Status FB # Apabila Pendapat `Ulama’ Bertentangan Dengan Hadits Shahih…

Posted: September 2, 2012 in Manhaj Umum, Renungan

Apabila kita mendengar pendapat seorang `ulama’ (saya maksudkan `ulama’ yang diiktiraf kesarjanaannya dalam DUNIA Islam) yang bertentangan dengan “hadits shahih” yang kita tahu…

Jangan kita langsung keluarkan PERNYATAAN: “Mungkin `ulama tersebut tak tahu tentang kewujudan hadits shahih ni,” atau “Mungkin `ulama tersebut tak tahu bahawa hadits ni shahih.”

Tetapi keluarkanlah PERTANYAAN: “Kenapa pendapat `ulama’ tersebut bertentangan dengan hadits shahih ni?”

Sesungguhnya PERTANYAAN tersebut akan:
(1) Membuatkan kita berasa rendah diri,
(2) Menimbulkan kesedaran bahawa masih banyak urusan dalam agama yang belum kita tahu, dan
(3) Menjauhkan kita daripada sikap mencela dan memandang rendah kepada `ulama’.

* Risau dengan sikap segelintir “orang muda” yang berasa dirinya sentiasa benar, berasa cukup dengan ilmu yang dimilikinya, dan ringan lidahnya mencela pendapat lain yang bertentangan dengan pendapat yang dipegangnya. Wallahu a`lam.

 

Oleh:

Adli Khalim
2 September 2012
Kota Bharu, 21:55

Advertisements
Comments
  1. mrblinc says:

    Faktor 1:

    Hadits yang dishahihkan oleh `ulama’ tertentu, belum tentu dishahihkan oleh `ulama’ lain.

    Contoh pertama: Hadits membaca basmalah sebelum berwudhu’ dishahihkan oleh Al-Hafiz Ibnu Hajar , tetapi menurut Imam Ahmad, tiada satu pun hadits shahih dalam bab tersebut.

    Contoh kedua: Hadits meletakkan kedua-dua tangan (al-qabdh – القَبْضُ) di dada semasa qiyam dalam solat dishahihkan oleh Syaikh Al-Albani, tetapi didha`ifkan oleh `ulama’ lain.

  2. mrblinc says:

    Faktor 2:

    Hadits shahih tersebut bukanlah satu-satunya hadits shahih dalam bab tersebut.

    Contoh pertama: Hadits Rasulullah shallallahu `alaihi wasallam, Abu Bakar, `Umar dan `Utsman tidak membaca basmalah ketika memulakan Al-Fatihah bukanlah satu-satunya riwayat dalam bab ini, malah ada riwayat daripada Abu Hurairah yang menjahrkan bacaan basmalah dan beliau memarfu`kan kepada baginda shallallahu `alaihi wasallam (riwayat An-Nasa’i).

    Contoh kedua: Imam Malik berhujah dengan hadits di atas dan mengeluarkan pendapat dimakruhkan membaca doa istiftah, ta`awwudz dan basmalah dalam solat (bahkan Imam Malik berpendapat seseorang hendaklah langsung membaca الحمد لله رب العالمين). Sedangkan riwayat tentang doa istiftah cukup banyak, Syaikh Al-Albani menyenaraikan 12 doa istiftah yang diriwayatkan daripada Nabi shallallahu `alaihi wasallam.

  3. mrblinc says:

    Faktor 3:

    Hadits shahih tersebut hanya disebutkan oleh sahabat tertentu sahaja, sedangkan para sahabat lain menyanggahinya.

    Contoh: Hadits tentang jalsah istirahat (duduk sejenak sebelum bangun untuk raka`at ketiga). Walaupun hadits Malik bin Al-Huwairits ini diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan selainnya, namun sebahagian `ulama’ tidak berpegang kepada riwayat ini memandangkan terdapat hadits shahih lain yang menceritakan tentang sifat solat baginda, namun tidak menyentuh tentang perbuatan ini. An-Nu`man bin Abu `Iyyasy pernah berkata: “Aku mendapati bukan hanya seorang sahabat Nabi shallallahu `alaihi wasallam melakukan sedemikian (yakni tidak duduk istirahat tetapi langsung bangkit untuk raka`at ketiga).”

  4. mrblinc says:

    Faktor 4:

    Terdapat hadits shahih lain yang memalingkan hukum wajib (apabila hadits shahih tersebut dalam bentuk perintah) atau hukum haram.(apabila hadits shahih tersebut dalam bentuk larangan).

    Contoh pertama: Hadits tentang perintah Nabi shallallahu `alaihi wasallam untuk mandi pada hari Juma`at (sebahagian riwayat jelas menggunakan perkataan “واجب – wajib”). Namun Imam Asy-Syafi`i berhujah dengan hadits `Utsman yang terlambat sampai ke masjid (dan tidak sempat mandi Juma`at) sehingga ditegur oleh `Umar yang sedang berkhutbah. Menurut Imam Asy-Syafi`i, setelah ditegur, `Utsman tidak pulang ke rumah untuk mandi, dan `Umar tidak memerintahkan `Utsman untuk pulang menunjukkan bahawa “wajib” dalam hadits tersebut adalah anjuran kuat.

    Contoh kedua: Hadits tentang perintah Nabi shallallahu `alaihi wasallam supaya para wanita (termasuk wanita yang sedang haid) dan para gadis untuk keluar ke tempat solat `id dan turut bertakbir bersama mereka. Namun Imam Ibrahim An-Nakha`i seolah-olah menyanggahi perintah tersebut dan berhujah dengan hadits `A’isyah – sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Muslim -: “Seandainya Rasulullah shallallahu `alaihi wasallam melihat keadaan para wanita hari ini (yakni selepas kewafatan baginda), pasti baginda akan menghalangi mereka daripada solat di masjid sebagaimana para wanita bani Isra’il dihalang ke tempat ibadah mereka.”

  5. mrblinc says:

    Cukup sekian dulu. Kalau saya jumpa lagi contoh yang lain, saya akan update, insya’allah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s