[Sunan Ibn Majah] Apabila Ibnu Majah Bersendiri

Posted: April 21, 2011 in Manhaj Muhadditsin

SEMUA hadits yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah secara bersendirian [tanpa diriwayatkan oleh 5 orang imam hadits yang lain] adalah dha`if.

Kata-kata ini disandarkan kepada Al-Mizzi rahimahullah. Walau bagaimana pun, menurut Al-Hafiz Ibnu Hajar rahimahullah, pendapat yang tepat adalah “kebanyakan”, dan bukannya “semua.”

Berikut adalah pendapat beberapa orang tokoh masa kini:

1. Asy-Syarif Hatim Al-`Auni:

الصواب: أن مراده بـ(كل) أي غالب، والسبب من ضعف أسانيده، لا من ضعف ابن ماجه

[Pendapat] yang tepat: Ada pun yang dimaksudkan dengan “semua” itu adalah “kebanyakan.” Dan penyebab kedha`ifannya adalah kerana sanad, bukan kerana kedha`ifan Ibn Majah.

2. Dr. Mahir Yasin Al-Fahl:

الصواب غالب ما ينفرد به ابن ماجه فقد انفرد عن الستة ب 1148 حديثاً منها 801 ضعيف

[Pendapat] yang tepat: “Kebanyakan” hadits yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah [adalah dha`if, bukan “semua”]. Sesungguhnya Ibnu Majah telah bersendiri dalam kalangan 6 orang imam pada 1148 hadits, dan 801 daripadanya adalah dha`if.

3. Dr. Hamzah Al-Malibari:

أرى أن الحكم الفصل في هذا الموضوع يجتاج إلى استقراء ودراسة نقدية لكل ما ينفرد به ابن ماجه عن الكتب الخمسة، ولا مانع من اعتماد قول الحافظ بجانب كلام المزي
ليقال إن أغلب ما ينفرد به ابن ماجه فيه ضعف بخلاف القول بأن جميع ما ينفرد به ابن ماجه ضعيف وعلى كل يتوقف الجزم على دراسة استقرائية ودراسة نقدية لكل ما ينفرد به ابن ماجه

Aku berpendapat bahawa hukum bagi masalah ini adalah memerlukan kajian dan analisis yang kritis bagi setiap hadits yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah secara bersendirian daripada kitab al-khamsah [Shahih Al-Bukhari, Shahih Muslim, Sunan Abu Dawud, Al-Jami` Al-Mukhatshar At-Tirmidzi dan Al-Mujtaba An-Nasa’i], tanpa menafikan pendapat muktamad Al-Hafiz [Ibnu Hajar] dan kalam Al-Mizzi. Jika kita menganggap bahawa hadits yang diriwayatkan secara bersendiri itu oleh Ibnu Majah kebanyakannya dha`if [tidak semua], ini berbeza dengan pendapat yang mengatakan bahawa semua riwayat Ibnu Majah secara bersendiri itu dha`if. Tawaqquf pada apa yang diputuskan itu memerlukan kajian yang mendalam dan kajian yang kritis terhadap apa yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah secara sendirian.

4. Dr. Basyar `Awwad:

نعم اراد به الغلبة فاكثر ما انفرد به ابن ماجة ضعيف

Benar! Apa yang dimaksudkan adalah “kebanyakan.” Banyak riwayat Ibnu Majah secara bersendiri adalah dha`if.

Sekian untuk perkongsian kali ini. Terima kasih saya ucapkan kepada Saudara Fathi dan Saudara Saifuddin atas bantuan mereka.

Oleh:
Adli Khalim
22 April 2011
Jakarta Barat, 01:35

Comments
  1. Ad-Dien says:

    saya nak share buleh? hehe

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s