Seingat Saya Sejak Kecil Lagi

Posted: January 1, 2009 in Manhaj Umum, Realiti Umat

BEBERAPA hari yang lalu, saya ditanya satu soalan mengenai perkara apa sahaja yang membuatkan amalan kita menjadi sia-sia.. saya katakan: amalan kita menjadi sia-sia kerana tidak memenuhi ketiga-tiga syarat yang telah ditetapkan oleh Al-Quran dan As-Sunnah.. apa sahaja yang dikatakan tiga syarat tersebut? saya katakan: sila klik di sini..


setelah merenung kembali jawapan yang saya berikan, saya teringat kembali kata-kata seorang tokoh, iaitu Dr. Abdullah Yasin.. kata beliau, ramai umat Islam hari ini yang mengucapkan La ilaha illallah, namun kerana mereka tidak faham, walau pun mereka Islam, tetapi mereka masih mengamalkan amalan-amalan syirik.. ramai umat Islam yang mengucapkan Muhammadu Ar-Rasulullah, namun kerana mereka tidak faham, walau pun mereka Islam, tetapi mereka masih mengamalkan amalan-amalan bid’ah.. kata-kata ini membuatkan saya berfikir panjang.. betul juga kata-kata beliau ini.. tidak hairanlah kenapa ramai umat Islam hari ini yang menunaikan solat 5 waktu sehari semalam, tetapi masih percaya kepada tangkal azimat, dukun, bomoh, dll.. tidak hairan juga kenapa umat Islam hari ini yang menyanjung Nabi Muhammad S.A.W, tetapi masih mengamalkan perkara-perkara yang tidak pernah diajarkan baginda S.A.W.. inilah realiti umat hari ini..


inilah masalahnya, kata Dr. Abdullah Yasin, apabila Islam diperkenalkan kepada masyarakat umum melalui pintu ibadah, dan bukannya melalui pintu aqidah.. akhirnya, banyak masalah mula timbul.. contohnya ada di depan mata.. masih ramai orang yang tidak mengetahui apa sahaja perkara yang boleh menyebabkan amalan kita menjadi sia-sia.. bukanlah maksud saya di sini untuk memperlekeh-lekehkan soalan tersebut atau pihak yang bertanya, malah suatu ketika dahulu, saya sendiri pernah bertanya soalan yang sama.. tanpa kita sedari, sebenarnya jawapan kepada soalan tersebut memang terkandung dalam dua kalimah syahadah yang tidak asing lagi bagi kita semua, bahkan SEINGAT SAYA, SEJAK KECIL LAGI saya diajarkan untuk mengucapkan kedua-dua syahadah tersebut.. namun, saya tidak pernah diajarkan mengenai aqidah kita terhadap syahadah, sehinggalah usia saya sudah mencapai 20-an..


syarat pertama (yakni BERIMAN) terkandung dalam kedua-dua kalimah tersebut.. tidak lengkap iman seseorang melainkan setelah dia menafikan adanya Tuhan-Tuhan lain selain Allah, dan setelah dia mengakui bahawa Muhammad itu adalah utusan Allah yang mengajarkan wahyu kepada umat manusia.. syarat yang kedua pula (yakni IKHLAS KEPADA ALLAH) terkandung dalam kalimah “La ilaha illallah”.. ini bererti pengabdian yang kita lakukan ini ditujukan semata-mata kepada Allah S.W.T, tiada lagi “Tuhan” lain yang menjadi tujuan kita.. syarat yang ketiga (yakni MUTABA’ATU AR-RASUL) terkandung dalam kalimah  “Muhammadu Ar-Rasulullah”.. yakni kita mengakui bahawa Nabi Muhammad S.A.W adalah manusia yang telah dipilih oleh Allah, untuk mengajarkan kita Al-Kitab wa Al-Hikmah (Al-Quran dan As-Sunnah).. hanya bagindalah yang mengetahui apakah yang menjadi tuntutan Allah ke atas kita.. kerana itulah dalam urusan agama ini, kita hanya mengamalkan apa yang baginda lakukan dan apa yang baginda perintahkan, dan meninggalkan apa yang baginda tinggalkan dan apa yang baginda larang.. inilah AQIDAH kita terhadap DUA KALIMAH SYAHADAH yang selalu kita ungkapkan, setiap kali kita solat.. ramai yang menyebutnya, tetapi tidak ramai yang memahaminya..


namun, dapat kita saksikan, betapa kelirunya umat hari ini, apabila aqidah bukan menjadi perbahasan utama.. perbahasan fiqh lebih banyak menghiasi masjid-masjid di sekeliling kita, sehinggakan pertanyaan yang selalu ditanyakan bukan lagi “Apakah sabda Nabi dalam masalah ini?”, tetapi yang lebih sering adalah “Apakah pendapat Imam Syafi’i dalam masalah ini?” bukanlah maksud saya untuk menyalahkan sikap bermazhab, malah saya sendiri pun cenderung kepada mazhab Asy-Syafi’i (saya pernah menulis mengenai pandangan saya dalam isu bermazhab: sila klik di sini).. namun apabila aqidah umat masih bermasalah, mereka cenderung untuk taksub kepada mazhab Asy-Syafi’i.. maka, tidak hairanlah sekiranya anda pernah mendengar ada pihak yang mengatakan haram untuk keluar daripada mazhab yang diamalkan oleh masyarakat tempatan..


inilah manifestasi ketidakfahaman umat terhadap dua kalimah syahadah.. mereka seolah-olah meletakkan Asy-Syafi’i lebih utama daripada Nabi S.A.W.. mungkin ramai yang akan menafikan perkara ini, namun seandainya benar anda tidak meletakkan Asy-Syafi’i lebih utama daripada Nabi S.A.W, kenapa anda menghalang masyarakat daripada berpegang dengan mazhab-mazhab lain yang turut menjadikan hadits-hadits Nabi S.A.W sebagai sumber utama mereka? seandainya anda benar-benar menjadikan Nabi S.A.W sebagai pedoman, maka biarkanlah umat memilih mana-mana pendapat, walau pun daripada mazhab yang lain, selagi mana pendapat tersebut menepati Al-Quran dan As-Sunnah..


Wahai orang-orang yang beriman! Taatilah Allah dan taatilah Rasul, serta uli al-amr dari kalangan kalian. Sekiranya kalian berselisih pendapat dalam sesuatu urusan, maka kembalikanlah kepada Allah (yakni Kitabullah) dan Rasul (yakni Sunnah Rasul), seandainya kalian beriman kepada Allah dan Hari Akhir…

[An-Nisa’, 4: 59].


inilah perintah Allah.. inilah AQIDAH kita sebagai Ahlu As-Sunnah wa Al-Jama’ah.. mengembalikan semua urusan agama kepada Allah dan RasulNya.. mungkin ada yang akan berkata: “kalau begitu, kita tidak boleh berpegang kepada mana-mana mazhab la..” saya katakan: bukan begitu maksudnya.. silalah untuk berpegang pada mana-mana mazhab Ahlu As-Sunnah (yakni mazhab Hanafi, Maliki, Asy-Syafi’i dan Hanbali), namun apabila anda menjumpai mana-mana perselisihan antara mazhab-mazhab tersebut, peganglah mana-mana pendapat yang lebih mendekati Al-Quran dan As-Sunnah, berdasarkan pemahaman para sahabat R.A.. itu sahaja, bukannya bererti kita harus meninggalkan semua mazhab, seperti yang difahami oleh segelintir manusia yang kurang faham..


saya rasa cukup sekian daripada saya untuk kali ini.. sebelum saya mengakhiri entry kali ini, saya sekali lagi ingin tekankan bahawa janganlah kita memperkenalkan Islam kepada orang lain melalui pintu IBADAH, tetapi bawalah melalui pintu AQIDAH.. insya-Allah, apabila AQIDAH seseorang itu sudah jelas, dia akan berusaha untuk mencari IBADAH yang manakah yang dituntut ke atasnya, dan bagaimanakah caranya untuk melaksanakan ibadah tersebut.. wallahu a’lam..


-mrblinc-

jakarta barat

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s