Kenajisan Darah Berdasarkan Ijma’

Posted: June 10, 2010 in Fiqh Thaharah

SETELAH berhari-hari mencari dalil tentang kesucian darah – iaitu darah manusia dan darah haiwan yang boleh dimakan, ada pun darah haidh, tiada perbezaan pendapat tentang kenajisannya – akhirnya saya terpaksa menerima hakikat bahawa darah adalah najis kerana telah berlaku ijma’ tentang kenajisan darah.


Ketetapan ijma’ dalam masalah ini telah disebutkan oleh beberapa orang ulama, antaranya Ibnu Hazm, Al-Hafizh Ibnu Hajar [dalam Al-Fath], Ibnu ‘Abdi Al-Bar [dalam At-Tahmid], Ibnu Al-‘Arabi [dalam Ahkam Al-Quran] dan An-Nawawi [dalam Al-Majmu’] rahimahumullah. – sila rujuk Shahih Fiqh Sunnah karangan Syaikh Kamal bin As-Sayyid Salim.


[Tambahan]: Kata Ibnu Hazm dalam Maratib Al-Ijma’ [m/s 12]: “Apabila sah sesuatu ijma’, maka terbatallah semua perbezaan pendapat, dan ijma’ tersebut tidak akan terbatal selama-lamanya.”


Oleh: Adli Khalim [Jakarta Barat, 10/06/10, 10:45]

Advertisements
Comments
  1. ingin tahu says:

    salam…bagaimana pula dgn darah2 org yg berperang dan mereka ingin solat?

  2. mrblinc says:

    وعليكم السلام

    Terima kasih atas pertanyaan anda. Sebenarnya perkara yang anda sebutkan adalah antara dalil dan hujah yang digunakan oleh golongan yang berpendapat bahawa darah adalah suci [bukan najis] – antaranya Asy-Syaukani, muridnya iaitu Sidiq Khan, Al-Albani dan Ibnu ‘Utsaimin rahimahumullah.

    Ada beberapa riwayat yang menyebutkan bahawa kaum muslimin pernah solat dalam keadaan darah mereka terus mengalir, antaranya:

    1 – Apa yang disebutkan oleh Al-Hasan Al-Bashri: “Kaum muslimin tetap solat dalam luka-luka mereka.”

    * Riwayat ini disebutkan oleh Al-Bukhari secara mu’allaq dalam “kitab al-wudhu [kitab 004], bab: golongan yang berpendapat tidak wajb wudhu kecuali apa yang keluar melalui qubul dan dubur [bab 034].”
    * Kata Ibnu Hajar Al-‘Asqalani dalam Fathu Al-Bari [jld 1, hlmn 367]: “Disambung sanadnya oleh Ibnu Abi Syaibah dengan sanad yang shahih, dan telah sepakat dalam perkara ini Ibrahim An-Nakha’i, Thawus, Qatadah dan ‘Atha, dan Sulaiman bin Harb dan Dawud juga berfatwa seperti ini.

    2 – Riwayat tentang seorang sahabat daripada kalangan Anshar yang melakukan solat malam dalam peperangan Dzat Ar-Riqa’, yang mana dia telah dipanah sebanyak 3 kali dan darahnya mengalir, kemudian dia ruku’ dan sujud dalam keadaan tersebut.

    * Riwayat ini disebutkan oleh Al-Bukhari secara mu’allaq dalam “kitab al-wudhu [kitab 004], bab: golongan yang berpendapat tidak wajb wudhu kecuali apa yang keluar melalui qubul dan dubur [bab 034].”
    * Kata Ibnu Hajar Al-‘Asqalani dalam Fathu Al-Bari [jld 1, hlmn 368]: “Disambung sanadnya oleh Ibnu Ishaq dalam al-maghazi, riwayat ini dikeluarkan oleh Ahmad, Abu Dawud dan Ad-Daraquthni, dishahihkan oleh Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al-Hakim, semuanya daripada jalan Ibnu Ishaq.

    3 – Riwayat tentang pembunuhan ‘Umar bin Al-Khaththab radhiyallahu ‘anhu: “‘Umar solat sedangkan darahnya masih mengalir.”

    * Kata Syaikh Kamal bin As-Sayyid Salim dalam Shahih Fiqh Sunnah [jld 1, hlmn 78]: “Dikeluarkan oleh Malik, dan daripada jalannya diriwayatkan oleh Al-Baihaqi dan selainnya dengan sanad yang shahih.”
    * Kata Ibnu Hajar Al-‘Asqalani dalam Fathu Al-Bari [jld 1, hlmn 368]: “Telah shahih bahawa ‘Umar solat, sedangkan lukanya masih mengalirkan darah.”

    ——————————————————————————————————

    Kata Ibnu Hajar Al-‘Asqalani dalam Fathu Al-Bari [jld 1, hlmn 368] setelah menyebutkan hadits sahabat Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam yang dipanah: “Dengan hadits ini al-mushannif [Al-Bukhari] bermaksud untuk menolak pendapat Al-Hanafiyyah dalam masalah darah mengalir membatalkan wudhu.”

    الله أعلم

  3. mrblinc says:

    Tambahan:

    Syaikh Kamal bin As-Sayyid Salim [pengarang Shahih Fiqh Sunnah] juga pada awalnya cenderung kepada pendapat yang mengatakan bahawa darah adalah suci, tetapi akhirnya beliau akur dengan ketetapan ijma’ dalam masalah ini.

    Katanya dalam Shahih Fiqh Sunnah [jld 1, hlmn 80]: “Dan apa jelas bagiku – setelah berusaha mencari pendapat yang mengatakan bahawa darah adalah suci, dalam waktu 10 tahun – sesungguhnya telah sabit ijma’ dalam masalah ini, dan telah dinukilkan tentangnya [yakni tentang ijma’ tersebut] oleh bukan hanya seorang ahli ilmu [ulama] dan tidak pernah sabit ada ulama yang menyanggahinya.”

    Lalu beliau membawakan beberapa perkataan ulama [sila rujuk entry di atas] yang menyebutkan ijma’ tentang kenajisan darah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s