[Solat] Perbezaan Niat Imam dan Ma’mum

Posted: December 7, 2010 in Fiqh Solat, Hadits

PERTAMA: Solat sunat di belakang imam solat fardhu.

 

عن أبي ذر، قال: قال لي رسول الله صلى الله عليه وسلم: “كيف أنت إذا كانت عليك أمراء يؤخرون الصلاة عن وقتها، أو يميتون الصلاة عن وقتها؟” قال: قلت: “فما تأمرني؟” قال: “صل الصلاة لوقتها. فإن أدركتها معهم فصل. فإنها لك نافلة.” ولم يذكر خلف: عن وقتها

الراوي: أبو ذر الغفاري المحدث: مسلم – المصدر: صحيح مسلم – الصفحة أو الرقم:648

خلاصة حكم المحدث: صحيح

 

Terjemahan: Daripada Abi Dzar, katanya: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bertanya kepadaku: “Bagaimana sikap engkau apabila pemerintah mengakhirkan solat daripada waktunya atau meninggalkan solat daripada waktunya?” Abu Dzar berkata: Aku menjawab: “Apa yang engkau perintahkan kepadaku [sekiranya terjadi hal tersebut]?” Jawab baginda: “Dirikanlah solat tepat pada waktunya, lalu jika engkau mendapati mereka sedang solat maka solatlah [bersama mereka]. Sesungguhnya [solatmu yang kedua] itu menjadi sunat bagimu.” Dan Khalaf [yakni Khalaf bin Hisyam, salah seorang perawi] tidak menyebutkan: “Tertinggal daripada waktunya.”

 

 

شهدت مع النبي صلى الله عليه وسلم حجته، فصليت معه صلاة الصبح في مسجد الخيف، قال: فلما قضى صلاته وانحرف، إذا هو برجلين في أخرى القوم لم يصليا معه، فقال: “علي بهما،” فجيء بهما ترعد فرائصهما، فقال: “ما منعكما أن تصليا معنا؟” فقالا: “يا رسول الله، إنا كنا قد صلينا في رحالنا،” قال: “فلا تفعلا. إذا صليتما في رحالكما ثم أتيتما مسجد جماعة فصليا معهم، فإنها لكما نافلة

الراوي: يزيد بن الأسود العامري المحدث: الترمذي – المصدر: سنن الترمذي – الصفحة أو الرقم: 219

خلاصة حكم المحدث: حسن صحيح

 

Terjemahan: [Daripada Yazid bin Al-Aswad, katanya]: Aku menunaikan haji bersama Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, maka aku solat Shubuh bersama baginda di Masjid Al-Khaif. Kata Yazid: Setelah baginda selesai solat dan berpaling, baginda melihat dua orang lelaki daripada kaum lain tidak solat bersama baginda, kata baginda: “Hadapkan kedua-dua lelaki tersebut kepadaku.” Lalu kedua-duanya dibawa ke hadapan baginda dalam keadaan gementar kerana ketakutan. Lalu baginda bertanya: “Apa yang menghalang kamu berdua daripada solat [berjama’ah] bersama kami?” Kedua-duanya menjawab: “Ya Rasulullah! Sesungguhnya kami telah solat di tempat kami.” Kata baginda: “Janganlah kalian berdua berkelakuan seperti itu. Sekiranya kalian berdua telah solat di tempat kalian, kemudian kaliang datang ke masjid yang melaksanakan solat jama’ah, maka hendaklah kalian solat bersama mereka. Sesungguhnya [solat yang kedua] itu menjadi solat sunat bagi kalian.

 

 

KEDUA: Solat fardhu di belakang imam solat sunat.

 

 

أن معاذ بن جبل كان يصلي مع رسول الله صلى الله عليه وسلم العشاء الآخرة . ثم يرجع إلى قومه فيصلي بهم تلك الصلاة

الراوي: جابر بن عبدالله المحدث: مسلم – المصدر: صحيح مسلم – الصفحة أو الرقم: 465

خلاصة حكم المحدث: صحيح

 

Terjemahan: [Daripada Jabir bin ‘Abdullah, katanya:] Ada pun Mu’adz bin Jabal solat ‘Isya bersama Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, kemudian dia pulang kepada kaumnya dan mengimami mereka melaksanakan solat tersebut.

 

 

Oleh: Adli Khalim [Karawang, 07/12/10, 23:25]
Advertisements
Comments
  1. mrblinc says:

    Sumber: Shahih Fiqh Sunnah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s