Warung Kukubima: Ada Ke?

Posted: April 19, 2009 in Manhaj Umum, Realiti Umat

MUNGKIN ada yang tertanya-tanya, kenapa mrblinc membahagikan bid’ah kepada bid’ah haqiqiyyah dan bid’ah idhafiyyah? Bukan ke bid’ah terbahagi dua menjadi bid’ah hasanah dan bid’ah dhalalah?


Sebenarnya kedua-dua pembahagian tersebut dilakukan oleh imam-imam terdahulu. Ada pun pembahagian bid’ah kepada bid’ah haqiqiyyah dan bid’ah idhafiyyah, perbahasannya boleh didapati dalam kitab Al-I’tisham karangan Al-Imam Asy-Syathibi R.H. Saya telah membahaskannya secara ringkas dalam entry yang bertajuk Kena Naik Unta Ke?


Ada pun pembahagian bid’ah kepada bid’ah hasanah dan bid’ah dhalalah, ini adalah pembahagian yang dilakukan oleh Al-Imam Asy-Syafi’i R.H. Kata Asy-Syafi’i, “Bid’ah itu ada dua: Bid’ah mahmudah dan bid’ah madzmumah. Sekiranya sesuai dengan sunnah, maka itu adalah mahmudah, tetapi sekiranya bertentangan dengan sunnah, maka itulah madzmumah.” – [Dikeluarkan oleh Abu Nuaim dalam Al-Hilyah].


Walau bagaimana pun, pembahagian ini ada KURANG-LEBIHnya: KURANG tepat, dan LEBIH banyak menimbulkan salah faham. Ini kerana ramai orang yang melakukan bid’ah berasa cukup aman. Sesiapa pun yang menentang amalannya, dengan sombong dia menjawab: “Anda siapa nak dibandingkan dengan Imam Syafi’i? Imam Syafi’i jauh lebih alim daripada anda, dan dia sendiri mengakui adanya bid’ah hasanah. Inilah bid’ah hasanah, sebab kita buat baik, bukan buat maksiat.”


Ini adalah salah faham yang terjadi berpunca daripada pembahagian yang dilakukan oleh Al-Imam Asy-Syafi’i R.H. Disebut “salah faham” kerana apa yang difahami oleh orang yang mengamalkan bid’ah itu tidak sama dengan apa yang difahami oleh Al-Imam Asy-Syafi’i.


Rasulullah S.A.W mengatakan berpegang pada sunnahnya tidak akan sesat selama-lamanya,  dan baginda juga mengatakan bahawa setiap bid’ah itu sesat. Secara logiknya, kita tentu tertanya-tanya, bagaimana mungkin ada bid’ah (semuanya sesat) yang bersesuaian dengan sunnah (tidak akan sesat selama-lamanya)? Adakah Imam Asy-Syafi’i telah menolak hadits yang mengatakan bahawa semua bid’ah adalah sesat?


TIDAK! Bahkah beliau benar-benar memahami Sunnah Rasul dalam perkara ini. Buktinya, beliau sendiri melarang amalan tahlil dan berzikir secara berjama’ah, bukan seperti kebanyakan pengikutnya yang berpendapat bahawa kedua-dua amalan tersebut adalah bid’ah hasanah.


Maksud bid’ah dalam kata-kata Asy-Syafi’i di atas sebenarnya adalah bid’ah dari segi bahasa, yang bermaksud perkara-perkara baru. Kerana itu, beliau membahagikannya kepada dua: perkara-perkara baru yang terpuji (mahmudah) dan perkara-perkara baru yang tercela (madzmumah). Ada pun yang sesuai dengan Sunnah, maka perkara baru tersebut adalah terpuji. Sekiranya bertentangan dengan Sunnah, maka perkara baru tersebut adalah tercela.


Ada pun bid’ah dari segi istilah adalah sebagaimana yang disebutkan oleh Al-Imam Asy-Syathibi, iaitu bid’ah dalam urusan agama. Inilah konsep (“definisi dari segi bahasa” dan “definisi dari segi istilah”) yang perlu difahami oleh masyarakat untuk mengikis kesalahfahaman mereka terhadap kata-kata Asy-Syafi’i. Di bawah, saya bawakan dua contoh untuk menjelaskan konsep “definisi dari segi bahasa” dan “definisi dari segi istilah.”


Pertama:


Malik: Jom, temankan aku lepak kat warung KukuBima.

Ahmad: Warung KukuBima? Ada ke istilah tu? Maksud kau warung kopi ke? (sambil mengerutkan dahi).

Malik: Ala, bukannya aku nak minum kopi. Aku nak minum KukuBima la.

Ahmad: Memang la minum KukuBima, tapi orang tak sebut warung KukuBima. Orang akan sebut warung kopi. Dah memang jadi istilah sehari-hari kalau sebut warung kopi, maksudnya warung yang seperti tu.


Kesimpulan yang dapat kita ambil daripada dialog rekaan saya ini adalah warung kopi dari segi bahasa dapat kita fahami sebagai sebuah warung yang hanya menyediakan minuman kopi, tanpa menyediakan Kukubima, Extra Joss, bubur ketan itam, bubur kacang ijo, Indomie, dll. Tetapi, warung kopi dari segi istilah adalah sebuah warung yang menyediakan makanan-makanan dan minuman-minuman yang saya sebutkan tadi.


Kedua:


Ahmad: Jom main bola.

Malik: Main bola apa?

Ahmad: Main bola apa lagi, bola sepak la.

Malik: Ala, sapa tahu kau nak ajak main bola keranjang ke, bola baling ke, bola tampar. Semua tu pun bola (samblil tersengih).


Berdasarkan dialog rekaan di atas, ajakan Ahmad untuk bermain bola seharusnya dapat difahami oleh Malik, memandangkan perbualan di atas adalah perbualan sehari-hari. Ini kerana “main bola” dari segi istilah sehari-hari hanya merujuk kepada bola sepak, dan bukannya bola tampar, bola baling atau bola keranjang. Namun dari segi bahasa, “main bola” bermaksud bermain sesuatu yang bulat seperti bola (termasuklah bola tampar, bola keranjang, bola baling).


Semoga entry ini boleh memberikan gambaran kepada para pembaca mengenai konsep “definisi dari segi bahasa” dan “definisi dari segi istilah.” Sekian, terima kasih.


-mrblinc-

jakarta barat

Advertisements
Comments
  1. dr. mofaz says:

    satu contoh yang bagus untuk org yg duk indonesia..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s