Mungkin benar, mungkin juga tidak

Posted: July 15, 2010 in Manhaj Umum

“Mungkin imam tersebut tidak tahu bahawa hadits ini shahih, sebab itu beliau tidak berpegang pada hadits ini.”


Kata-kata di atas sering kali kita dengar apabila ada pihak yang mendakwa sebahagian ulama terdahulu menyanggahi hadits-hadits “shahih”, namun adakah kata-kata tersebut 100% benar? Berdasarkan pemerhatian saya, boleh saya katakan bahawa kata-kata di atas mungkin benar, mungkin juga tidak.


Ini kerana sesuatu hadits yang dishahihkan oleh sebahagian ulama, belum tentu dianggap shahih oleh ulama yang lain. Oleh itu, janganlah kita terlalu mudah mengungkapkan kata-kata di atas.


Nasihat saya buat para pembaca: Sekiranya anda berkemampuan, carilah terlebih dahulu sebab dan alasan mengapa ulama tersebut “menyanggahi” hadits tersebut. Dalam beberapa kes, saya dapati ada ulama-ulama tertentu yang menyanggahi hadits-hadits “shahih”, namun ternyata mereka sendiri yang mendha’ifkan hadits tersebut. Malah dalam kes yang lain, kita akan dapati bahawa bukan sahaja ulama tersebut, malah semua ulama yang hidup sezaman dengannya turut mendha’ifkan hadits tersebut. Jadi tidak hairanlah mengapa mereka tidak berpegang pada hadits tersebut.


Renungkanlah.


Oleh: Adli Khalim [Jakarta Barat, 15/07/10, 17:02]

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s