Boleh Percaya Ke Dia Ni?

Posted: January 7, 2009 in Manhaj Umum

“TADI aku jumpa Cikgu Nasir.. dia kata siapa yang nak ikut lawatan ke Pulau Langkawi, sila bagi nama kat aku, beserta bayaran,” kata Kamal, sambil tersengih.. mendengarkan pengumuman daripada Kamal membuatkan aku tertanya-tanya: boleh percaya ke dia ni?


“alah Kamal.. macam la Cikgu Nasir tak boleh suruh orang lain buat kerja tu.. bukannya dia tak tahu perangai kau macam mana,” kata Imran.. “ah, suka hati korang la kalau tak nak percaya,” kata si Kamal sambil tersengih, lalu berjalan ke tempat duduknya.. “macam mana dia boleh terfikir ada orang akan percaya cakap dia? bukan sekali dua dia menipu kita semua,” kata Sarah yang sedang berdiri di tepi mejaku..


tiba-tiba si Aiman melangkah masuk ke dalam kelas dan membuat satu pengumuman: “bagi sesiapa yang nak ikut lawatan ke Pulau Langkawi, sila isi borang kebenaran ibu bapa ni.. untuk urusan pembayaran, Cikgu Nasir kata paling lambat hari Selasa minggu depan,” kata ketua kelas.. “haa, ni baru betul,” kata si Imran.. “hah? apa yang betul?” tanya si Aiman, kebingungan..


* * * * * * * * * *


saya rasa situasi seperti ini biasa terjadi kepada kita, di mana tidak semua berita yang sampai kepada kita dapat kita terima, hanya kerana berita tersebut berasal dari pihak-pihak tertentu.. dan dalam waktu yang sama, sekiranya ada berita yang disampaikan oleh pihak-pihak yang kita anggap boleh dipercayai, rasanya tanpa berat hati dan berfikir panjang, kita akan menerima berita tersebut..


dalam bidang hadits, konsep ini juga digunakan oleh para ulama’ untuk memastikan sama ada sesuatu ungkapan yang dikatakan “hadits” itu benar-benar hadits Rasulullah S.A.W atau pun bukan.. konsep ini dinamakan Al-Jarhu wa At-Ta’dil.. persoalan pertama: apakah yang dimaksudkan dengan Al-Jarh? dan apakah pula yang dimaksudkan dengan At-Ta’dil?


Al-Jarh bererti sifat-sifat perawi hadits yang menyebabkan tertolaknya sesuatu hadits dan tidak diterima periwayatannya.. sedangkan At-Ta’dil pula bermaksud sifat-sifat perawi yang menyebabkan diterima periwayatannya dan haditsnya dijadikan hujah syara’.. persoalan kedua: pentingkah ilmu Al-Jarh wa At-Ta’dil dalam agama ini? jawapannya: YA, cukup penting kerana Allah S.W.T sendiri yang mengajarkan kita tentang perkara ini..


Wahai orang-orang yang beriman! Sekiranya datang kepada kalian seorang yang fasiq dengan suatu perkhabaran, maka telitilah kebenarannya, agar kalian tidak mencelakakan suatu kaum kerana kejahilan, yang akhirnya kalian akan menyesal atas apa yang kalian lakukan.

[Al-Hujurat, 49: 6].


begitu juga dengan peringatan yang Rasulullah S.A.W berikan mengenai keadaan di akhir zaman..


Akan ada di akhir zaman para dajjal lagi pendusta. Mereka membawakan kepada kalian hadits-hadits yang tidak pernah kalian dengar, dan tidak pula bapa-bapa kalian. Hendaklah kalian berhati-hati dengan mereka, agar mereka tidak menyesatkan kalian dan memfitnah kalian (menipu kalian sehingga yang batil disangkakan benar).

[HR Muslim].


berdasarkan ayat Al-Quran dan hadits di atas, para ulama’ hadits sepanjang zaman telah bangkit untuk mempertahankan keaslian hadits Nabi S.A.W daripada golongan-golongan yang fasiq dan yang berdusta atas nama Nabi S.A.W.. di samping itu, para ulama’ juga terpaksa menyaring hadits-hadits yang diriwayatkan oleh orang-orang yang jujur, namun daya ingatan mereka kurang baik, sehingga mereka meriwayatkan hadits secara tidak tepat.. ini adalah usaha yang cukup mulia yang dilakukan oleh para ulama’ dalam menjaga keaslian agama wahyu ini daripada bercampur dengan kata-kata manusia yang terdedah kepada kesalahan dan kesilapan..


dari sinilah munculnya beberapa istilah hadits yang mungkin bagi sesetengah pihak sudah tidak asing lagi, seperti hadits shahih, hadits hasan, hadits dha’if, hadits maudhu’, dll.. saya rasa, penjelasan mengenai istilah-istilah tersebut akan saya lakukan di waktu yang akan datang, insya-Allah, sekiranya diberikan kelapangan.. sampai di sini sahaja untuk kali ini.. mohon maaf sekiranya ada kesalahan dan kesilapan.. wallahu a’lam..



-mrblinc-

jakarta barat

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s