[Hadits] Jangan berbohong atas nama Al-Bukhari dan Muslim

Posted: September 14, 2010 in Hadits, Manhaj Muhadditsin, Realiti Umat

SUATU ketika dahulu, saya pernah menulis satu entry tentang kepentingan untuk memastikan keshahihan suatu hadits sebelum menyebarkannya. Salah satu tips mudah yang saya berikan: Sebarkanlah hadits-hadits yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari dan Imam Muslim rahimahumallah.


Sebagaimana yang kita tahu, biasanya apabila disebut “Hadits ini diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim”, atau  “Hadits ini diriwayatkan oleh Al-Bukhari”, atau “Hadits ini diriwayatkan oleh Muslim”, secara automatik kita [orang awam] akan menganggap hadits tersebut adalah hadits yang shahih [berasal daripada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam].


Namun, timbul isu baru, apabila saya dapati beberapa hadits yang didakwa sebagai hadits-hadits shahihain [riwayat dalam Shahih Al-Bukhari dan Shahih Muslim] sebenarnya tidak tercantum dalam kedua-dua kitab tersebut. Saya tidak pasti kenapa perkara ini terjadi, tetapi tidak mustahil salah satu sebabnya [walau pun tidak semua yang berniat seperti ini] adalah supaya lebih ramai orang menerima hadits-hadits tersebut  memandangkan tidak semua orang mampu memastikan adakah hadits tersebut benar-benar wujud dalam shahihain.


Di sini saya bawakan beberapa contoh hadits yang didakwa sebagai hadits Shahihain:


Riwayat Pertama:

“Adalah lebih baik kamu bergomol dengan seekor babi yang berlumuran lumpur daripada kamu memeluk seorang perempuan yang bukan mahram.”

– Riwayat ini didha’ifkan oleh Al-Haitsami dalam Al-Majma’ Az-Zawaid, kerana seorang perawi yang bernama ‘Ali bin Yazid Al-Alahani, dia dha’if jiddan [sangat dha’if].

– Riwayat ini juga didha’ifkan oleh Al-Albani dalam As-Silsilah Adh-Dha’ifah [katanya: Mungkar jidda] dan dalam Dha’if At-Targhib [katanya: Dha’if jiddan].


Riwayat Kedua:

“Berapa ramai daripada orang yang membaca Al-Quran, tetapi Al-Quran melaknatnya.”

– Riwayat ini didha’ifkan oleh Bin Baz, katanya: Tidak aku ketahui mana-mana hadits shahih daripada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam.

– Ibnu ‘Utsaimin juga berpendapat bahawa riwayat ini tidak shahih daripada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, katanya: Seandainya sahaja hadits ini shahih.


Riwayat Ketiga:

Daripada Malik Ad-Dar – beliau adalah penjaga perbendaharaan Khalifah ‘Umar – katanya: Berlaku kelaparan kepada orang ramai pada zaman ‘Umar, maka seorang lelaki datang ke makam Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, katanya: “Wahai Rasulullah! Mohonlah hujan untuk umatmu, sekarang mereka dalam kebinasaan.” Maka lelaki itu didatangi seseorang dalam mimpinya, dikatakan oleh orang itu: “Berilah salam kepada ‘Umar, dan beritahu kepadanya bahawa Kamu bijaksana.” Lelaki itu datang kepada ‘Umar dan memberitahu kepadanya [tentang pemergiannya ke makam Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam dan tentang mimpinya], lalu ‘Umar menangis. Kata ‘Umar: “Wahai Tuhan, mereka [orang ramai] itu tidaklah mendapat susah melainkan kerana aku lemah.”

– Riwayat ini disebutkan dalam Fathu Al-Bari Ibnu Hajar [syarah Shahih Al-Bukhari, dan bukannya Shahih Al-Bukhari].

– Riwayat ini didha’ifkan oleh Al-Albani kerana seorang perawi yang bernama Malik Ad-Dar.

– Untuk lebih lanjut, sila rujuk di sini [Kelemahan Riwayat Maalik Ad-Daar – Benarkah Ibnu Baaz Mengkafirkan Shahabat Bilal?].


Riwayat Keempat:

Wahai anakku Fatimah! Ada pun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka yang ketika di dunia tidak MAHU MENUTUP RAMBUTNYA daripada dilihat oleh lelaki yang BUKAN MAHRAMNYA.”

– Riwayat ini tidak shahih [la asla lahu].


Saya kira cukup dulu sampai di sini. Insya-Allah, sekiranya masih ada riwayat yang disandarkan pada Shahihain sedangkan riwayat tersebut bukan berasal daripada kedua-duanya, saya akan sertakan di sini.


Oleh: Adli Khalim [Karawang, 14/09/10, 23:26]

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s