Halalkah Pempek?

Posted: April 12, 2009 in Manhaj Umum, Realiti Umat

DALAM entry yang lalu, saya telah menjelaskan mengenai dua golongan yang mempunyai pola yang berbeza; iaitu golongan yang beriman (diwakili oleh Abu Bakar R.A, sekadar untuk memudahkan pemahaman) dan golongan yang kafir (diwakili oleh Abu Jahal). Kedua-duanya mempunyai persamaan dalam urusan “Percaya kepada Allah” dan “Percaya kepada Muhammad”, namun mereka berbeza dalam urusan “Menerima Risalah Muhammad.”


Dalam entry tersebut juga, saya telah membangkitkan satu persoalan: Anda mengucapkan “Tiada Ilah melainkan Allah” dan “Muhammad adalah Rasulullah”, bererti anda juga mempunyai pola yang sama dengan kedua-dua golongan di atas, namun dalam urusan “Menerima Risalah Muhammad”, adakah anda lebih memilih untuk mengikuti pola Abu Bakar R.A (Sami’na wa Atha’na – We Hear and We Obey)? Atau pun anda lebih memilih untuk mengikuti pola Abu Jahal (Sami’na wa ‘Ashaina – We Hear and We Disobey)?


Jawapan bagi persoalan di atas adalah bergantung pada sejauh mana pegangan anda terhadap dalil-dalil Al-Quran dan As-Sunnah. Namun, harus kita ketahui bahawa tidak semua perkara dalam urusan kehidupan seharian ini memerlukan dalil. Oleh itu, dalam entry kali ini, saya akan bawakan satu perbahasan mengenai beberapa aspek kehidupan yang memerlukan kita untuk berpegang pada dalil-dalil Al-Quran dan As-Sunnah.


Pertama: Pelaksanaan Ibadah.


Adakah bagi mereka sekutu-sekutu (selain Allah) yang mensyari’atkan kepada mereka agama yang tidak diizinkan oleh Allah?

[Asy-Syura, 42: 21].


Dari ‘Aisyah R.A, katanya: Rasulullah S.A.W bersabda: “Barang siapa yang mengada-adakan dalam urusan kami yang ini (yakni urusan agama), apa yang bukan berasal daripadanya, nescaya ia tertolak.”

[Muttafaqun ‘alaihi].


Kedua-dua dalil di atas memberikan isyarat kepada kita bahawa sebarang bentuk agama yang kita amalkan mestilah disyari’atkan oleh Allah ‘Azza wa Jalla.


Dari Malik bin Al-Huwairits R.A, katanya: Rasulullah S.A.W bersabda: “Solatlah kalian sebagaimana kalian melihat aku solat.”

[HR Al-Bukhari].


Dari Jabir bin ‘Abdullah R.A, katanya: Rasulullah S.A.W bersabda: “Ambillah (pelajarilah) dariku manasik kalian.”

[HR Al-Baihaqi dalam Sunan Al-Kubra].


Kedua-dua hadits di atas pula menjadi dalil bahawa untuk setiap amalan yang khusus, hendaklah dipastikan bahawa tatacaranya berlandaskan apa yang telah diajarkan oleh Rasulullah S.A.W.


Dari ‘Abbad bin Tamim, dari bapa saudaranya, bahawasanya dia pernah bertanya kepada Rasulullah S.A.W tentang seseorang yang berasa seolah-olah dia terkentut ketika solat. Jawab baginda: “Dia tidak perlu membatalkan solatnya, sehingga dia mendengar bunyi atau menghidu sesuatu.” – [HR Al-Bukhari].


Hadits di atas pula menjadi dalil bahawa bagi sesuatu amalan yang sah, hendaklah dibawakan bukti yang jelas untuk membatalkannya. Ada pun dalam masyarakat kita hari ini, perkara ini tidak begitu diberikan perhatian.


Dalam bab solat misalnya, ada jama’ah yang bertakbir lebih daripada sekali, hanya dengan alasan “niat tak lengkap.” Sebenarnya, bukan niatnya yang tidak lengkap, tetapi dia tidak mampu untuk menyusun kata-kata dalam fikirannya. Lantas, dia membatalkan solatnya yang sah tanpa sebarang bukti yang jelas daripada agama (ini kerana Nabi S.A.W tidak pernah mengajarkan: barang siapa yang tidak melafazkan niat, maka solatnya tidak sah).


Dalam bab puasa pula, ada yang mengatakan perbuatan mengorek hidung membatalkan puasa. Persoalannya, dalil manakah yang digunakan sebagai sandaran kepada pendapat tersebut? Jawapannya adalah TIADA. Tidak pernah ada dalil yang menyebutkan bahawa perbuatan mengorek hidung membatalkan puasa. Cuba anda bayangkan, sekiranya ada individu yang mengorek hidungnya ketika berpuasa, lantas dia menganggap puasanya terbatal. Alang-alang dah batal, baik aku bantai, bisik hati kecilnya sambil menyuapkan makanan ke mulutnya. Saya pernah menulis satu artikel mengenai perkara ini, sila klik di sini untuk membacanya.


Kedua: Pengharaman Perkara Mubah.


Dari Anas R.A, katanya: Nabi S.A.W pernah bersabda: “Kalian lebih mengetahui tentang urusan dunia kalian.”

[HR Muslim].


Hadits ini menjadi dalil bahawa hukum asal bagi perkara-perkara yang berkaitan dengan urusan keduniaan adalah mubah (harus). Semuanya kembali kepada kita. Tidak mungkin bagi kita untuk mencari dalil bagi setiap sesuatu perkara yang wujud. Oleh itu, dalam urusan keduniaan, kita hanya harus mencari dalil yang mengharamkan sesuatu perkara.


Misalnya, apakah hukumnya memakan pempek? Hukumnya adalah mubah sekiranya tiada dalil yang mengharamkannya (misalnya haram memakan pempek yang dicuri). Mencari hadits yang membolehkan kita untuk memakan pempek adalah satu tindakan yang bodoh. Jangankan hadits shahih, hadits maudhu’ yang membolehkan kita memakan pempek pun tidak pernah wujud.


Apakah hukum bermain bola sepak? Hukumnya adalah mubah sekiranya tiada dalil yang mengharamkannya (tiada unsur perjudian, menutup aurat, tidak menyebabkan orang ramai lalai daripada menunaikan solat, dll).


Ketiga: Kepercayaan Terhadap Perkara-Perkara Ghaib.


Sila klik [Ustaz Zaharuddin: Contoh Kepercayaan Karut] dan [Ustaz Zaharuddin: Kaedah Percaya Benda Ghaib].


Saya berharap agar anda dapat meluangkan sedikit waktu untuk menonton kedua-dua klip pendek tersebut. Semoga mendapat manfaat. Di sini, saya ingin membuat sedikit ringkasan mengenai video kedua, iaitu Kaedah Percaya Benda Ghaib.


Berdasarkan klip tersebut, Ustaz Zaharuddin Abd Rahman (disingkatkan menjadi UZAR) mengatakan kaedah untuk mempercayai perkara ghaib adalah berdasarkan [1] ayat Al-Quran, [2] hadits shahih, dan [3] hukum alam atau sunnatullah. Sekiranya salah satu daripada ketiga-tiganya mendukung, itu sudah cukup untuk mengeluarkan kita daripada daerah khurafat.


kaedah-mempercayai-perkara-ghaib

Sila download slide di atas


Di atas adalah salah satu slide yang saya gunakan untuk menjelaskan kaedah yang telah disebutkan oleh UZAR dalam klip tersebut. Berdasarkan kaedah tersebut, kita akan dapati bahawa kepercayaan segelintir umat Islam mengenai “Ibu hamil yang membaca surah Yusuf akan melahirkan anak yang tampan” adalah termasuk sebahagian daripada khurafat, kerana kepercayaan tersebut tidak berlandaskan “Ayatu Al-Kauniyyah” (hukum alam atau Sunnatullah) dan tidak pula berlandaskan “Ayatu Al-Qauliyyah” (ayat Al-Quran mahu pun hadits shahih). Apabila kedua-dua jenis ayat ini tidak mendukung sesuatu kepercayaan, maka kepercayaan itu tidak dapat diterima.


Saya rasa itu sahaja untuk entry kali ini. Berikut adalah kesimpulan daripada keseluruhan entry ini.

    1. Dalil memainkan peranan penting dalam memastikan kita berada dalam jalan yang benar (sebagaimana yang ditempuh oleh para sahabat R.A ajma’in).
    2. Kita hendaklah mempunyai dalil yang shahih dalam urusan:
        • pelaksanaan ibadah, sama ada [a] dalil yang mensyari’atkan sesuatu ibadah, [b] dalil tentang tatacara sesuatu ibadah, dan [c] dalil yang menunjukkan terbatalnya sesuatu ibadah..
        • pengharaman perkara mubah.
        • kepercayaan terhadap perkara-perkara ghaib.


          wallahu a’lam..


          -mrblinc-

          jakarta barat

          Advertisements
          Comments
          1. drsani says:

            halal rupenya, alhamdulilah. fuh, lega
            hehe. Btw, thanks for the entry, infomatif.

          2. mrblinc says:

            sekadar menjelaskan kata2 saya yg berikut:

            “Di atas adalah salah satu slide yang saya gunakan untuk menjelaskan kaedah yang telah disebutkan oleh UZAR dalam klip tersebut.”

            Slide powerpoint di atas yang tersedia untuk dimuat turun bukanlah slide UZAR, tetapi slide tersebut adalah slide yang SAYA BUAT dalam proses untuk menjelaskan KAEDAH yang disebutkan oleh UZAR dalam klip yang kedua..

            Tujuan saya memasukkan slide tersebut dalam entry ini adalah supaya anda boleh memuat turun slide tersebut, dan menguji kefahaman anda tentang masalah yang dibahas oleh UZAR..

            Wallahu a’lam..

          3. mrblinc says:

            Tambahan:

            Dalam klip tersebut, UZAR telah menggunakan istilah berikut:

            [1] ayat Al-Quran,

            [2] hadits shahih, dan

            [3] hukum alam atau sunnatullah.

            Sedangkan dalam slide powerpoint, saya menggunakan istilah asal yang digunakan oleh teman saya, saudara Nasim, iaitu:

            [1] al-ayatu al-kauniyyah = hukum alam atau sunnatullah, dan

            [2] al-ayatu al-qauliyyah = ayat Al-Quran dan hadits shahih.

            Wallahu a’lam..

          4. DSM says:

            Macam dalam ta’lim la…

          5. mrblinc says:

            yup, tu mmg bahan2 ta’lim..

          Leave a Reply

          Fill in your details below or click an icon to log in:

          WordPress.com Logo

          You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

          Twitter picture

          You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

          Facebook photo

          You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

          Google+ photo

          You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

          Connecting to %s