WAJIBKAH berwudhu` untuk membaca Al-Quran?
أنه بات ليلة عند ميمونة زوج النبي صلى الله عليه وسلم، وهي خالته، فاضطجعت في عرض الوسادة، واضطجع رسول الله صلى الله عليه وسلم وأهله في طولها، فنام رسول الله صلى الله عليه وسلم حتى إذا انتصف الليل، أو قبله بقليل أو بعده بقليل، استيقظ رسول الله صلى الله عليه وسلم، فجلس يمسح النوم عن وجهه بيده، ثم قرأ العشر الآيات الخواتم من سورة آل عمران، ثم قام إلى شن معلقة، فتوضأ منها فأحسن وضوءه، ثم قام يصلي. قال ابن عباس: فقمت فصنعت مثل ما صنع، ثم ذهبت إلى فقمت إلى جنبه، فوضع يده اليمنى على رأسي، وأخذ بأذني اليمنى يفتلها، فصلى ركعتين، ثم ركعتين، ثم ركعتين، ثم ركعتين، ثم ركعتين، ثم ركعتين، ثم أوتر، ثم اضطجع حتى أتاه المؤذن، فقام فصلى ركعتين خفيفتين، ثم خرج فصلى الصبح.
الراوي: عبدالله بن عباس المحدث: البخاري – المصدر: صحيح البخاري – الصفحة أو الرقم: 183
خلاصة حكم المحدث: صحيح
Terjemahan: [Daripada Ibnu ‘Abbas, katanya:] Dia pernah bermalam di rumah Maimunah, isteri Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, dan Maimunah merupakan ibu saudaranya [sebelah ibu]. Aku berbaring di bahagian tepi bantal sedangkan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dan isterinya berbaring pada bahagian tengahnya. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam tidur hingga pertengahan malam, atau kurang sedikit, atau lebih sedikit, baginda bangun dari tidur dan duduk sambil mengusap kesan-kesan mengantuk yang ada di wajahnya dengan tangan. Kemudian baginda membaca sepuluh ayat terakhir surah Ali ‘Imran. Kemudian baginda berdiri menuju tempat wudhu`, lalu baginda berwudhu` dengan memperelokkan wudhu`nya. Kemudian baginda solat. Kata Ibnu ‘Abbas: Maka aku bangun dan lakukan sebagaimana yang baginda lakukan, kemudian aku berdiri di sebelah baginda. Lalu baginda meletakkan tangan kanannya di atas kepalaku dan memegang telinga kananku sehingga aku bergerak ke sebelah kanan baginda. Kemudian baginda solat 2 rakaat, kemudian 2 rakaat, kemudian 2 rakaat, kemudian 2 rakaat, kemudian 2 rakaat, kemudian 2 rakaat, kemudian baginda solat witir. Kemudian baginda berbaring sehingga muadzin datang kepadanya, lalu baginda bangun dan mengerjakan solat 2 rakaat yang ringkas, kemudian baginda keluar untuk solat Subuh.”
Hadits tersebut diriwayatkan oleh Al-Bukhari dalam beberapa tempat dalam kitab shahihnya. Antaranya, dalam bab: Qira`at Al-Quran dan selainnya selepas berhadats.
Satu lagi fiqh Al-Bukhari yang kita pelajari kali ini.
Oleh: Adli Khalim [Jakarta Barat, 05/02/11, 10:40]