Valentine’s Day vs Maulidu Ar-Rasul

Posted: February 12, 2011 in Realiti Umat

PERTAMA: Valentine’s Day

1 – Saya rasa ramai yang sudah tahu bahawa sambutan Valentine’s Day bukanlah sebahagian daripada ajaran Islam, malah sambutan tersebut jelas sekali bertentangan dengan ruh ajaran Islam. Maka, menjadi kewajipan bagi kita untuk menjauhinya.

2 – Kita akan dapati banyak versi yang berbeza tentang asal-usul sambutan Valentine’s Day, namun keshahihan kisah-kisah tersebut tidak dapat dipastikan. Oleh itu, adalah lebih baik sekiranya kita tidak ikut menyebarkan kisah-kisah tersebut.

 

KEDUA: Maulidu Ar-Rasul

1 – “Sambutan” Maulidu Ar-Rasul tidak pernah wujud dalam ajaran Islam, kerana Islam hanya mengenal 2 sambutan: `Idu Al-Fitri dan `Idu Al-Adhha.

2 – Berdasarkan kajian falak, 12 Rabi`u Al-Awwal tahun gajah [tahun kelahiran Rasulullah shallallahu `alaihi wasallam] tidak mungkin akan jatuh pada hari Isnin. Sedangkan disebutkan secara jelas dalam hadits riwayat Muslim bahawa Rasulullah shallallahu `alaihi wasallam dilahirkan pada hari Isnin.

3 – Seandainya benar Rasulullah shallallahu `alaihi wasallam dilahirkan pada tanggal 12 Rabi`u Al-Awwal [walau pun menurut kajian, perkara ini tidak mungkin], tidak pernah ada mana-mana ibadah khusus yang diajarkan oleh Rasulullah shallallahu `alaihi wasallam untuk diamalkan pada 12 Rabi`u Al-Awwal.

4 – Ada pun ibadah-ibadah yang diajarkan dan dianjurkan oleh sebahagian pihak [seperti zikir 1000 kali, puasa Maulidu Ar-Rasul, dll], ketahuilah bahawa ibadah-ibadah tersebut langsung tidak mendekatkan kita kepada sunnah Rasulullah shallallahu `alaihi wasallam, bahkan semua itu hanya menjauhkan kita daripada sunnah baginda.

5 – Mengingati Rasulullah shallallahu `alaihi wasallam tidak hanya terhad pada 12 Rabi`u Al-Awwal sahaja.

6 – Ada yang mengatakan tidak menjadi masalah seandainya diadakan “sambutan” Maulidu Ar-Rasul. Sekurang-kurangnya ada juga waktu bagi umat Islam untuk mengenang jasa-jasa Rasulullah shallallahu `alaihi wasallam walau pun hanya sekali dalam setahun. Ketahuilah bahawa ini adalah dakwaan golongan yang jahil.

7 – Kita hendaklah mengingati Rasulullah shallallahu `alaihi wasallam setiap hari, kerana tidak mungkin kita menjalani kehidupan seharian kita tanpa terikat dengan sunnah-sunnah baginda.

 

Oleh:
Adli Khalim
12 Februari 2011
Jakarta Barat, 20:50

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s