas kot ttg hadits shahih, so tak sempat explain dgn detail.. sorry, biasa la.. namun pun manusia, ada kelemahan dan kekurangan.. segala sifat kesempurnaan bukan milik kita sbg makhluk, tetapi hanya milik Al-Khaliq.. wallahu a’lam..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s