Serban dan Ruku’?

Posted: May 28, 2010 in Realiti Umat

APA pendapat anda apabila ada ma’mum yang tertinggal satu rakaat [tidak sempat ruku’ bersama imam] kerana sibuk memutar kain serban di atas kepalanya?


Bukan apa, setahu saya, menutup kepala bukanlah merupakan syarat sah solat – dengan kata lain, tanpa memakai penutup kepala, solatnya masih sah – apatah lagi memakai serban. [NOTA: Dalam laman web IslamWeb.Net, disebutkan bahawa semua riwayat yang diriwayatkan daripada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam mengenai solat memakai serban adalah tidak shahih / tidak tsabit.]


Inilah masalahnya apabila keshahihan sesuatu hadits tidak dititikberatkan oleh sebahagian pihak, sehinggakan begitu ramai orang awam mula berpegang pada hadits-hadits dha’if – malah sebahagiannya bertaraf maudhu [palsu] – dalam bab hukum-hakam. Apabila ditegur, mereka akan memberikan jawapan: “Tapi ustaz tu kata, ini sunnah Nabi.”


Ternyata, masih banyak kerja yang harus dilakukan. Semoga Allah memberi kekuatan kepada kita semua untuk terus berada di jalanNya, insya-Allah.



Oleh: Adli Khalim [Kota Bharu, 28/05/10, 11:27]

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s