Solat Tarawih?

Posted: June 13, 2015 in Fiqh Puasa & Ramadhan

ADA yang bertanya: Ada sesiapa yang boleh kongsikan nota cara mengerjakan solat tarawih mengikut sunnah?”

Jawapan saya:

= = = = = = = = = =

1. Solat malam hendaklah dilakukan dengan penuh keimanan dan pengharapan, bukan sekadar dilakukan atas dasar adat semata-mata.

من قام رمضانَ إيمانًا واحتسابًا، غُفِرَ له ما تقدَّمَ من ذنبِه
الراوي : أبو هريرة | المحدث : البخاري | المصدر : صحيح البخاري
الصفحة أو الرقم: 37 | خلاصة حكم المحدث : صحيح
“Sesiapa yang mendirikan (solat malam) Ramadhan dengan penuh keimanan dan penuh pengharapan, diampunkan dosanya yang telah lalu.” – Shahih Al-Bukhari, no. 37

= = = = = = = = = =

2. Solat malam dilakukan 2 raka`at, 2 raka`at, kemudian diakhiri dengan witir paling kurang 1 raka`at.

صلاةُ الليلِ مَثْنى مَثْنى. فإذا رأيتَ أنَّ الصبحَ يُدركُك فأَوتِرْ بواحدةٍ. فقيل لابنِ عمرَ: ما مَثْنَى مَثْنَى؟ قال: أن تُسلِّمَ في كلِّ ركعتَينِ
الراوي : عبدالله بن عمر | المحدث : مسلم | المصدر : صحيح مسلم
الصفحة أو الرقم: 749 | خلاصة حكم المحدث : صحيح
“Solat malam 2 raka`at, 2 raka`at. Apabila engkau lihat Subuh akan masuk, lakukanlah solat witir satu raka`at.” Ibn `Umar ditanya: “Apa maksud 2 raka`at, 2 raka`at?” Jawabnya: “Engkau memberi salam setiap 2 raka`at.” – Shahih Muslim, no. 749

= = = = = = = = = =

3. Disunnahkan untuk dilakukan secara berjama`ah, sebagaimana Nabi ﷺ pernah melakukannya.

أن رسولَ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم خرج ليلة من جوف الليل، فصلَّى في المسجد، وصلَّى رجال بصلاته، فأصبح الناس فتحدثوا، فاجتمع أكثر منهم فصلوا معه، فأصبح الناس فتحدثوا، فكثر أهل المسجد من الليلة الثالثة، فخرج رسول الله صلَّى اللهُ عليه وسلَّم فصلَّى فصلوا بصلاته، فلما كانت الليلة الرابعة عجز المسجد عن أهله، حتى خرج لصلاة الصبح، فلما قضى الفجر أقبل على الناس، فتشهد، ثم قال : ( أما بعد، فإنه لم يخف علي مكانكم، ولكني خشيت أن تفرض عليكم فتعجزوا عنها ) . فتوفي رسول الله صلَّى اللهُ عليه وسلَّم والأمر على ذلك
الراوي : عائشة أم المؤمنين | المحدث : البخاري | المصدر : صحيح البخاري
الصفحة أو الرقم: 2012 | خلاصة حكم المحدث : صحيح
Rasulullah ﷺ keluar pada satu pertengahan malam, lalu baginda solat di masjid. Beberapa orang ma’mum solat bersama baginda. Keesokan paginya, orang ramai bercerita tentangnya. Lalu lebih ramai ma’mum yang berkumpul dan solat bersama baginda. Keesokan paginya, orang ramai bercerita tentangnya. Lalu lebih ramai ma’mum yang berkumpul pada malam yang ketiga, dan Rasulullah ﷺ solat dan mereka solat bersama baginda. Pada malam keempat, masjid tidak dapat menampung jumlah ma’mum, (baginda tidak keluar solat malam) sehinggalah baginda hanya keluar untuk solat Subuh. Selepas selesai solat Subuh, baginda menghadap ke arah orang ramai, baginda bersyahadah, kemudian bersabda: “Amma ba`d, sesungguhnya bukan aku tidak tahu penantian kalian (di masjid untuk solat malam berjama`ah malam tadi), namun aku bimbang solat ini diwajibkan atas kalian, dan sebahagian daripada kalian berasa lemah untuk mengerjakannya.” Baginda wafat dalam keadaan sedemikian. – Shahih Al-Bukhari, no. 2012

= = = = = = = = = =

Penjelasan:

1. Nabi ﷺ pernah melakukannya secara berjama`ah, dan pernah juga melakukannya secara bersendirian. Oleh itu, seseorang boleh memilih mana-mana yang dikehendakinya.

2. Namun, ketika Amirul Mu’minin `Umar Al-Khathab melihat orang ramai solat secara berkumpulan dan bersendirian, beliau berpendapat berjama`ah adalah lebih baik.

= = = = = = = = = =

4. Bacaan dalam solat adalah sesuai dengan keadaan ma’mum, dan tidak terlalu berat dan tidak terlalu ringan.

إِنَّ رَبَّكَ يَعْلَمُ أَنَّكَ تَقُومُ أَدْنَىٰ مِن ثُلُثَيِ اللَّيْلِ وَنِصْفَهُ وَثُلُثَهُ وَطَائِفَةٌ مِّنَ الَّذِينَ مَعَكَ ۚ وَاللَّهُ يُقَدِّرُ اللَّيْلَ وَالنَّهَارَ ۚ عَلِمَ أَن لَّن تُحْصُوهُ فَتَابَ عَلَيْكُمْ ۖ فَاقْرَءُوا مَا تَيَسَّرَ مِنَ الْقُرْآنِ
Sesungguhnya Tuhanmu mengetahui bahawasa engkau bangun (untuk solat) kurang daripada 2/3 malam, dan 1/2 malam, dan 1/3 malam, demikian juga sekumpulan orang yang bersamamu. Allah jugalah yang menentukan kadar malam dan siang. Dia Mengetahui bahawa kalian tidak mampu menentukan kadarnya dengan tepat, maka Dia menerima taubat kalian. Oleh itu, bacalah apa yang mudah daripada Al-Qur’an. – Surah Al-Muzzammil, ayat 20

= = = = = = = = = =

Penjelasan:

1. Menurut Al-Qurthubi dalam Al-Jami` Al-Ahkam (lebih masyhur dengan nama Tafsir Al-Qurthubi), para `ulama’ berbeza pendapat tentang ayat (فَاقْرَءُوا مَا تَيَسَّرَ مِنَ الْقُرْآنِ):

(a) Pendapat pertama: Maksudnya bacalah BACAAN yang tidak memberatkan, kata As-Suddi: “100 ayat”, kata Al-Ka`ab: “Sesiapa yang membaca 100 ayat pada waktu malam, dituliskan bahawa dia termasuk dalam golongan القانتين”, kata Abu Sa`id: “50 ayat”.

(b) Pendapat kedua: Maksudnya solatlah dengan SOLAT yang tidak memberatkan.

= = = = = = = = = =

5. Dianjurkan untuk menyelesaikan solat malam bersama imam, tanpa mengira berapa pun raka`at yang dikerjakan.

إنَّهُ من قام مع الإمامِ حتى ينصرفَ هو كُتِبَ لهُ قيامُ ليلةٍ
الراوي : أبو ذر الغفاري | المحدث : الترمذي | المصدر : سنن الترمذي
الصفحة أو الرقم: 806 | خلاصة حكم المحدث : حسن صحيح
“Sesiapa yang solat malam bersama imam sehingga imam selesai, dituliskan baginya qiyam sepanjang malam.” – Al-Jami` Al-Mukhtashar At-Tirmidzi, no. 806, katanya: Hasan shahih

= = = = = = = = = =

Penjelasan:

1. Kata At-Tirmidzi selepas meriwayatkan hadits di atas:

* “Para `ulama’ berbeza pendapat tentang (bilangan raka`at untuk) qiyam Ramadhan.

* Sebahagiannya berpendapat solat malam sebanyak 41 raka`at termasuk witir, ini adalah qaul ahli Madinah, dan diamalkan di Madinah.

* Kebanyakan ahli ilmu pula berpendapat seperti apa yang diriwayatkan daripada `UMAR, `ALI, dan selain kedua-duanya daripada sahabat Nabi ﷺ bahawa solat malam sebanyak 20 raka`at, dan inilah qaul Ats-Tsauri, Ibn Al-Mubarak, dan Asy-Syafi`i.

* Kata Asy-Syafi`i: “Ini yang aku dapati di negeri kami, di Makkah, mereka solat sebanyak 20 raka`at.”

* Kata Ahmad: “Diriwayatkan dalam bab ini pelbagai pendapat,” dan beliau (Ahmad) tidak menentukan pendapat yang dipilihnya.

* Kata Ishaq: “Bahkan, kami memilih pendapat (solat malam) 41 raka`at, sebagaimana yang diriwayatkan daripada Ubay bin Ka`ab.”

* Ibn Al-Mubarak, Ahmad, dan Ishaq memilih pendapat seseorang solat malam secara berjama`ah bersama imam di bulan Ramadhan.

* Sedangkan Asy-Syafi`i memilih pendapat seseorang boleh solat seorang diri sekiranya dia seorang qari (penghafaz Al-Qur’an).”

= = = = = = = = = =

6. Amalan membaca selawat setiap kali selepas memberi salam solat malam tiada sandaran daripada Sunnah Rasulullah ﷺ dan para khulafa’ ar-rasyidin, serta para sahabat secara keseluruhan. Sedangkan Rasulullah ﷺ bersabda:

أما بعدُ. فإنَّ خيرَ الحديثِ كتابُ اللهِ. وخيرَ الهديِ هديُ محمدٍ. وشرَّ الأمورِ مُحدثاتُها. وكلَّ بدعةٍ ضلالةٌ
الراوي : جابر بن عبدالله | المحدث : مسلم | المصدر : صحيح مسلم
الصفحة أو الرقم: 867 | خلاصة حكم المحدث : صحيح
“Amma ba`d, sesungguhnya sebaik-baik perkataan adalah Kitabullah, sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad, seburuk-seburuk perkara adalah rekaan-rekaan, dan setiap bid`ah adalah sesat.”Shahih Muslim, no. 867

فإنه من يعش منكم بعدي فسيرى اختلافا كثيرا ، فعليكم بسنتي وسنة الخلفاء المهديين الراشدين تمسكوا بها ، وعضوا عليها بًالنواجذ ، وإياكم ومحدثات الأمور فإن كل محدثة بدعة ، وكل بدعة ضلالة
الراوي : العرباض بن سارية | المحدث : أبو داود | المصدر : سنن أبي داود
الصفحة أو الرقم: 4607 | خلاصة حكم المحدث : سكت عنه – وقد قال في رسالته لأهل مكة كل ما سكت عنه فهو صالح
“Sesiapa antara kalian yang hidup selepasku, pasti akan melihat khilaf yang banyak. Berpeganglah kalian kepada sunnahku dan sunnah khulafa’ al-mahdiyyin ar-rasyidin, berpeganglah kalian dengannya, dan gigitlah dengan geraham. Berhati-hatilah dengan perkara-perkara yang direka. Sesungguhnya semua rekaan (dalam agama) adalah bid`ah, dan setiap bid`ah adalah sesat.Sunan Abi Dawud, no. 4607

النجومُ أمَنَةٌ للسماءِ . فإذا ذهبتِ النجومُ أتى السماءَ ما توعد . وأنا أمنةً لأصحابي . فإذا ذهبتْ أتى أصحابي ما يوعدون . وأصحابي أمنةٌ لأمتي . فإذا ذهب أصحابي أتى أمتي ما يُوعدون
الراوي : أبو موسى الأشعري عبدالله بن قيس | المحدث : مسلم | المصدر : صحيح مسلم
الصفحة أو الرقم: 2531 | خلاصة حكم المحدث : صحيح
Bintang-bintang adalah penyelamat langit. Apabila bintang-bintang telah pergi, langit akan didatangi apa yang telah dijanjikan untuknya. Aku adalah penyelamat sahabat-sahabatku. Apabila aku telah pergi, sahabat-sahabatku akan didatangi apa yang telah dijanjikan untuk mereka. Sahabat-sahabatku adalah penyelamat umatku. Apabila sahabat-sahabatku telah pergi, umatku akan didatangi apa yang dijanjikan untuk mereka.Shahih Muslim, no. 2531

= = = = = = = = = =

Penjelasan:

1. Menurut An-Nawawi dalam Syarh Shahih Muslim, maksud “Sahabat-sahabatku adalah penyelamat umatku…” adalah penyelamat daripada menjadi zahirnya bid`ah, rekaan-rekaan dalam agama, fitnah terhadap agama, terbitnya tanduk syaitan, menangnya Rom dan selainnya ke atas mereka.

= = = = = = = = = =

Hashtag: #qiyamramadhan

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s