KQS: Bersegera Dalam Amal Kebaikan

Posted: October 31, 2015 in #kenalquransunnah

Daripada `Uqbah radhiyallahu `anhu:

صَلَّيْتُ وَرَاءَ النَّبِيِّ ﷺ بِالْمَدِينَةِ الْعَصْرَ، فَسَلَّمَ ثُمَّ قَامَ مُسْرِعًا فَتَخَطَّى رِقَابَ النَّاسِ إِلَى بَعْضِ حُجَرِ نِسَائِهِ، فَفَزِعَ النَّاسُ مِنْ سُرْعَتِهِ فَخَرَجَ عَلَيْهِمْ فَرَأَى أَنَّهُمْ عَجِبُوا مِنْ سُرْعَتِهِ، فَقَالَ: “ذَكَرْتُ شَيْئًا مِنْ تِبْرٍ عِنْدَنَا فَكَرِهْتُ أَنْ يَحْبِسَنِي فَأَمَرْتُ بِقِسْمَتِهِ”

Aku pernah solat `Asar di belakang Nabi ﷺ di Madinah. Selepas baginda memberi salam, baginda bergegas bangkit dan melangkah leher-leher para jama`ah, menuju ke arah sebahagian bilik isteri-isteri baginda. Orang ramai berasa bimbang dengan ketergesaan baginda. Ketika baginda keluar bertemu mereka, baginda melihat mereka berasa hairan, lalu baginda berkata: “Aku teringatkan sekeping emas yang ada pada kami, dan aku tidak suka ini menggangguku (untuk fokus dalam beribadah), lalu aku perintahkan supaya emas itu dibahagikan.”
[HR Al-Bukhari, no 851]

 

Ulasan:

 

1. Kita hendaklah bersegera dalam mengerjakan kebaikan setiap kali kita terfikir tentang kebaikan tersebut, kerana syaitan akan mengambil peluang untuk membisikkan kepada kita untuk melengah-lengahkannya sehingga akhirnya kita terlupa untuk mengerjakan kebaikan tersebut.

 

2. Dalam sebahagian riwayat, disebutkan bahawa Nabi ﷺ berkata: “Aku teringatkan (sekeping emas) ketika aku sedang solat…” Ini menunjukkan bahawa berfikir tentang sesuatu ketika kita sedang solat tidak mencacatkan solat kita, dan tidak mengurangi kesempurnaan solat kita, sebagaimana yang disebutkan oleh Ibn Hajar[1].

 

3. Hadits ini juga menjadi dalil bahawa tidak wajib bagi imam atau ma’mum untuk duduk sebentar selepas solat. Kata Asy-Syafi`i[2]: Aku suka sekiranya imam berzikir kepada Allah di tempat solatnya, sekadar waktu untuk para wanita keluar (dari masjid) sebagaimana yang disebutkan oleh Ummu Salamah. Kemudian imam boleh bangkit. Namun, sekiranya imam bangkit sebelum kadar itu, atau duduk lebih lama daripada kadar itu, tidak mengapa baginya. Bagi ma’mum pula, dia boleh bangkit selepas imam memberi salam, (yakni) sebelum imam bangkit. Namun, sekiranya ma’mum menunggu sehingga imam bangkit atau ma’mum bangkit bersama imam, itu lebih aku sukai untuknya.

 

4. Hadits ini juga menjadi dalil bahawa tidak wajib bagi imam dan ma’mum untuk berzikir secara berjama`ah selepas solat. Kata Asy-Syafi`i[3]: Aku memilih pendapat bahawa bagi imam dan ma’mum untuk berzikir kepada Allah selepas selesai solat, dan hendaklah kedua-dua imam dan ma’mum memperlahankan suara ketika berzikir, kecuali sekiranya imam ingin (zikir-zikir tersebut) dipelajari daripadanya. Maka, imam boleh menguatkan suaranya sehingga dia melihat zikir-zikir tersebut telah dipelajari (oleh para ma’mumnya). Kemudian, hendaklah imam memperlahankan suaranya (ketika berzikir).

 

= = = = = = = = = =

 

Footnote:

 

[1] Ibn Hajar Al-`Asqalani, Fath Al-Bari (syarah Shahih Al-Bukhari), hadits no 851.

 

[2] Asy-Syafi`i, Al-Umm, Kitab: Solat, Bab: Ucapan imam dan duduknya imam selepas solat.

 

[3] Asy-Syafi`i, Al-Umm, Kitab: Solat, Bab: Ucapan imam dan duduknya imam selepas solat.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s