[Fiqh] Membakar Mushaf

Posted: October 14, 2011 in Fiqh (Umum)

APAKAH yang anda lakukan terhadap mushaf Al-Qur’an yang lama? Mungkin ramai yang akan jawab: BAKAR.

Ternyata membakar mushaf lama bukanlah satu-satunya cara untuk melupuskan mushaf yang sudah tidak digunakan. Berikut disebutkan 11 pendapat `ulama’ dalam masalah ini.

1 – Boleh memilih antara basuh dan bakar.

2 – Harus dibakar.

3 – Mengutamakan bakar dibandingkan dengan basuh.

4 – Melarang membakar [An-Nawawi rahimahullah menganggap perbuatan tersebut makruh].

5 – Harus basuh.

6 – Mengutamakan basuh dibandingkan dengan bakar [ini merupakan pendapat Ibn Hajar rahimahullah].

7 – Mesti dibasuh.

8 – Harus ditanam.

9 – Mesti ditanam.

10 – Tawaqquf tentang menanam.

11 – Melarang mengoyakkan mushaf.

Namun, sekiranya saya berhadapan dengan masalah ini, saya akan memilih untuk membakar mushaf tersebut, berdasarkan tindakan Amir Al-Mu’minin `Utsman radhiyallahu `anhu, sebagaimana yang disebutkan dalam Shahih Al-Bukhari.

أن حذيفة بن اليمان قدم على عثمان، وكان يغازي أهل الشام في فتح أرمينية وأذربيجان مع أهل العراق، فأفزع حذيفة اختلافهم في القراءة، فقال حذيفة لعثمان: يا أمير المؤمنين، أدرك هذه الأمة قبل أن يختلفوا في الكتاب، اختلاف اليهود والنصارى. فأرسل عثمان إلى حفصة: أن أرسلي إلينا بالصحف ننسخها في المصاحف ثم نردها إليك، فأرسلت بها حفصة إلى عثمان، فأمر زيد بن ثابت، وعبد الله بن الزبير، وسعيد بن العاص، وعبد الرحمن بن الحارث بن هشام، فنسخوها في المصاحف، وقال عثمان للرهط القريشيين الثلاثة: إذا اختلفتم أنتم وزيد بن ثابت في شيء من القرآن فاكتبوه بلسان قريش، فإنما نزل بلسانهم، ففعلوا، حتى إذا نسخوا الصحف في المصاحف رد عثمان الصحف إلى حفصة، وأرسل إلى كل أفق بمصحف مما نسخوا، وأمر بما سواه من القرآن في كل صحيفة أو مصحف أن يحرق.
الراوي: أنس بن مالك المحدث: البخاري – المصدر: صحيح البخاري – الصفحة أو الرقم: 4987
خلاصة حكم المحدث: صحيح

Terjemahan: [Daripada Anas bin Malik, katanya:] Ada pun Hudzaifah bin Al-Yaman datang berjumpa `Utsman, yang mana sebelumnya dia memerangi penduduk Syam ketika penaklukan Armenia dan Azerbaijan bersama penduduk `Iraq. Hudzaifah terkejut dengan perselisihan mereka dalam qira’ah, lalu Hudzaifah berkata kepada `Utsman: “Wahai Amir Al-Mu’minin! Rangkullah umat ini sebelum mereka berselisih tentang Al-Qur’an sebagaimana perselisihan yang telah terjadi pada kaum Yahudi dan Nasrani.” Lalu, `Utsman mengirimkan surat kepada Hafshah: “Tolong kirimkan lembaran Al-Qur’an kepada kami, agar kami dapat menyalinnya menjadi beberapa lembaran, dan kami akan mengembalikannya kepadamu.” Maka Hafshah pun mengirimkan lembaran tersebut kepada `Utsman. Lalu `Utsman memerintahkan Zaid bin Tsabit, `Abdullah bin Az-Zubair, Sa`id bin Al-`Ash dan `Abdu Ar-Rahman bin Al-Harits bin Hisyam, lalu mereka menyalinnya menjadi beberapa lembaran. `Utsman berkata kepada ketiga-tiga orang Quraisy daripada mereka [`Abdullah, Sa`id, dan `Abdu Ar-Rahman]: “Jika kalian berselisih pendapat dengan Zaid bin Tsabit berhubung dengan Al-Qur’an, maka tulislah dengan bahasa Quraisy, kerana Al-Qur’an turun dengan bahasa mereka.” Kemudian mereka melaksanakan perintah itu sehingga penyalinan selesai menjadi beberapa lembaran. `Utsman mengembalikan lembaran [asli] ke Hafshah, dan mengirimkan sejumlah mushaf yang telah disalin ke beberapa penjuru negeri kaum muslimin, dan memerintahkan untuk membakar ayat Al-Qur’an yang terdapat pada selain mushaf tersebut.

Wallahu a`lam.

 

 

Oleh:

Adli Khalim
14 Oktober 2011
Jakarta Barat, 18:40

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s