Ya Allah! jauhkan aku daripada perkara ini

Posted: December 29, 2008 in Renungan

Katakanlah (Muhammad): “Adakah perlu Kami mengkhabarkan kepada kalian mengenai orang-orang yang paling rugi perbuatannya? [103] (Itulah) golongan yang sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia, sedangkan mereka mengira bahawa mereka telah berbuat sebaik-baiknya. [104]

[Al-Kahf, 18: 103-104].


ketahuilah bahawa di sana adanya golongan yang menganggap bahawa mereka telah melakukan ibadah kepada Allah, namun ternyata amalan mereka tidak diterima.. berdoalah supaya kita dijauhkan daripada perkara ini.. contohilah kedua-dua Nabi Ibrahim dan Isma’il A.S, ketika mereka berkata: “Ya Tuhan kami! Terimalah (amalan) kami, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar Maha Mengetahui.” (sila lihat surah Al-Baqarah, ayat 127)..


sekadar peringatan untuk diri sendiri dan anda sekalian, wallahu a’lam..


-mrblinc-

jakarta barat

Advertisements
Comments
  1. the doctor says:

    salam..nk tau amalan apa yg dimaksudkan itu yg menyebabkan amalan kita sia2? tq

  2. mrblinc says:

    salam.. terima kasih krn bertanya..

    secara ringkas, syarat2 diterimanya amalan ada 3, sekiranya tidak dipenuhi ketiga2 syarat ini, sesuatu amalan itu tidak akan diterima..

    syarat pertama: BERIMAN.. ini bererti tidak akan diterima mana-mana amalan atau ibadah yang dilakukan oleh org2 bukan Islam (seperti kaum Hindu yang berpuasa, dll)..

    firman Allah Ta’ala: Dan barang siapa yang beramal dengan amalan shalih, dari kalangan lelaki dan wanita, sedangkan DIA BERIMAN, maka mereka akan masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dizalimi sedikit pun. – [An-Nisa’, 4: 124].

    firman Allah Ta’ala: Dan ORANG-ORANG KAFIR, AMALAN-AMALAN MEREKA SEPERTI FATAMORGANA di tanah yang datar, yang disangka air oleh orang-orang yang dahaga, tetapi apabila didatangi tidak didapati sesuatu pun… – [An-Nur, 24: 39].

    syarat kedua: IKHLAS KERANA ALLAH..

    Rasulullah S.A.W bersabda: Sesungguhnya setiap amalan bergantung kepada niat, dan sesungguhnya bagi setiap orang itu menurut apa yang diniatkannya… – [Muttafaqun ‘alaihi].

    firman Allah S.W.T: Katakanlah (Muhammad): “Sesungguhnya aku hanya seorang manusia seperti kalian, yang diwahyukan kepadaku bahawa sesungguhnya Tuhan kalian adalah Tuhan yang Esa. Barang siapa yang mengharapkan pertemuan dengan Tuhannya maka hendaklah dia beramal dengan amalan shalih dan JANGANLAH DIA MEMPERSEKUTUKAN dengan sesuatu pun dalam beribadah kepada Tuhannya.” – [Al-Kahf, 18: 110].

    syarat ketiga: MUTABA’ATU AR-RASUL atau MENGIKUTI RASUL.. sekadar memberi peringatan, ada pihak yg menganggap sekiranya kita ikhlas, itu sudah bererti kita telah mutaba’atu ar-rasul, namun pd hakikatnya perkara trsbt tidak benar.. telah ramai org yg ikhlas niatnya, namun amalan mereka tidak diterima krn tidak menepati syara’.. misalnya, bbrp org pelajar yg berkongsi atas 1 bhgn drpd haiwan korban, sdgkn hadits mengajarkan kita utk seekor sapi 7 org..

    firman Allah ‘Azza wa Jalla: Katakanlah (Muhammad): “Sekiranya kalian mencintai Allah, maka IKUTILAH AKU nescaya Allah akan mencintai kalian dan mengampuni dosa-dosa kalian. Dan Allah Maha Pengampun Maha Penyayang.” – [Ali ‘Imran, 3: 31].

    sabda Rasul S.A.W: Barang siapa mereka-reka dalam urusan kami ini (yakni urusan agama), apa yang bukan daripadanya, nescaya ia tertolak. – [Muttafaqun ‘alaihi].

    sy rasa jwpn ini sudah menjawab pertanyaan teman kita di atas.. sekiranya masih ada pertanyaan, silakan utk bertnya.. insya-Allah, sy akan cuba menjawab sebaik mgkn..

    wallahu a’lam..

  3. me says:

    salam
    nk mntk izin copy psl syarat2 amalan diterima, boleh?

  4. mrblinc says:

    salam.. buat saudara/i “me”, dipersilakan utk copy.. skiranya anda menjumpai mana2 kesalahan, tlg hubungi sy kembali utk sebarang pembetulan..

    wallahu a’lam..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s