[Hadits] Contoh Hadits Mursal

Posted: October 31, 2010 in Hadits, Manhaj Muhadditsin

BERIKUT adalah contoh sanad hadits mursal yang tercantum dalam Sunan Abi Dawud bagi hadits yang berbunyi: “Cukuplah seseorang itu berdosa apabila dia menceritakan setiap perkara yang didengarinya.” [HR Abu Dawud, no. hadits 4340].

 

Imam Abu Dawud rahimahullah telah membawakan dua sanad bagi hadits ini, salah satunya adalah sanad yang muttashil [bersambung] iaitu sanad A, dan sanad yang kedua adalah sanad mursal [tanpa perawi daripada kalangan sahabat, dalam kes ini Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu] iaitu sanad B.

 

 

 

Kata Syaikh ‘Abdu Al-‘Aziz At-Tharifi dalam kitabnya, Zawaid Sunan Abi Dawud ‘ala Ash-Shahihain:

Diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam Muqaddimah kitab shahihnya [hadits no. 5], tetapi [dalam Shahih Muslim] kalimah “berdusta” menggantikan kalimah “berdosa”, dan sanad yang lebih tepat adalah sanad yang mursal.

 

Kata-kata Syaikh At-Tharifi “sanad yang lebih tepat adalah sanad yang mursal” adalah merupakan satu bentuk pendha’ifan terhadap riwayat di atas.

 

Persoalannya: Bagaimana kita mengatakan bahawa hadits di atas adalah dha’if sedangkan hadits ini diriwayatkan juga oleh Imam Muslim rahimahullah dalam kitab shahihnya?

 

Jawapan: Berikut adalah komentar yang diberikan oleh Muhammad ‘Amru ‘Abdu Al-Latif dalam kitabnya, “Ahadtih wa Marwiyat fi Al-Mizan”:

قلت الإعلال صحيح لا ريب فيه ، ولكن لا يصح تعقُّبُ هذا الحديث على الإمام مسلم ـ رحمه الله ـ ، فإن أحاديث «المقدمة» ليست على شرطه في أصل «الصحيح».
ثم إنه أشار إلى العلة بتقديمه المرسل من وجهين…
قال الشيخ مقبل بن هادي الوادعي ـ رحمه الله ـ عند تعليقه على هذا الحديث : « والعذر لمسلم واضح ، وهو أنه قدم المرسل ثم ذكر الحديث المسند ، وأيضاً ذكره في المقدمة ولم يذكره في أصل الكتاب كما قاله الحاكم

Aku [Muhammad ‘Amru ‘Abdu Al-Latif] katakan: Tiada keraguan lagi bahawa yang tepat adalah riwayat ini cacat, tetapi tidak boleh disandarkan riwayat ini sebagai hadits Muslim [rahimahullah], sesungguhnya hadits-hadits dalam “Muqaddimah” [yakni Muqaddimah Shahih Muslim] bukanlah hadits yang mengikut syarat Imam Muslim dalam kitab shahihnya, apatah lagi Imam Muslim telah mengisyaratkan kecacatan hadits ini dengan mendahulukan sanad yang mursal daripada dua jalan [yang dimaksudkan di sini adalah dua sanad yang dibawakan oleh Imam Muslim, sanad pertama adalah sanad yang mursal, sedangkan sanad kedua yang dibawakan oleh Imam Muslim adalah sanad muttashil].

Berkata syaikh Muqbil bin Hadi Al-Wadi’i rahimahullah dalam komentarnya atas hadits ini: Justifikasi Imam Muslim adalah jelas, sesunguhnya beliau mendahulukan riwayat yang mursal kemudian beliau menyebutkan riwayat yang musnad (muttashil), ditambah lagi beliau hanya menyebutkan hadith ini dalam “Muqaddimah” sahaja, dan bukan dalam kitab shahihnya sebagaimana yang disebut Al-Hakim.”

 

Saya rasa mungkin cukup sampai di sini perkongsian untuk kali ini. Semoga bermanfaat.

 

Oleh: Adli Khalim [Karawang, 31/10/10, 22:39]

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s