Kenapa Tidak Ucap Selamat?

Posted: December 24, 2009 in Manhaj Umum

KENAPA aku tidak ucap selamat kepada mereka? Sebab setiap hari aku bersyahadah bahawa tiada sembahan selain Allah, takkan setiap 25 Disember aku akan berpaling daripada syahadah tersebut?


Apa maksud kata-kata aku tadi? Sebahagian daripada mereka percaya bahawa tanggal tersebut adalah tanggal kelahiran anak Tuhan mereka. Sebab itu mereka merayakannya. Bagi aku, mengucapkan selamat kepada mereka pada tanggal tersebut seakan-akan mengakui benarnya aqidah mereka (bahawa Tuhan mempunyai anak).


Maksud “seakan-akan mengakui benarnya aqidah mereka”? Aku bagi satu perumpamaan supaya lebih senang untuk kau faham. Seandainya ada seorang teman berkata, “Hari ini anak Tuhan aku lahir,” adakah kau akan mengucapkan tahniah kepadanya? Sudah tentu tidak kan? Kenapa? Sebab kau pun tahu bahawa dalam agama kita Tuhan hanya satu, tidak beranak dan tidak diperanakkan. Persoalan aku: Apa bezanya kau ucap Merry Christmas dengan tindakan mengucapkan tahniah atas kelahiran “anak Tuhan” mereka? Bagi aku tiada beza.


Ucap selamat sebagai tanda hormat? Aku menghormati kawan-kawan aku walau pun mereka berbeza aqidah dengan kita. Aku tidak pernah mempermainkan agama mereka. Aku layani mereka sebagaimana layaknya seorang kawan mendapat layanan. Tetapi menghormati seseorang itu ada batasnya. Takkan kau menghormati seseorang dengan menggadaikan aqidah kau sendiri? Aku nak tanya kau satu soalan: adakah kau akan berzina sekiranya tetamu kau mengajak kau untuk menemaninya ke rumah pelacuran? Tak sanggup? Bukankah ada hadits Nabi yang suruh kita hormati tetamu? Kenapa kau tak sanggup berzina sebagai tanda hormat kau kepada tetamu, tetapi kau sanggup mengucapkan tahniah atas kelahiran “anak Tuhan” mereka? Aku harap kau faham apa yang aku maksudkan dengan “menghormati seseorang itu ada batasnya”. Hormat tidak salah, tapi jangan sampai tergadai aqidah.


Ucap selamat sebagai wasilah untuk da’wah? Dulu ada orang pernah memberikan alasan ini kepada aku. Jawapan aku mudah; dulu aku pernah baca muqaddimah surah Al-Kafirun dalam Tafsir Ibnu Katsir. Katanya ketika Nabi memulakan da’wah kepada kaum Quraisy, mereka sempat memberikan tawaran kepada Nabi: sembah berhala mereka selama setahun dan mereka akan menyembah Allah selama setahun. Kemudian turunlah surah Al-Kafirun, di mana Allah menyuruh NabiNya untuk berlepas diri daripada agama kaum musyrikin secara keseluruhan. Seandainya kita mahu menggunakan alasan “sebagai wasilah da’wah”, mungkin kita akan berkata, apalah salahnya sembah berhala mereka setahun? Bukankah mereka berjanji mereka akan sembah Allah selepas setahun? Waktu itulah masa yang sesuai untuk berda’wah supaya meninggalkan berhala secara keseluruhan. Mungkin ini yang akan terlintas di fikiran, seandainya kita boleh menggunakan alasan “sebagai wasilah untuk da’wah”. Namun perintah Allah jelas, kita harus berlepas diri secara total daripada agama-agama selain Islam.


Aku harap kau faham penjelasan yang aku bagi dari awal sampai akhir. Aku tahu, kadang-kadang kita berkawan dengan orang yang berbeza aqidah dengan kita sampai kita rasa kalau boleh kita tak nak kecilkan hati dia. Aku pun macam tu, ada sebahagian kawan aku bukan Islam, dan aku memang hormati mereka. Aku cuma harap mereka boleh faham kenapa aku tak ucap selamat setiap kali perayaan mereka tiba. Sebab ini adalah aqidah aku.


Oleh: Adli Khalim [Jakarta Barat, 24/12/2009, 20:35]

Advertisements
Comments
  1. mrblinc says:

    Sheik Yousuf Al-Qaradhawi – Celebrating Christmas in Muslim Countries Is Prohibited.

    Watch [Youtube.com] :: Download [FLV File]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s