PENGARANG: Abu Malik Kamal bin As-Sayyid Salim.
KITAB: Shahih Fiqh As-Sunnah, jilid 1, halaman 143-147.
PENULIS berpendapat bahawa wudhu hanyalah diwajibkan bagi orang yang ingin mendirikan solat, dan tidak diwajibkan ketika ingin melakukan perkara-perkara lain. Adakah pendapat tersebut ada dasarnya? Apakah jawapan penulis bagi pihak yang menggunakan riwayat Ibnu ‘Abbas sebagaimana berikut: «Thawaf di Baitullah adalah solat, hanya sahaja Allah membolehkan berbicara ketika thawaf»? Bukankah riwayat tersebut jelas menyamakan solat dan thawaf? Bukankah ini bermakna wudhu juga diwajibkan bagi orang yang ingin thawaf sebagaimana wudhu diwajibkan bagi orang yang ingin solat? Bagaimana pula dengan menyentuh mushaf dan membaca Al-Quran bagi orang yang berhadats? Bukankah kedua-dua didukung oleh dalil tersendiri? Apakah pula jawapan penulis bagi kedua-dua permasalahan tersebut?
Oleh: Adli Khalim [Kota Bharu, 11/01/11, 14:15]
Ada bahagian tertentu daripada petikan tersebut yang tidak dapat saya fahami.