Ayuh Melangkah Bersama

Posted: January 4, 2009 in Realiti Umat

Dan tidaklah mereka menyeksa orang-orang mu’min itu, kecuali kerana orang-orang mu’min itu beriman kepada Allah yang Maha Perkasa, Maha Terpuji.

[Al-Buruj, 85: 8].


* * * * * * * * * *


lihatlah pembantaian Israel yang dilakukan atas nama “mempertahankan diri”..


GAZA CITY 3 Jan. – Tentera Israel melancarkan kira-kira 750 serangan ke atas Genting Gaza sejak 27 Disember lalu dan jumlah penduduk Palestin yang terkorban kini meningkat kepada sekurang-kurangnya 435 orang dengan 2,285 yang lain cedera.. “Kira-kira 750 serangan telah dilancarkan dan ia bertujuan mempertahankan rakyat Israel daripada serangan Hamas,” kata jurucakap tentera Yahudi.

– sumber: Utusan Malaysia Online


BANDAR GAZA 3 Jan. – Sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh termasuk dua kanak-kanak apabila jet pejuang Israel mengebom sebuah masjid ketika umat Islam sedang sembahyang di bandar Jabaliya, hari ini.

– sumber: Utusan Malaysia Online


* * * * * * * * * *


apakah pula peranan kita? sekadar menjadi penonton? berpeluk tubuh, berdiam diri?


Sabda Rasul S.A.W: “Bandingan orang-orang mu’min dalam kasih sayang, kasihan dan simpati, seperti satu jasad. Apabila satu anggota berasa sakit, maka seluruh anggota lain turut berjaga malam dan demam.”

[HR Muslim].


kita mungkin tidak mampu untuk melangkahkan kaki ke sana, itu tidak bererti kita tidak boleh berbuat apa-apa.. janganlah sekadar berpeluk tubuh.. lakukanlah sesuatu sebagai tanda keperihatinan kita terhadap saudara seaqidah kita yang sedang ditindas oleh musuh-musuh Allah..


pertama: Qunut An-Nazilah..


dari Ibnu ‘Abbas, katanya: Rasulullah S.A.W pernah qunut selama satu bulan secara terus-menerus pada solat Zuhur, ‘Asar, Maghrib, Isya’ dan Subuh di akhir setiap solat, (iaitu) apabila ia mengucap “sami’allahu liman hamidah” di raka’at yang akhir, baginda mendoakan kebinasaan kabilah Ri’lin, Dzakwan dan ‘Ushayyah yang ada di perkampungan Bani Sulaim, dan orang-orang di belakang baginda mengucapkan amin.

[HR Abu Dawud, Ibnu Al-Jarud, Ahmad, Al-Hakim dan Al-Baihaqi].


di sini saya sertakan satu link [Where Is Our Qunut an-Nazilah?], mungkin boleh memberikan gambaran secara ringkas mengenai qunut nazilah.. semoga bermanfaat..


kedua: boikot produk Israel..


sekiranya suatu ketika dahulu kita pernah memboikot produk-produk Belanda, saya tidak hairan kita boleh melakukan perkara yang sama terhadap produk-produk Israel [sila klik di sini], lebih-lebih lagi dalam kondisi seperti ini (seharusnya perkara ini dilakukan sepanjang masa).. persoalannya, SANGGUPKAH ANDA?


ketiga: bantuan dana..


alhamdulillah, untuk tujuan ini, saya kira banyak pihak telah pun melancarkan kutipan derma untuk disumbangkan kepada rakyat Palestin.. dan insya-Allah, buat teman-teman yang berada  di Jakarta, Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia cawangan Jakarta (PKPMI-CJ) akan menganjurkan kempen “One Dollar One Man“, di mana dana yang terkumpul akan disalurkan kepada rakyat Palestin melalui Komite Indonesia Untuk Solidaritas Palestin (KISPA)..


keempat: memberikan kesedaran kepada orang lain mengenai kondisi di Palestin..


saya melihat ramai orang telah menulis tentang perkara ini.. satu usaha yang cukup baik dalam menyedarkan umat mengenai pergolakan yang terjadi di bumi Palestin.. di sini, saya ingin mengambil peluang untuk mengajak teman-teman yang berada di Jakarta untuk menghadiri satu talkshow yang akan dianjurkan oleh pihak PKPMI-CJ.. talkshow yang bertajuk “Palestin: Tragedi Berdarah di Tahun Baru“, dengan tema “Menelusuri Konflik Kemanusiaan Palestin-Israel sejak 1967-2008” ini akan mengupas beberapa persoalan seputar pergolakan yang berlaku antara Palestin-Israel, antaranya:

1. Sejarah singkat konflik yang terjadi.

2. Konflik Palestin-Israel: Masalah Umat Islam atau Umat Dunia?

3. Siapakah FATAH, HAMAS dan Zionis?

4. Mengapa HAMAS ‘gatal’ untuk melancarkan serangan roket ke Israel?

5. Salahkah Zionis Israel melancarkan serangan balas ke HAMAS?

6. Apakah peranan utama yang dimainkan oleh Amerika dalam menyokong Zionis Israel?

7. Kenapa pemimpin-pemimpin dunia membisu?

8. Amankah dunia selagi Palestin masih bergolak?

9. Apa peranan yang boleh anda mainkan?


saya rasa cukup di sini untuk kali ini.. masih banyak perkara yang boleh kita lakukan untuk membantu saudara-saudara seaqidah kita di bumi Palestin selain daripada apa yang telah saya senaraikan di atas.. di bawah, telah saya sertakan beberapa link untuk memuat-turun beberapa lagu yang berkaitan dengan Palestin.. pesanan saya: ayuh melangkah bersama.. marilah berganding bahu dalam usaha untuk membela nasib rakyat Palestin yang tertindas semampu kita, semoga Allah Ta’ala akan memberikan ganjaran di akhirat kelak.. wallahu a’lam..


download:

* Untukmu Palestin [Raihan]

* Khaibar Ya Yahud [Ar-Ruhul Jadid]

* Islami Ya Quds


-mrblinc-

jakarta barat

Advertisements
Comments
  1. dentistsupermuslim says:

    Alhamdulillah. Terima kasih atas pengisian dan cadangan beberapa solusi di atas ini. Sama2 kita doakan keamanan dan kemenangan saudara2 kita di sana dan dalam pada masa yang sama berusaha menegakkan agama Allah walau di mana bumi dipijak.
    WA.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s