[Puasa] Bersiwak Pada Waktu Petang

Posted: May 30, 2011 in Fiqh Puasa & Ramadhan, Manhaj Muhadditsin

SERING kita dengar dalam masyarakat kita bahawa makruh untuk menggosok gigi pada waktu petang ketika kita berpuasa. Adakah benar wujudnya larangan ini dalam Al-Qur’an atau pun As-Sunnah?

 

Berikut adalah penjelasannya:

 

لولا أن أشق على أمتي ، لأمرتهم بالسواك عند كل صلاة
الراوي: أبو هريرة المحدث: الألباني – المصدر: صحيح النسائي – الصفحة أو الرقم: 7
خلاصة حكم المحدث: صحيح

 

Terjemahan: [Daripada Abu Hurairah, katanya: Rasulullah shallallahu `alaihi wasallam bersabda:] Seandainya tidak memberatkan umatku, nescaya aku akan perintahkan supaya mereka bersiwak setiap kali ingin solat.

 

Hadits ini disebutkan oleh An-Nasa’i bawah bab: الرخصة في السواك بالعشي للصائم [Keringanan dalam Bersiwak pada Waktu Petang Bagi Orang yang Berpuasa]. Ini kerana solat `Ashar juga termasuk dalam anjuran Rasulullah shallallahu `alaihi wasallam di atas. Oleh itu, jagalah kebersihan mulut walau pun ketika berpuasa. Jangan sampai golongan bukan Islam memandang ajaran Islam sebagai agama yang tidak mementingkan kebersihan diri, hanya kerana sangkaan sesetengah pihak bahawa wujudnya larangan untuk membersihkan mulut pada waktu petang ketika berpuasa.

 

Oleh:
Adli Khalim
30 Mei 2011
Cilegon, 07:40

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s