BOLEHKAH anda bayangkan,
Sekiranya ada satu kepercayaan yang anda anuti atau amalan yang anda amalkan, yang diwariskan oleh generasi terdahulu sebelum anda, generasi demi generasi, sehingga kepercayaan tersebut sudah sebati dengan kehidupan anda..
Kemudian, datanglah sekelompok manusia dan mendakwa bahawa kepercayaan dan amalan tersebut adalah karut semata-mata.. Apakah perasaan anda? Sukar untuk menerima hakikat tersebut? Apakah tindakan anda? Menolak dakwaan tersebut? Mungkinkah perkataan ini akan keluar dari mulut anda, “Ini warisan turun temurun.. Dah lama orang buat, takkan salah kot?”
Tahukah anda, itulah yang dirasakan oleh kaum terdahulu yang telah sesat..
Suatu ketika dahulu, kaum Quraisy telah menjadikan berhala sebagai sembahan mereka.. Itulah yang diwariskan oleh nenek moyang mereka.. Apabila datang seorang lelaki yang bernama Muhammad S.A.W dan mendakwa bahawa kepercayaan mereka terhadap berhala adalah karut semata-mata, mereka tidak dapat menerima hakikat itu dan menolak risalah yang dibawa olehnya..
Dan apabila dikatakan kepada mereka, “Ikutilah apa yang diturunkan oleh Allah,” mereka menjawab, “Bahkan kami hanya mengikuti apa yang kami dapati nenek moyang kami (melakukannya).” Padahal, nenek moyang mereka itu tidak mengetahui apa pun dan tidak mendapat petunjuk.
[Al-Baqarah, 2: 170].
Ternyata alasan “nenek moyang” yang digunakan oleh mereka tidak diterima oleh Allah.. Adakah alasan “nenek moyang” anda pula akan diterima oleh Allah?
* * * * * * * * * *
Bolehkah anda bayangkan,
Sekiranya ada satu kepercayaan yang anda anuti atau amalan yang anda amalkan, yang mana kepercayaan dan amalan tersebut telah berlegar dalam masyarakat sekeliling anda, daripada orang ramailah anda mempelajarinya, dan kepada orang ramai pula anda mengajarkannya..
Kemudian, datanglah sekelompok manusia dan mendakwa bahawa kepercayaan dan amalan tersebut adalah karut semata-mata.. Apakah perasaan anda? Sukar untuk menerima hakikat tersebut? Apakah tindakan anda? Menolak dakwaan tersebut? Mungkinkah perkataan ini akan keluar dari mulut anda, “Satu negara buat benda ni, takkan satu negara salah kot?”
Tahukah anda, itulah yang dirasakan oleh kaum terdahulu yang telah sesat..
Tetapi harus kita ingat bahawa sudah menjadi kebiasaan, yang mengikuti da’wah para anbiya’ itu biasanya golongan minoriti.. Kerana itu, “majoriti” tidak boleh dijadikan hujah untuk menetapkan kebenaran..
Di awal permulaan Islam misalnya, terlalu sedikit penduduk Makkah yang menerima risalah Rasulullah S.A.W.. Adakah itu bererti Islam di peringkat tersebut masih belum benar? Adakah itu bererti Islam hanya menjadi agama yang benar apabila Rasulullah S.A.W tiba di Madinah?
Lihatlah dunia hari ini, masih banyak negara yang majoriti penduduknya bukan beragama Islam.. Adakah ini bererti di negara-negara tersebut Islam bukan agama yang benar?
Tahukah anda bahawa kaum Luth A.S semuanya kafir, kecuali hanya segolongan kecil sahaja? Adakah ini bererti Nabi Luth A.S adalah seorang yang sesat dan menyesatkan?
Maka tidak Kami dapati dalam negeri tersebut melainkan sebuah rumah dari orang-orang Muslim (yakni Luth dan keluarganya, tidak termasuk isterinya).
[Adz-Dzariyat, 51: 36].
Malah, Allah S.W.T sendiri yang mengatakan bahawa mengikuti orang ramai cenderung menyesatkan kita dari jalan Allah..
Dan sekiranya engkau mentaati (mengikuti) kebanyakan manusia di atas muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkan engkau dari jalan Allah. Sesungguhnya mereka hanya mengikuti prasangka dan mereka hanya membuat kebohongan.
[Al-An’am, 6: 116].
Oleh itu, janganlah anda dengan mudah melabel satu golongan yang minoriti dengan tuduhan sesat, kerana golongan majoriti belum tentu selamat.. Lagipun, bukankah Islam itu akan kembali asing, sebagaimana Islam bermula suatu ketika dahulu? Adakah sesuatu perkara itu dianggap asing sekiranya perkara tersebut diterima oleh golongan majoriti? Sudah pasti tidak.. Namun ini tidak bererti saya mengatakan semua golongan minoriti itu benar, cuma saya ingin memberikan penekanan bahawa golongan majoriti itu belum tentu benar..
* * * * * * * * * *
Bolehkah anda bayangkan,
Sekiranya ada satu kepercayaan yang anda anuti atau amalan yang anda amalkan, memandangkan itulah yang diajarkan kepada anda oleh golongan agamawan yang hidup di sekeliling anda.. Anda yakin bahawa merekalah orang yang lebih dekat dengan Allah, dan merekalah yang lebih berilmu berbanding diri anda sendiri..
Kemudian, datanglah sekelompok manusia dan mendakwa bahawa kepercayaan dan amalan tersebut adalah karut semata-mata.. Apakah perasaan anda? Sukar untuk menerima hakikat tersebut? Apakah tindakan anda? Menolak dakwaan tersebut? Mungkinkah perkataan ini akan keluar dari mulut anda, “Ni memang ustaz yang ajar.. Ustaz-ustaz ni belajar agama tinggi-tinggi, takkan boleh salah kot?”
Tahukah anda, itulah yang dirasakan oleh kaum terdahulu yang telah sesat..
Kaum Yahudi dan Nasrani misalnya, telah menjadikan kata-kata ulama’-ulama’ mereka (kaum Yahudi) dan rahib-rahib mereka (kaum Nasrani) sebagai penentu kebenaran, tanpa melihat apakah yang telah diturunkan oleh Allah kepada mereka..
Mereka telah menjadikan ulama’-ulama’ (untuk kaum Yahudi) mereka dan para rahib (untuk kaum Nasrani) mereka sebagai tuhan-tuhan selain Allah…
[At-Taubah, 9: 31].
Diriwayatkan oleh Imam At-Tirmidzi bahawa ‘Adi bin Hatim R.A (yang pada ketika itu masih menganut agama Nasrani) pernah berkata apabila mendengar Rasul S.A.W membacakan ayat ini, “Mereka tidak beribadah kepada mereka.” Rasulullah S.A.W menjawab, “Ya (mereka memang beribadah), para rahib itu mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram, lalu mereka mengikutinya. Itulah bentuk beribadah kepadanya.”
Mungkin ramai yang tertanya-tanya, “Kalau begitu, adakah kita dilarang untuk mengikuti kata-kata ustaz-ustaz kita? Bukankah Nabi S.A.W pernah bersabda bahawa ulama’ adalah pewaris Nabi?” Saya katakan, kita tidak dilarang untuk mengikuti kata-kata ulama’, tetapi kita diharamkan untuk mengikuti mereka seandainya mereka mengharamkan apa yang dihalalkan oleh Allah dan menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah..
* * * * * * * * * *
Bolehkah anda bayangkan,
Sekiranya ada satu kepercayaan yang anda anuti atau amalan yang anda amalkan, kerana menurut pandangan anda, inilah cara untuk mendekatkan diri kepada Allah.. Tiada yang salah tentang perkara tersebut, menurut pendapat anda.. Bahkan inilah caranya untuk mendekatkan diri kepada Allah..
Kemudian, datanglah sekelompok manusia dan mendakwa bahawa kepercayaan dan amalan tersebut adalah karut semata-mata.. Apakah perasaan anda? Sukar untuk menerima hakikat tersebut? Apakah tindakan anda? Menolak dakwaan tersebut? Mungkinkah perkataan ini akan keluar dari mulut anda, “Aik, buat macam ni pun masuk neraka? Kita nak buat baik, takkan salah kot?”
Tahukah anda, itulah yang dirasakan oleh kaum terdahulu yang telah sesat..
… Dan orang-orang yang mengambil pelindung selain Allah (berkata), “Tidaklah kami menyembah mereka melainkan supaya mereka mendekatkan kami kepada Allah sedekat-dekatnya…
[Az-Zumar, 39: 3].
Lalu pergilah pemimpin-pemimpin mereka (lalu berkata), “Pergilah dan tetaplah menyembah tuhan-tuhan kalian. Sesungguhnya inilah yang benar-benar dikehendaki.”
[Shad, 38: 6].
Kedua-dua ayat di atas menjelaskan bagaimana golongan ini menyangka bahawa mereka sedang melakukan sesuatu yang dikehendaki oleh Allah.. Namun sayang, sangkaan mereka itu salah.. Bagaimana pula dengan perbuatan anda? Adakah perbuatan anda itu memang benar, atau pun anda menyangka bahawa perbuatan itu benar? Berhati-hatilah dengan sangkaan..
Sesungguhnya mereka hanya mengikuti prasangka. Dan sesungguhnya prasangka tidak berguna untuk mencapai kebenaran…
[Yunus, 10: 36].
* * * * * * * * * *
Oleh itu, memandangkan kepercayaan atau amalan yang disandarkan pada
(1) nenek moyang,
(2) orang ramai,
(3) golongan agamawan, dan
(4) sangkaan,
belum tentu benar, jadi bagaimanakah caranya untuk mengetahui sama ada sesuatu kepercayaan atau amalan itu benar atau pun tidak?
Sabda Rasulullah S.A.W: “Aku tinggalkan untuk kalian dua perkara; kalian tidak akan sesat selama-lamanya selagi kalian berpegang pada kedua-duanya: Kitabullah dan Sunnah RasulNya.”
[HR Malik].
Wallahu a’lam..
-mrblinc-
jakarta barat
jd.. bkn agama yg yg menjadikan kita bener atau salah…
yg penting adalah keihlasan kpd tuhan..
_pandangan shj-
kalau bgitu, pndgn kita berbeza..
mgkn anda sudah membaca entry sy yg berikut: https://blueincisivus.wordpress.com/2008/12/16/kini-aku-bersyahadah-dengan-penuh-keyakinan/
kalau blum, mgkn anda blh meluangkan waktu utk membaca entry trsbt.. nanti anda akan tahu knp saya mengatakan bhw “pndgn kita berbeza”..
penerangan yg mantap n mudah dipahami..
syabas saudara adli..hehe. =)