Dha’if Ke Mutawatir?

Posted: January 20, 2009 in Manhaj Muhadditsin, Realiti Umat

“HADITS ni hadits dha’if ke mutawatir?”


Terdiam seribu bahasa mendengarkan pertanyaan seperti ini dilontarkan.. Hadits dha’if ke hadits mutawatir? Kenapa pula kedua-dua istilah ini digandingkan bersama, seakan-akan kedua-duanya berada dalam satu kategori yang sama? Pertanyaan yang cukup aneh, tetapi cukup untuk menyedarkan saya mengenai realiti umat Islam hari ini.. Ternyata masih ramai umat Islam hari ini yang belum terbiasa dengan istilah-istilah seperti ini..


Saya juga begitu, suatu ketika dahulu.. Tetapi alhamdulillah, Allah telah memudahkan jalan bagi saya untuk mengenal istilah-istilah ini.. Walau pun masih banyak yang tidak saya ketahui mengenai ilmu hadits, namun pengetahuan yang saya peroleh sepanjang beberapa tahun kebelakangan ini sedikit sebanyak membantu saya untuk memahami perbahasan mengenai hadits.. Saya rasa mungkin ada baiknya sekiranya saya menjelaskan beberapa perkara mengenai pertanyaan di atas, yang ditanyakan oleh salah seorang teman..


Pertama, saya ingin menjelaskan mengenai kategori-kategori hadits.. Ada pun kedua-dua istilah di atas (iaitu hadits dha’if dan hadits mutawatir) sebenarnya tidak berada dalam satu kategori yang sama.. Di bawah saya bawakan satu contoh.. Sekiranya dikumpulkan semua pelajar lelaki di dalam sebuah kelas, kita boleh mengelompokkan mereka dalam beberapa kategori.. Kategori pertama adalah berdasarkan negeri asal pelajar-pelajar tersebut: Kelantan, Selangor, Kedah, Perak, Terengganu, Perlis, Sarawak, dll.. Kategori kedua pula berdasarkan bulan mereka dilahirkan: Muharram, Rajab, Ramadhan, Syawal, dll.. Kategori ketiga pula berdasarkan makanan kegemaran mereka: nasi kerabu, nasi uduk (BM: nasi lemak), bubur ayam, ketoprak, pempek, bakso, dll..


Hadits juga dikelaskan menurut kategori-kategori tertentu.. Misalnya, “berdasarkan ramai atau tidaknya perawi yang meriwayatkan hadits tersebut”.. Dalam kategori ini, kita akan mengenal istilah [A.1] “hadits mutawatir” atau [A.2] “hadits ahad”..


[A.1] “Hadits mutawatir” ialah hadits yang diriwayatkan oleh sejumlah perawi yang ramai, dan diriwayatkan pula oleh generasi selepasnya dalam jumlah yang ramai, yang menurut kebiasaannya mustahil mereka akan berkumpul dan bersepakat untuk berdusta.. Sesetengah ulama’ menetapkan jumlah tersebut seramai 20 orang dan sebahagian yang lainnya menetapkan seramai 40 orang..


[A.2] Ada pun “hadits ahad” ialah hadits yang tidak memenuhi syarat-syarat hadits mutawatir atau tidak memenuhi sebahagian daripada syarat-syarat tersebut.. Hadits ahad dibahagi pula kepada [A.2.1] “hadits gharib”, [A.2.2] “hadits ‘aziz”, dan [A.2.3] “hadits masyhur”..


mutawatir-ahad


Saya kira tidak perlu untuk dijelaskan dengan lebih mendalam mengenai pembahagian hadits ahad, kerana tujuan saya menulis kali ini hanyalah untuk menyentuh beberapa persoalan yang saya anggap agak penting.. Kita teruskan dengan kategori yang kedua, iaitu “berdasarkan diterima atau ditolaknya sesuatu hadits”..


Berdasarkan kategori ini, kita akan mengenal pula beberapa istilah, antaranya: [B.1] “hadits maqbul (maqbul bererti yang diterima)” dan [B.2] “hadits mardud (mardud bererti ditolak)”..


[B.1] “Hadits maqbul (diterima)” bermaksud hadits yang diterima untuk menetapkan hukum.. “Hadits maqbul” dibahagi kepada dua: [B.1.1] “hadits shahih” dan [B.1.2] “hadits hasan”..


[B.1.1] “Hadits shahih” ialah hadits yang diyakini bahawa ia benar-benar berasal dari Nabi S.A.W mengikut kajian dan penelitian para ulama’ hadits..

[B.1.2] “Hadits hasan” pula ialah hadits yang diyakini bahawa ia berasal dari Nabi S.A.W tetapi kedudukannya tidak setinggi hadits shahih.. Perbezaan antara hadits shahih dan hadits hasan adalah pada kekuatan hafalan perawi..


[B.2] Ada pun “hadits mardud (ditolak)” bererti hadits yang ditolak untuk dijadikan dasar penetapan hukum.. Hadits mardud terdiri daripada “hadits dha’if”..


“Hadits dha’if” bererti hadits yang tidak memenuhi syarat-syarat hadits shahih lalu menjadikannya tidak dapat dipastikan sama ada hadits ini benar-benar berasal dari Nabi S.A.W atau pun tidak.. Oleh itu, hadits dha’if tidak boleh dijadikan sumber dalam penentuan aqidah mahu pun ibadah.. Hadits dha’if bertingkat-tingkat kedudukannya berdasarkan lemahnya para perawi.. Antara tingkatannya adalah dha’if, dha’if jiddan (dha’if jiddan bererti sangat dha’if, dan kedudukannya adalah lebih rendah daripada hadits dha’if), dan seburuk-buruk tingkatan adalah maudhu’ (palsu)..


“Hadits maudhu’ (palsu)” ialah hadits yang telah dibuktikan tidak berasal dari Nabi S.A.W, tetapi disandarkan pada baginda S.A.W.. Perbahasan mengenai hadits palsu cukup luas, sehinggakan terdapat sebahagian ulama’ yang menjadikan hadits maudhu’ sebagai satu kategori baru dengan membahagikan hadits menjadi empat: [i] shahih, [ii] hasan, [iii] dha’if, dan [iv] maudhu’ (menurut pembahagian ini, hadits maudhu’ tidak diletakkan di bawah kategori hadits dha’if, tetapi dijadikan satu kategori yang lain)..


maqbul-mardud


Saya rasa cukup sampai di sini dulu entry saya untuk kali ini.. Semoga entry ini dapat memberikan gambaran mengenai istilah-istilah hadits yang biasa berlegar di sekitar kita.. Saya memohon maaf atas kekurangan, dan saya memohon anda untuk memaklumkan kepada saya sekiranya terdapat sebarang kesalahan dalam mana-mana entry saya yang ini.. Terima kasih saya ucapkan atas waktu yang anda luangkan untuk membaca entry ini.. Wallahu a’lam..


-mrblinc-

jakarta barat

Advertisements
Comments
  1. Hani says:

    Alhamdulillah.
    Input yg clear dan bermanfaat, terima kasih buat penulis. Ini mungkin lebih sedikit dari sekadar basic, sedangkan dalam buku “20 Persoalan Asas Ttg Hadis” pun tiada pembahasan yg seumpama ini. Siap ada makanan2 Indonesia lagi..

    Adapun tentang persoalan yang ditimbulkan tersebut, kesilapan itu bukan hanya dilakukan oleh orang awam, malah, boleh jadi kesilapan itu datangnya dari ustaz yang mengajar dan kita pula hanya bertaqlid apa yang diomongin.
    Sekadar informasi, saya juga mula2 mengenal apa yg dimaksudkan dengan hadis mutawatir ialah “kategori hadis sahih/hasan” kerana itulah yang diajarkan oleh ustaz saya.
    Mungkin dari situ, timbullah kesalahfahaman tentang maksud dan kategori sebenar hadis mutawatir.

    Mungkin saudara boleh mencadangkan kitab basic untuk mereka (pemula2 dalam menuntut ilmu) yang berminat mendalami ilmu hadis.

    WA.

  2. hijratulfikr says:

    mintak izin copy ye…….

  3. mrblinc says:

    terima kasih buat saudari hani, krn sudi menjenguk & meninggalkan komentar.. tak sangka pulak entry ini dianggap “lebih sedikit dari sekadar basic”..

    mengenai kitab basic yg boleh dicadangkan tu, sy sndiri pun kurang pasti.. mgkn buku “20 Persoalan Asas Tentang Hadis” blh membantu mereka yg masih baru.. wallahu a’lam..

  4. mrblinc says:

    utk saudara “hijratul fikr”, silakan sekiranya anda mahu copy.. cuma spt biasa, sekiranya ada sbrg kesalahan, sila hubungi sy.. terima kasih..

  5. Max says:

    Huhu…Hebat la mr blinc.Suke ngan perumpamaan nta.Cukup menyenangkan…
    ;-)

  6. mrblinc says:

    buat saudara “max”, blh sy tahu perumpamaan yg mana yg dimaksudkan tu??

    btw, tahniah utk kali yg ketiga sy ucapkan kpd saudara.. =>

  7. mrblinc says:

    di sini, telah saya tambahkan dua peta minda.. semoga dpt membantu para pembaca utk memahami entry ini dgn lebih mudah..

    terima kasih sy ucapkan kpd teman yg telah menyumbangkan idea ini.. =>

  8. Hani says:

    Asslmkum wbkth.
    Ingatkan still tak faham maksud “mind map” tu. Baru je nak tlg buat sample, tengok2 dah ada hari ni. Cekap. Good job. iA akan dimudahkan kefahaman para pembaca.

  9. mrblinc says:

    salam..

    hmm, pedas jugak kata2 cik hani ni –> “Ingatkan still tak faham maksud “mind map” tu.”

    bukan tak faham, sbnrnya malas nk buat.. maklum la, esok exam, nk kena study.. alih2 cape’ la pulak study.. so, spend waktu skit utk buat mind map tu..

    apa2 pun, thnx utk idea tu..

  10. Hani says:

    Err..maksud saya, ingatkan saudara kurang mengerti akan maksud di sebalik idea yg diutarakan tersebut. Maaflah kalau ada tersalah kata kat mana2.

    Semoga dipermudahkan urusan-exam esok. iA Dia akan membantu mereka2 yg membantu menegakkan agamaNya. Ameen.

  11. mrblinc says:

    takpe2.. sy faham maksud cik hani.. jgn risau.. sy tak ambil hati pun..

  12. habibah says:

    jazakallahu khair..sy selama ini memang xtau ape beza hadits2. alhamdulillah entry nie menclearkan ape yg sy xtau. jzkk again

  13. mrblinc says:

    alhamdulillah kita ucapkan seandainya entry ini dpt memberikan saudari sedikit sebanyak pemahaman mengenai pembahagian hadits-hadits..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s