Mungkin yang Lain Pun Benar

Posted: July 7, 2009 in Realiti Umat

ALHAMDULILLAH, syukur saya ucapkan ke hadrat ilahi kerana diberi kekuatan dan kelapangan untuk menyambung penulisan saya mengenai Syarat-Syarat Diterimanya Syahadah. Sekiranya anda masih ingat, dalam entry yang lalu, saya telah menyentuh tentang rukun-rukun syahadah dan saya juga telah menjelaskan tentang syarat pertama diterimanya syahadah. Insya-Allah, hari ini saya akan menjelaskan mengenai syarat kedua dan ketiga.


SYARAT KEDUA: KEYAKINAN


Terjemahan:

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Aku bersaksi tiada ilah (sembahan) melainkan Allah, dan sesungguhnya aku adalah Rasulullah. Tidaklah seorang hamba bertemu dengan Allah dengan (membawa) kedua-duanya tanpa sedikit pun ragu-ragu tentang kedua-duanya, melainkan dia akan memasuki syurga.”

[HR Muslim].


Syahadah yang diungkapkan oleh seseorang tanpa keyakinan adalah sia-sia. Cuba anda bayangkan sekiranya ada orang yang berkata sebagaimana berikut: “Memang la Allah je yang layak untuk disembah. Ke ada lagi tuhan lain? Entah la, mungkin ada mungkin tak ada. Setahu aku, Allah je. Hehe…” Mana-mana individu yang mengungkapkan kalimah ini akan terbatal imannya kerana dia sendiri tidak yakin bahawa hanya Allah yang layak untuk disembah, sedangkan itulah yang membezakan kita dengan kaum musyrikin Makkah (kerana mereka juga mengenali Allah tetapi mereka tidak mengEsakanNya).


Contoh ungkapan lain adalah “Kita tidak boleh kata Islam sahaja agama yang benar. Mungkin yang lain pun benar.” Inilah antara masalah yang timbul apabila kita kurang menekankan aqidah dalam sistem pendidikan di negara kita. Kata-kata ini jelas menunjukkan bahawa individu tersebut tidak pernah menghayati isi kandungan Al-Quran, yang jelas mengatakan bahawa satu-satunya agama yang diterima di sisi Allah adalah ISLAM (surah Ali ‘Imran, ayat 19). Saya katakan, sesiapa yang masih ada keraguan tentang kebenaran agama ini, sila luangkan waktu anda untuk membaca entry ini [sila klik di sini], semoga entry tersebut boleh menghilangkan keraguan anda.


Begitu juga dengan contoh yang berikut: “Semua bank sekarang guna sistem riba. Tiba-tiba ada bank Islam yang tak nak guna. Boleh hidup ke?” Dalam kata-kata tersebut, telah jelas keraguan individu yang mengungkapkannya terhadap hukum-hakam yang telah Allah turunkan. Aneh! Tidakkah dia sedar bahawa Allah yang menurunkan hukum haramnya riba, dan Allah yang samalah yang memberikan rezeki kepada seluruh makhluknya. Tidakkah dia benar-benar meyakini ayat Allah yang mengatakan bahawa sesiapa yang bertaqwa akan dijadikan baginya jalan keluar?


Terjemahan:

… Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, Allah jadikan baginya jalan keluar.

[Ath-Thalaq, 65: 2].



SYARAT KETIGA: IKHLAS



Ikhlas adalah melakukan sesuatu amalan semata-mata kerana Allah, bukan untuk dipersembahkan kepada makhluk lain. Lawan bagi kalimah ikhlas adalah kalimah syirik.


Terjemahan:

Padahal mereka (ahli kitab) tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepadaNya dalam (menjalankan) agama yang lurus…

[Al-Baiyyinah, 98: 5].


Banyak amalan syirik yang berlegar dalam masyarakat Islam di negara kita. Di sini saya akan bawakan beberapa contoh. Pertama, amalan perbomohan, perdukunan dan sebagainya yang mendakwa bahawa mereka mengetahui perkara-perkara ghaib. Banyak hadits Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam yang memberikan ancaman keras tentang perkara ini.


Contoh yang kedua adalah upacara Tugu Negara sempena Hari Pahlawan. Walau pun niat asalnya adalah sekadar memberikan penghormatan, tetapi perbuatan ini boleh menjerumuskan seseorang ke lembah kesyirikan. Berikut saya bawakan petikan daripada Tafsir Ibnu Katsir ketika Al-Imam menafsirkan ayat 23 surah Nuh (surah 71).


Dan inilah (Wadd, Suwa’, Yaghuts, Ya’uq dan Nasr) nama-nama beberapa patung yang mereka jadikan sembahan selain Allah… Semuanya merupakan nama orang shalih kaum Nuh ‘alaihi as-salam. Setelah mereka meninggal, syaitan membisikkan kepada kaum orang shalih tersebut agar mereka membuat patung-patung mereka di majlis-majlis yang menjadi tempat duduk mereka, yang sekaligus diberi nama dengan nama-nama mereka. Kemudian kaumnya pun mengerjakan bisikan syaitan tersebut sehingga apabila generasi pertama wafat dan ilmu sudah mula terkikis, patung-patung tersebut akhirnya dijadikan sembahan oleh generasi berikutnya.


Inilah yang kita risaukan, bermula dengan penghormatan, namun berakhir dengan kesyirikan. Inilah sebabnya kenapa Islam mengharamkan sebarang bentuk patung (tidak termasuk patung permainan kanak-kanak).


Saya rasa sampai di sini sahaja entry saya untuk kali ini. Insya-Allah di masa yang akan datang, saya akan menjelaskan syarat-syarat diterimanya syahadah yang lain. Wallahu a’lam.


Oleh: Adli Khalim [Jakarta Barat]


Bahagian Pertama: Saya Tak Sembah Pun


Bahagian Ketiga: Cintaku Bukan Untuk Manusia


Bahagian Keempat: Di Hati Ini Hanya Tuhan yang Tahu

Advertisements
Comments
  1. DSM says:

    Salam.
    Realiti yg diketengahkan memang benar2 terjadi. Salah itu berlaku terkadang tanpa sedar.
    menarik.
    teruskan menulis.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s