1. Hadits asal-usul tembakau daripada kencing Iblis banyak disebarkan, namun ternyata hadits ini PALSU, malah tidak pernah diriwayatkan dalam mana-mana kitab hadits. Sila rujuk: http://www.e-fatwa.gov.my/blog/status-hadis-tentang-merokok.
2. Kita tidak memerlukan hadits rekaan (atau hadits maudhu`) seperti ini untuk mengharamkan rokok. Banyak lagi nash agama yang lain yang boleh digunakan untuk mengeluarkan fatwa haramnya rokok.
3. Menyebarkan hadits ini dengan tujuan untuk berbuat baik tidaklah mengeluarkan kita daripada ancaman menyebarkan hadits palsu, sebagaimana yang disebutkan oleh Rasulullah ﷺ: « Dan sesiapa yang berdusta atas namaku dengan sengaja, maka siapkanlah tempat duduknya dalam neraka. » – Hadits diriwayatkan oleh: Al-Bukhari (no. 3461)
4. Sebarkanlah kepalsuan hadits ini, semoga amalan yang kecil ini boleh menyelamatkan orang-orang yang anda kasihi.
Wallahu a`lam.