Suka Hati Je

Posted: May 26, 2009 in Manhaj Umum, Realiti Umat

DALAM entry yang lalu, saya menyebutkan tentang beberapa golongan yang menyandarkan diri mereka pada nash-nash Al-Quran dan As-Sunnah, tetapi mereka tidak dapat memahaminya. Untuk entry kali ini, saya ingin membahas mengenai golongan-golongan yang lebih cenderung untuk mengikuti hawa nafsu mereka, walau pun telah disampaikan kepada mereka ayat-ayat Allah. Berikut adalah penjelasannya.


Golongan Pertama:

Golongan yang Zalim


Kemudian Kami wariskan Kitab tersebut kepada orang yang Kami pilih antara hamba-hamba Kami; maka ada antara mereka yang menzalimi diri sendiri, dan ada antara mereka yang pertengahan, dan ada antara mereka lebih dahulu berbuat kebaikan dengan izin Allah. Demikian itulah kurniaan yang besar.

[Fathir, 35: 32].


Kata Al-Imam Ibnu Katsir ketika menafsirkan ayat tersebut: “Orang yang menzalimi diri sendiri” adalah orang yang tidak memberikan perhatian dalam melaksanakan sebahagian kewajipan dan bergelimang dengan sebahagian yang diharamkan.


Dengan kata lain, orang yang menzalimi diri sendiri adalah golongan yang melaksanakan Islam dengan sikap acuh tak acuh.


Golongan Kedua:

Golongan yang Fasiq


Golongan yang fasiq adalah golongan yang melanggar perintah Allah sebagaimana yang disebutkan dalam ayat di bawah.


... Dan tiada yang disesatkan oleh Allah kecuali orang yang fasiq. [26] (Iaitu) golongan yang melanggar perintah Allah sesudah perjanjian itu teguh, dan memutuskan apa yang Allah perintahkan supaya dihubungkan dan berbuat kerosakan di bumi. Mereka itulah orang yang rugi.[27]

[Al-Baqarah, 2: 26-27].


Golongan Ketiga:

Golongan yang Sombong


Dari Ibnu Mas’ud R.A, katanya: Sabda Rasulullah S.A.W: “Tidak akan masuk syurga sesiapa yang dalam qalbunya ada sifat takabbur (sombong) seberat atom.” Berkata seorang lelaki: Bagaimana seseorang yang suka akan pakaian yang bagus dan sandal yang bagus? Jawab baginda: “Sesungguhnya Allah itu Maha Indah, Dia mencintai keindahan. Sombong ialah mengabaikan kebenaran dan memandang rendah orang lain.”

[HR Muslim].


Golongan Keempat:

Golongan yang Berdusta


Berdusta boleh difahami dengan dua maksud. Pertama, berdusta dengan mereka-reka dalil. Ada pun Al-Quran, Allah S.W.T telah memberikan jaminan bahawa keaslian Al-Quran terpelihara. Berbeza dengan hadits, Rasulullah S.A.W sendiri yang mengkhabarkan bahawa suatu ketika nanti akan tersebar hadits palsu.


Sesungguhnya Kami yang menurunkan Adz-Dzikr dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya.

[Al-Hijr, 15: 9].


Sabda Rasulullah S.A.W: “Akan ada di akhir zaman, para dajjal lagi pendusta. Mereka membawakan kepada kalian hadits-hadits yang tidak pernah kalian dengar dan tidak pula bapa-bapa kalian. Hendaklah kalian berhati-hati dengan mereka, agar mereka tidak menyesatkan kalian dan tidak memfitnah kalian (menipu kalian sehingga yang batil disangkakan benar).”

[HR Muslim].


Selain berdusta dengan mereka-reka dalil, pendustaan juga boleh berlaku dalam pemahaman terhadap dalil. Ada pihak-pihak tertentu yang sengaja memanipulasi maksud dalil untuk menjaga kepentingan pihak mereka.


Sabda Rasulullah S.A.W: “Sentiasa membawa ilmu ini, mereka yang adil dari para penyambung (daripada setiap generasi). Mereka menafikan daripada ilmu tersebut penyelewengan golongan yang melampau, dakwaan bohong golongan yang batil dan takwilan golongan yang sesat.”

[HR Ibnu ‘Adi, Al-Bazzar, Al-Baihaqi dan Al-‘Uqaili].


Berikut adalah dua contoh yang boleh digunakan untuk menjelaskan keempat-empat golongan yang saya sebutkan di atas.


maradhu asy-syahwah 1

maradhu asy-syahwah 2


Golongan Kelima:

Golongan yang Banyak Melakukan Maksiat


Dari Abu Hurairah R.A, katanya: Nabi S.A.W bersabda: “Sesungguhnya apabila seorang hamba melakukan dosa, maka akan muncul satu noda hitam dalam qalbunya. Apabila dia bertaubat daripada perbuatan tersebut, maka qalbunya menjadi jernih. Dan apabila dia menambah perbuatan itu, bertambahlah noda itu.”

[HR At-Tirmidzi, An-Nasa’i, Ibnu Majah dan Ibnu Jarir. Kata At-Tirmidzi: hadits hasan shahih].


maradhu asy-syahwah 3

Kelima-lima golongan di atas dimasukkan dalam kategori “Penyakit-Penyakit Berkaitan Pelaksanaan” atau pun “Maradhu Asy-Syahwah,” kerana mereka bukannya tersalah dalam memahami dalil-dalil agama (sebagaimana yang terjadi kepada keempat-empat golongan yang termasuk dalam kategori Maradhu Asy-Syubhah), bahkan sebahagiannya benar-benar memahami maksud dalil tersebut.


Masalah yang ada pada diri mereka adalah mereka cenderung untuk mengikuti hawa nafsu mereka, sehingga mereka tidak melaksanakan perintah-perintah Allah. Golongan-golongan ini, sekiranya tidak diatasi akan menjadi golongan yang dimurkai oleh Allah. Hanya ada satu cara untuk mengatasi masalah yang ada pada mereka: “Mujahadah” atau pun “Bersungguh-sungguh” dalam melawan hawa nafsu mereka.


Wallahu a’lam.


-mrblinc-

jakarta barat

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s