ALHAMDULILLAH, setelah beberapa lama tergendala, cita-cita untuk menyiapkan terjemahan zikir-zikir ini selesai juga akhirnya. Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada Akh Fathi atas segala bantuan dalam menyempurnakan e-book ini [walau pun sebelum ini saya tidak terfikir untuk menjadikannya dalam bentuk e-book]. Semoga bermanfaat buat semua.
TAJUK:
Zikir-Zikir Penghujung Solat Yang Sahih
Menurut Al-Syaikh Al-Muhaddith `Abdullah Bin `Abdulrahman Al-Sa’d
Diterjemah & ditakhrij hadith oleh:
Mohd Adli Abd Khalim (https://blueincisivus.wordpress.com/)
Diselia & disunting oleh:
Muhammad Fathi `Ali al-Sakandary (http://ansarul-hadis.blogspot.com/)
Edisi:
September 2011M / Syawal 1432H
Jumlah Halaman:
18 halaman termasuk kulit
Hak Cipta: Buku ini adalah waqaf penulis kepada seluruh umat Islam, tiada hak cipta mana-mana syarikat percetakan, dianjurkan untuk menyebarkannya dan mencetaknya dengan sebarang alat percetakan, dilarang plagiat sama sekali, dan dilarang meniagakannya tanpa izin bertulis daripada penulis terlebih dahulu.
Oleh:
Adli Khalim
22 September 2011
Jakarta Barat, 16:15