[Solat] Perlukah Melihat ke Tempat Sujud?

Posted: December 25, 2010 in Fiqh Solat, Manhaj Muhadditsin

PERLUKAH kita melihat ke tempat sujud ketika solat?

 

قلنا لخباب: أكان الرسول صلى الله عليه وسلم يقرأ في الظهر والعصر؟ قال : نعم، قلنا: بم كنتم تعرفون ذاك؟ قال: بإضطراب لحيته.
الراوي: خباب بن الأرت المحدث: البخاري – المصدر: صحيح البخاري – الصفحة أو الرقم: 746
خلاصة حكم المحدث: صحيح

 

Terjemahan: [Daripada Abu Ma’mar, katanya:] Kami bertanya kepada Khabbab: “Adakah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam membaca surah dalam solat Zhuhur dan ‘Ashar?” Dia menjawab: “Ya.” Kami bertanya lagi: “Bagaimana kalian mengetahui tentang itu?” Dia menjawab: “Daripada gerakan janggut baginda.”

 

Hadits tersebut dicantumkan bawah tarjamah bab: Mengangkat Pandangan kepada Imam dalam Solat [رفع البصر إلى الإمام في الصلاة] oleh Al-Bukhari rahimahullah.

 

Perbuatan sahabat tersebut [radhiyallahu ‘anhu] melihat pergerakan janggut Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menunjukkan bahawa kita tidak wajib melihat ke tempat sujud ketika solat.

 

ما بال أقوم، يرفعون أبصارهم إلى السماء في صلاتهم. فاشتد قوله في ذلك، حتى قال: لينتهن عن ذلك، أو لتخطفن أبصارهم.
الراوي: أنس بن مالك المحدث: البخاري – المصدر: صحيح البخاري – الصفحة أو الرقم: 750
خلاصة حكم المحدث: صحيح

 

Terjemahan: [Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:] “Kenapa orang ramai mengarahkan pandangan mereka ke langit ketika solat? Suara baginda semakin tinggi sehingga baginda bersabda: “Hendaklah mereka menghentikannya atau Allah benar-benar akan menyambar penglihatan mereka.”

 

Hadits yang kedua ini pula menunjukkan larangan untuk mengangkat pandangan ke langit ketika solat. Ini bererti kita boleh mengangkat pandangan ketika solat, tetapi jangan sampai mendongak ke langit.

 

Ini adalah salah satu contoh fiqh Al-Bukhari rahimahullah.

 

Oleh: Adli Khalim [Jakarta Barat, 25/12/10, 22:00]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s