Tak Sangka Tuhan Berdialog Dengan Manusia Sebelum Manusia Tidur

Posted: March 28, 2015 in Manhaj Umum, Realiti Umat

APA pendapat anda sekiranya anda membaca dialog berikut:

 

Dialog TUHAN dan manusia:

Tuhan: “Hamba-Ku, bangunlah! Lakukan solat malam 11 rakaat!”

Hamba: “Ilahi, aku lelah, tidak sanggup rasanya.”

Tuhan: “Hamba-Ku, lakukan 2 rakaat syafa’ dan 1 rakaat witir saja!”

Hamba: “Ilahi, aku lelah dan rasanya sukar bagiku untuk bangun di tengah malam.”

Tuhan: “Hamba-Ku solat witir saja..”

Hamba: “Ilahi, hari letih sekali, apa tidak ada cara lain?”

Tuhan: “Hamba-Ku, wudhuklah sebelum tidur lalu menatap ke langit katakan YA ALLAH…”

Hamba: “Ilahi, aku sudah mengantuk kalau aku bangun nanti mengantuknya hilang.”

Tuhan: “Hamba-Ku, tayammum saja di tempat tidur mu dan katakan YA ALLAH..”

Hamba: “Ilahi, udara terasa sejuk sekali, aku tak sanggup mengeluarkan tanganku dari dalam selimut.”

Tuhan: “Hamba-Ku, kalau begitu sebut saja dari dalam hati YA ALLAH, dan akan kami hitung itu sebagai solat malammu.”

Sampai disini si hamba sudah tidak peduli kerana tertidur lena.

Tuhan: “Lihatlah wahai malaikat Ku, bagaimana telah Aku mudahkan semua baginya, akan tetapi dia pergi dari Ku dan tidur tanpa meninggalkan apapun.. Bila datang waktu subuh bangunkan dia agar dia bermunajat pada Ku, Kerana Aku merindukan suaranya.”

Malakat: “Ya Ilahi, telah kami bangunkan dia tapi dia kembali tidur.”

Tuhan: “Bisikkan di telinganya bahawa Aku menantinya.”

Malaikat: “Ilahi, dia tetap tidur.”

Tuhan: “katakan, sudah azan…sebentar lagi matahari terbit. Bangunlah sebelum habis waktu subuh kerana aku ingin memberkati sepanjang harinya.”

Malaikat: “Ilahi, apa Engkau tidak ingin marah padanya?”

Tuhan: “Hamba-Ku tidak memiliki siapapun selain Aku, Aku menangguh marah Ku menunggu dia bertaubat. Hamba Ku, ketika engkau solat Aku memandangmu, seakan Aku tidak memiliki hamba selainmu… Namun engkau lalai seakan kau memiliki ratusan Tuhan….??!”

Betapa PENYAYANG ENGKAU YA ILAHI..
Betapa PENGAMPUN ENGKAU YA ILAHI..
Betapa AGUNG ENGKAU YA ILAHI… Ampuni kami hambaMu yang lemah ini”

P/s Sila repost kepada sahabat2 lain semoga mampu mengejutkan hati yang sedang tidur, jiwa yang sakit. Semoga kita istiqammah. In Shaa Allah.

Apabila saya membaca dialog ini, ada beberapa perkara yang bermain di minda saya:

PERTAMA: Biasanya dialog seperti ini hanya boleh datang daripada hadits qudsi, namun qalbu saya sangat sukar untuk mengatakan bahawa ini adalah hadits qudsi. Salah satu sebabnya adalah “dialog” ini terlalu “Melayu”.

KEDUA: Tiada manusia boleh berdialog secara langsung dengan Allah ﷻ kecuali Musa `alaihi as-salam.

KETIGA: Ketika Rasulullah ﷺ ditanya tentang solat malam, baginda tidak menetapkan 11 raka`at, namun baginda jawab: “Solat malam dua raka`at, dua raka`at.” Tetapi dalam dialog di atas, kelihatan seolah-olah Allah ﷻ pula mengesyorkan 11 raka`at. Kalau betul Allah ﷻ sendiri mengesyorkan solat malam 11 raka`at, sudah pasti para `ulama’ tidak akan berbeza pendapat dalam menentukan bilangan raka`at tarawih. Cukuplah mereka berpegang dengan apa yang “disyorkan” oleh Allah ﷻ.

KEEMPAT: Tayammum dibolehkan sekiranya seseorang tidak menemui air untuk berwudhu’, atau tidak boleh menggunakan air untuk berwudhu’. Namun, sepanjang pembelajaran saya, saya tidak pernah belajar bahawa “mengantuk” membolehkan tayammum.

KELIMA: Inilah bahagian yang paling menarik, iaitu hanya dengan menyebut “Ya Allah!” sudah dikira sebagai solat. Mudah, tidak perlu lagi bersungguh-sungguh seperti Nabi ﷺ, yang tekun mengerjakan solat sehinggakan bengkak kaki baginda.

Saya rasa LIMA PERKARA di atas sudah cukup untuk saya mempertikaikan kewujudan dialog di atas. Saya tahu orang yang menyebarkan dialog ini berniat baik, namun niat baik sahaja belum tentu membawa kita ke syurga, malah sebahagiannya akan membawa kita ke neraka. Oleh itu, berwaspadalah dalam menyebarkan mesej-mesej seperti ini.

Ingatlah pesanan Rasulullah ﷺ: “Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat. Dan riwayatkanlah daripada Bani Isra’il, itu tidak mengapa. Dan sesiapa yang berdusta atas namaku dengan sengaja, maka siapkanlah tempat duduknya dalam neraka.” – Hadits diriwayatkan oleh Al-Bukhari (no. 3461).

@ Adli Khalim – 28.03.2015

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s