Cintaku Bukan Untuk Manusia

Posted: July 26, 2009 in Realiti Umat

ALHAMDULILLAH, syukur ke hadrat ilahi atas segala nikmat yag dikurniakanNya kepada kita hingga ke hari ini, nikmat yang tidak terhitung banyaknya. Semoga kita diberikan ilham untuk sentiasa mensyukuri nikmat-nikmat ini, insya-Allah. Hari ini saya akan menyambung perbahasan mengenai syarat-syarat diterimanya syahadah.



SYARAT KEEMPAT: MEMBENARKAN


Terjemahan:

Adakah manusia mengira bahawa mereka akan ditinggalkan begitu sahaja, hanya sekadar mereka mengucapkan “Kami telah beriman” sedangkan mereka tidak diuji?

Dan sesungguhnya Kami telah menguji golongan sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang yang dusta.

[Al-‘Ankabut, 29: 2-3].

Terjemahan:

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Dan tidaklah seseorang itu bersaksi bahawa tiada ilah melainkan Allah dan Muhammad adalah Rasulullah, dengan benar dari lubuk hatinya, melainkan Allah mengharamkan neraka atasnya.”

[Muttafaqun ‘alaihi].


Iman bukan sekadar mengucapkan kalimah Tauhid (النطق باللسان), tetapi harus juga membenarkannya dengan qalbu (التصديق بالقلب) dan memanifestasikannya dengan perbuatan (العمل بالأركان). Seseorang itu tidak dikira beriman hanya dengan mengucapkan kalimah Tauhid (iaitu kalimah La ilaha illallah). Sekiranya dengan hanya mengucapkan kalimah tersebut kita langsung dianggap beriman, maka tidak akan wujud kalimah “munafiq” dalam Islam.


Tahukah anda siapakah yang digelar sebagai munafiq? Mereka adalah golongan yang pada zahirnya kelihatan seperti umat Islam yang lain, tetapi dalam qalbu mereka, mereka menolak Islam. Banyak ayat Al-Quran yang membicarakan tentang sikap golongan munafiq. Antaranya sebagaimana berikut.


Terjemahan:

Apabila dikatakan kepada mereka, “Marilah kamu (tunduk) kepada apa yang Allah turunkan, dan (tunduk) kepada Rasul,” nescaya engkau akan melihat golongan munafiq menghalangi (manusia) daripada (mendekati)mu dengan sekuat-kuatnya.

[An-Nisa, 4: 61].


Inilah antara contoh sikap munafiq. Bukankah mereka mendakwa diri mereka sebagai  orang Islam? Justeru mengapa mereka menghalangi manusia daripada mendegar ajaran-ajaran yang terdapat dalam Al-Quran dan As-Sunnah? Kalau begitu, ajaran apa lagi yang menjadi ikutan mereka?


Dalam tubuh umat Islam hari ini, kita akan mendapati begitu ramai daripada kaum muslimin yang mempunyai sikap seperti ini. Antaranya Golongan Anti-Hadith (GAH) yang menolak untuk berpegang kepada hadits-hadits Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Bukankah hadits merupakan salah satu sumber syari’at? Mengapa mereka berusaha untuk memalingkan umat daripada berpegang pada sunnah Rasul dan hanya berpegang pada Al-Quran?


Contoh yang kedua adalah Syi’ah, yang kononnya mencintai keluarga Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, sehingga sebahagian daripada mereka mencela para sahabat radhiyallahu ‘anhum ajma’in kecuali beberapa orang antara mereka. Mereka menuduh Abu Bakar dan ‘Umar radhiyallahu ‘anhuma kafir, mereka menuduh Ummu Al-Mu’minin ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha sebagai penzina (semoga Allah melaknat golongan Syi’ah yang melampau ini). Tahukah anda apakah akibatnya apabila mereka mencela dan menghukum para sahabat sebagai golongan yang murtad setelah kewafatan Rasulullah?


Akibatnya adalah mereka telah menolak Al-Quran (konsep Tahrif Al-Quran, iaitu penyelewengan Al-Quran) dan hadits-hadits Nabi yang diriwayatkan oleh para sahabat, lalu mereka menganggap beberapa orang imam dan menjadikan mereka sebagai golongan yang ma’shum dan pembuat syari’at. Tidakkah tercatat dalam sejarah mereka bahawa ‘Ali bin Abi Thalib radhiyallahu ‘anhu telah memerangi golongan Syi’ah sewaktu ‘Ali masih hidup? Tidakkah tercatat dalam sejarah mereka Imam Ja’far Ash-Shadiq (yang juga merupakan syaikh kepada Imam Abu Hanifah dan Imam Malik) pernah berdebat dengan golongan Syi’ah sendiri? Tidakkah tercatat dalam kitab Jila’u Al-‘Uyun bahawa imam mereka yang keempat, iaitu ‘Ali Zainal Abidin bin Hushian telah mencela golongan Syi’ah yang telah membunuh ayahnya di Karbala? Semoga Allah melaknat golongan Syi’ah yang melampau ini, yang mendakwa diri mereka sebahagian daripada kaum muslimin tetapi memalingkan kaum muslimin yang lain daripada Al-Quran dan As-Sunnah.


SYARAT KELIMA: KECINTAAN


Pengungkapan kalimah Tauhid hendaklah disertai dengan perasaan cinta terhadap Allah. Inilah ciri orang beriman yang disebutkan oleh Allah.


Terjemahan:

Wahai orang yang beriman! Sesiapa antara kalian yang murtad daripada agamanya, maka Allah akan mendatangkan satu kaum yang mana Dia mencintai mereka dan mereka mencintaiNya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang beriman, dan bersikap keras terhadap orang kafir. Mereka berjihad di jalan Allah dan mereka tidak takut celaan orang yang mencela. Itulah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas lagi Maha Mengetahui.

[Al-Maidah, 5: 54].


Terjemahan:

Dan antara manusia, ada yang mengambil (menyembah) tandingan-tandingan selain Allah, mereka mencintai tandingan-tandingan tersebut sebagaimana mereka mencintai Allah. Ada pun orang yang beriman sangat cinta kepada Allah…

[Al-Baqarah, 2: 165].


Namun harus kita ingat, bahawa perasaan cinta tersebut bukanlah sekadar sebutan di bibir tetapi hendaklah dimanifestasikan dengan perbuatan kita. Ramai orang boleh mendakwa mencintai Allah, tetapi dakwaan hanya tinggal dakwaan. Itulah yang terjadi dalam umat Yahudi pada zaman Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam apabila mereka mendakwa bahawa mereka mencintai Allah. Lantas Allah menurunkan ayat berikut.


Terjemahan:

Katakanlah (Muhammad): “Sekiranya kalian mencintai Allah, maka ikutilah aku, nescaya Allah akan mencintai kalian dan mengampunkan dosa-dosa kalian.” Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

[Ali ‘Imran, 3: 31].


Ternyata setelah kewafatan baginda shallallahu ‘alaihi wasallam, muncul pula golongan lain yang mengakui mencintai Allah, tetapi mereka juga tidak mengikuti sunnah yang diajarkan oleh Rasul yang mulia itu. Antaranya golongan sufi yang melampau, yang memilih untuk tidak berkahwin. Alasannya cukup mudah: “Cintaku bukan untuk manusia, tetapi hanya untuk Allah.” Tersebar luas dalam masyarakat satu kisah yang tidak dapat saya pastikan kebenarannya, iaitu kisah Rabi’atu Al-Adawiyyah. Terlalu banyak versi mengenai Rabi’atu Al-Adawiyyah yang beredar dalam masyarakat tanpa kita mengetahui keshahihan kisah tersebut.


Antaranya kisah Rabi’atu Al-Adawiyyah yang menolak untuk berkahwin dengan manusia, lalu diperbesar-besarkan kisah tersebut, sehinggakan ada golongan sufi yang melampau memilih untuk mengikuti “jejak langkah Rabi’atu Al-Adawiyyah” (walau pun kita tidak pasti adakah kisah ini shahih atau pun tidak) untuk tidak berkahwin. Tidakkah mereka tahu bahawa ayat di atas menyuruh kita untuk mengikuti sunnah Rasul sekiranya kita benar-benar mencintai Allah? Tidakkah mereka tahu bahawa salah satu sunnah Rasul adalah berkahwin? Inilah masalah yang muncul dalam masyarakat apabila mereka beragama hanya berpandukan akal mereka semata-mata tanpa merujuk nash-nash agama. Buanglah sikap seperti ini. Sesuatu yang baik di sisi kita belum tentu diterima di sisi Allah Subhanahu wa Ta’ala.


Saya rasa cukuplah dua syarat tersebut untuk saya bahas dalam entry kali ini. Ada pun dua syarat terakhir, insya-Allah, saya akan bahas di kesempatan yang lain, sekiranya dikurniakan kekuatan dan kelapangan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala. Wallahu a’lam.


Oleh: Adli Khalim [Jakarta Barat]


Bahagian Pertama: Saya Tak Sembah Pun


Bahagian Kedua: Mungkin yang Lain pun Benar


Bahagian Keempat: Di Hati Ini Hanya Tuhan yang Tahu

Advertisements
Comments
  1. hamba Allah says:

    “Sesungguhnya salah seorang daripada sekumpulan sahabat Nabi sallallahu alayhi wa sallam telah berkata, “Berkenaan dengan diriku, maka aku akan berpuasa dan tidak berbuka. Berkata seorang yang lain: Aku akan berQiyam di malam hari dan tidak akan tidur. Dan berkata lagi seorang yang lain: Aku pula, aku tidak akan mengahwini perempuan. Seorang lagi berkata: Aku pula, sekali-kali aku tidak akan memakan daging. Lalu Baginda Sallallahu alayhi wa sallam bangun dan berucap, lantas Baginda berkata, “Apa halnya dengan pemuda-pemuda yang setiap seorang mereka ini berkata begini begitu? Aku sendiri berpuasa dan berbuka, bangun malam dan aku juga seorang yang mengahwini perempuan juga aku memakan daging. Barangsiapa yang tidak ingin kepada Sunnahku maka dia bukan dari kalangan (pengikut)ku” (Dari Sunan al-Nasaa’ie, no. 3217)

    ~keep on writing in delivering the Al-Quran and Sunnah~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s