Beza Antara Kita

Posted: February 20, 2009 in Perbandingan Agama

MELANGKAH keluar dari ruangan peperiksaan, aku disapa..

Kawan Adli: Amacam exam? Ok tak?

Adli Khalim: Entah la.. Insya-Allah ok kot.. Aku pun tak berani nak komen.. Just wait and see la..

Kawan Adli: Ish kau ni.. Sebut benda tu pulak..

Adli Khalim: Sebut apa?

Kawan Adli: Ala, yang kau sebut dengan nama Tuhan kau tu la tadi..

Adli Khalim: Owh, “insya-Allah” tu.. Kenapa pulak tak boleh?

Kawan Adli: Memang la kau boleh sebut, tapi sebut kat non-muslim boleh ke?

Adli Khalim: Kenapa pulak tak boleh? Dulu Nabi Muhammad pun pernah sebut “insya-Allah” kat kaum dia, tapi diorang bukan muslim pun..

Kawan Adli: Ye ke?

Adli Khalim: Ye la.. Sebab diorang sendiri pun percaya kat Allah tu.. Kau percaya tak kalau aku kata ada Tuhan yang menguasai seluruh alam ni? Yang cipta semua ni?

Kawan Adli: Tentu la aku percaya ada Tuhan.. Kau ni pun.. Takkan tu pun nak tanya kot..

Adli Khalim: Bagus la kalau camtu.. Maksudnya kau pun percaya kat Allah jugak la..

Kawan Adli: Ish, kau jangan main-main.. Suka-suka hati main-main dengan agama..

Adli Khalim: Aku tak main-main la.. Memang dalam Al-Quran Allah claim yang Dia tu pencipta seluruh alam.. So, kalau kau memang percayakan Tuhan yang menciptakan seluruh alam, maknanya kau pun percaya kat Allah la..

Kawan Adli: Takkan la..

Adli Khalim: Betul.. Benda yang sama berlaku kat non-muslim zaman Nabi.. Diorang pun percaya ada Tuhan yang ciptakan alam ni.. Sebab tu kalau baca Al-Quran, memang ada ayat yang sebut kalau Nabi tanya diorang siapa yang ciptakan langit dan bumi, mesti diorang akan jawab Allah.. Lagipun nama bapak Nabi pun ‘Abdullah, maksudnya “hamba Allah”..

Kawan Adli: Owh ye ke? Tapi kenapa diorang tak masuk Islam jugak walau pun diorang percaya kat Allah?

Adli Khalim: Tu la, ramai yang belum clear tentang benda ni.. Even orang Islam sendiri pun tak clear tentang benda ni.. Kalau kau nak tahu, sebenarnya “Allah” tu adalah perkataan bahasa Arab, yang sekiranya kita terjemah ke bahasa Melayu, jadi “Tuhan”, dan kalau terjemah ke bahasa Inggeris, jadi “God”.. So, sesiapa sahaja yang percaya ada Tuhan yang ciptakan alam semesta ni, maknanya dia percaya kat Allah.. Cuma ada beberapa perbezaan la antara kita..

Kawan Adli: Perbezaan camne tu?

Adli Khalim: Ok, 1st, kau kena clear dulu.. Dalam bab percaya Tuhan kita berdua memang sama.. Beza antara kita, pertama, aku percaya takde Tuhan lain selain Tuhan, sedangkan kau pulak percaya Jesus tu pun Tuhan, Holy Spirit tu pun Tuhan.. Mungkin kau akan kata, Tuhan yang kat langit, Jesus dan Holy Spirit tu satu kesatuan, tapi beza dengan orang Islam, kitorang memang takleh kata ada Tuhan lain selain Tuhan tu.. Dah takde benda lain yang layak dipanggil Tuhan atau diberi sifat-sifat Tuhan..

Kawan Adli: Ok, aku boleh terima point tu..

Adli Khalim: Ok, perbezaan kedua pulak dalam bab menggambarkan Tuhan.. Islam memang tak bagi buat gambaran untuk Tuhan.. Tapi kalau agama kau kan memang boleh ukir patung Jesus kan? Siap sebut lagi dalam Bible yang Tuhan ciptakan manusia dalam rupa bentuk Dia sendiri, betul tak? Dalam Islam, semua tu dilarang.. Tuhan sendiri claim yang takde apa pun yang sama dengan Dia.. So, kalau orang tanya, camne bentuk Tuhan? Kita jawab je la tak tahu.. Takyah nak imagine la, sebab selagi kau boleh imagine something, maknanya tu bukan gambaran Tuhan..

Kawan Adli: Ok..

Adli Khalim: Next, dalam bab ibadah.. Cara beribadah antara kita berdua memang jauh berbeza la, betul tak? Mungkin kau pun tertanya-tanya kenapa aku sembahyang lima kali sehari semalam? Kenapa kena puasa time Ramadhan? Jawapannya simple je, sebab dah memang Tuhan suruh.. So, we hear and we obey.. Beza dengan agama lain.. Hindu misalnya, diorang menyembah patung-patung.. Ada jugak manusia yang menyembah pokok, matahari dan sebagainya..

Kawan Adli: Jap, camne kau boleh “hear and obey” camtu je? Camne kau yakin yang Tuhan memang suruh buat semua tu? Sembahyang la, puasa la, haji..

Adli Khalim: Sebab memang tu yang Al-Quran sebut.. Dan tu jugak yang Nabi ajar..

Kawan Adli: So, kalau Quran sebut semua tu, kenapa? Belum tentu kan Quran ni datang dari Tuhan.. Kau orang Islam, memang la kau percaya yang Quran tu dari Tuhan.. Aku pulak percaya yang Bible tu dari Tuhan..

Adli Khalim: Hmm, betul apa yang kau cakap tu.. Sebab tu kita kena cari kitab suci mana yang memang betul-betul dari Tuhan, setuju tak? Sebenarnya aku dah pun dapat jawapan tentang persoalan tu.. Tapi aku rasa mungkin kau susah sikit nak percaya sebab mesti kau ingat aku akan bias dalam kes ni.. Tapi kau boleh baca hasil kajian Dr. Maurice Bucaille tentang Al-Quran ni.. Dulu dia pernah kaji Al-Quran, dari segi penulisan dan sebagainya.. Conclusion dia: memang Al-Quran ni tak pernah berubah sejak 1st time turun kat Nabi sampai ke hari ni.. Beza dengan Bible..

Kawan Adli: Kenapa pulak beza?

Adli Khalim: Ye la, Bible kan tak pernah ditulis time Jesus masih hidup.. Kalau tak salah, beberapa puluh tahun selepas Jesus takde baru Bible dikumpulkan.. Al-Quran time Nabi lagi dah ada yang tulis.. Lepas Nabi takde, orang Islam start kumpulkan Al-Quran, buat dalam satu naskhah.. Tu satu.. Dari sudut isi kandungan pun beza jugak.. Dalam Al-Quran banyak penemuan saintifik yang disebut oleh Tuhan, yang mana zaman Nabi dulu, takde siapa pun yang pernah tahu.. Bab astronomi, geologi dan macam-macam lagi la.. Zaman Nabi dulu bukannya ada orang kaji benda-benda tu pun.. So, camne Nabi boleh sebut semua tu melainkan memang semua tu Tuhan yang Maha Mengetahui yang wahyukan kat Nabi, betul tak? Beza dengan Bible, dalam Book of Genesis, diceritakan bahawa Tuhan ciptakan Light pada hari pertama, tapi hari keempat baru Dia ciptakan matahari.. Camne boleh ada cahaya sebelum ada matahari? Pastu banyak lagi percanggahan yang ada dalam Bible tu sendiri..

Kawan Adli: Ok, pasal Bible tu, aku no comment.. Berbalik tentang Quran pulak, kalau betul zaman tu takde kajian-kajian, camne pulak orang boleh percaya kat Nabi tu?

Adli Khalim: Zaman Nabi dulu popular dengan syair Arab sebenarnya.. So, datangnya Al-Quran dengan bahasa yang cukup indah, sampai takde orang boleh lawan.. Tuhan cabar orang-orang Arab time tu supaya buat something yang sama dengan Al-Quran tapi diorang takleh buat.. Ye la, nama pun kitab dari Tuhan, mana ada manusia yang boleh lawan, betul tak? Ala, cam Jesus jugak.. Time dia kan popular dengan perubatan, datang Jesus, dia sembuhkan orang buta, hidupkan orang mati.. Semua tu mana orang lain boleh buat.. Tu maknanya Tuhan nak tunjuk yang orang-orang ni Dia sendiri yang pilih.. So Dia bagi kat orang-orang ni sesuatu yang orang ramai takleh buat, biar orang ramai tahu yang orang-orang ni dihantar oleh Tuhan.. Satu lagi, Nabi Muhammad ni, kaum dia sendiri panggil dia Al-Amin.. Maksudnya “yang amanah”.. Dia tak pernah menipu.. Tapi bila sampai time dia nak sampaikan ajaran Islam, kaum dia menolak.. Pelik kan pola fikir diorang? Diorang tahu benda tu benar tapi diorang tak nak percaya pulak..

Kawan Adli: Ha’ah.. Betul jugak tu.. Kalau betul dah percaya kat dia, kenapa dalam bab ni takleh percaya pulak..

Adli Khalim: Hmm, bagus la kalau kau sendiri pun boleh nampak pola fikir diorang.. Tapi kalau kau sendiri pulak camne? Kalau aku tunjukkan kat kau bukti-bukti bahawa Al-Quran ni memang berasal dari Tuhan, bahawa Islam ni benar, kau nak masuk Islam tak?

Kawan Adli: Erkk..


* * * * * * * * * *


Di sin saya ingin menyebutkan beberapa perkara..


Pertama: Dialog di atas hanyalah rekaan semata-mata..


Kedua: Entry ini bertujuan untuk menjelaskan kembali entry sebelumnya.. Saya rasa masih ramai yang belum jelas mengenai entry sebelum ini yang berjudul “Quraisy dan Kristian“, lebih-lebih lagi mengenai persoalan “Siapakah Allah?”


Sekiranya ada yang bertanya: “Adakah kita dan non-muslim PERCAYA kepada Tuhan yang sama?” Saya katakan: “Ya, sekiranya mereka percaya bahawa Tuhan itu yang menciptakan alam ini, yang memusnahkannya, yang mengatur kitaran hujan, yang menghidupkan tumbuh-tumbuhan.. Sekiranya mereka menganggap semua ini dikendalikan oleh Tuhan, maka kita dan mereka mempercayai Tuhan yang sama..”


Tetapi sekiranya ada yang bertanya: “Adakah ini juga bererti kita MENYEMBAH Tuhan yang sama?” Saya katakan: “Tidak.. Sekiranya mereka menyembah patung, kita katakan kita tidak menyembah Tuhan yang sama.. Sekiranya mereka menyembah matahari, kita katakan kita tidak menyembah Tuhan yang sama..”


Ketiga: Allah S.W.T telah mencampakkan fitrah dalam qalbu manusia untuk meyakini adanya Sang Pencipta alam.. Namun, fitrah ini, sekiranya tidak dipandu dengan wahyu dariNya, nescaya akan menyesatkan manusia.. Ini kerana tidak mungkin manusia dapat mengetahui sifat-sifat Allah dan tuntutan Allah atas mereka (yakni ibadah) dengan hanya memerhatikan alam semesta ini.. Kedua-dua perkara ini hanya boleh diketahui melalui lisan orang-orang yang diutuskanNya (yakni para Rasul A.S)..


Keempat: Untuk memandu manusia supaya tidak tersesat dalam usaha mereka mencariNya, Allah Ta’ala telah mengutuskan Rasul demi Rasul, Nabi demi Nabi, dan bersama mereka telah diberikan satu bukti bahawa orang-orang inilah yang telah dipilih olehNya..


Sebagaimana yang kita tahu, Nabi Muhammad S.A.W adalah Rasul terakhir yang diutuskanNya, bukan hanya kepada kaum Quraisy, tetapi kepada seluruh umat manusia, sejak 1400 tahun yang lalu sehingga ke akhir zaman.. Oleh itu, “bukti” yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W mestilah merupakan sesuatu yang tidak dapat ditandingi oleh manusia lain pada zaman baginda sendiri (dari segi keindahan bahasa), generasi hari ini (dari segi sains dan teknologi), mahu pun generasi akan datang (wallahu a’lam).. Untuk perbahasan lebih lanjut, sila baca entry saya yang berjudul “Kini Aku Bersyahadah Dengan Penuh Keyakinan“..


Kelima: Pola pemikiran umat jahiliyyah sebenarnya masih ada pada generasi sekarang.. Kaum Quraisy dahulu telah mengakui kebenaran Rasul, tetapi kerana keangkuhan mereka, mereka sanggup menafikan risalah yang dibawa oleh baginda.. Begitu juga dengan kebanyakan umat manusia hari ini, ramai yang telah melihat mukjizat Al-Quran dibentangkan di hadapan mereka, namun kerana keangkuhan mereka, mereka sanggup menafikannya dan berpegang pada ajaran agama mereka yang telah jauh terpesong..


Saya rasa sampai di sini sahaja entry untuk kali ini.. Semoga entry ini lebih banyak memberikan kefahaman kepada anda, wallahu a’lam..


-mrblinc-

jakarta barat

Advertisements
Comments
  1. ibrahim says:

    saya kwn adli…

  2. delima says:

    laa..
    rekaan rupanya..

  3. mrblinc says:

    mmg rekaan semata2.. susah nak cari org yg mahu bertanya spt “Kawan Adli” yg dlm entry tu (bukan “Kawan Adli” yg bg komentar yg pertama tu)..

    tak ramai manusia yg ingin mencari kebenaran di akhir zaman ini.. smuanya sibuk dgn urusan dunia..

    smoga kita tidak disibukkan spt mereka.. amin..

  4. abqorianhttp says:

    MANTAP ROOMMATE KU..Karya rekaan tetapi berkaitan dengan yang hidup dan juga yg telah meninggal dunia..

    dengan gaya bahasa yg bersahaja, isi-isi penting telah berjaya dikupas dengan cukup menarik!

  5. mrblinc says:

    thnx buat roommate-ku.. tak sangka kau akan baca jugak blog aku, huhu.. mcm la kau baru tahu psl entry ni..

    btw, knp kau letak link PKPMI-CJ? nk buat promotion kt cni ke?

  6. drrazi says:

    sheikh, kalo nak translate dalam bhs inggeris ok tak? macam bez je kalo translate. hehe…

  7. mrblinc says:

    sheikh, kalo nak translate dalam bhs inggeris ok tak? macam bez je kalo translate. hehe…

    Silakan syaikh. Takde masalah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s