KQS: Sederhana dalam Sunnah Nabi ﷺ

Posted: November 28, 2015 in #kenalquransunnah

Daripada Anas bin Malik radhiyallahu `anhu, sabda Rasulullah ﷺ:

جَاءَ ثَلَاثَةُ رَهْطٍ إِلَى بُيُوتِ أَزْوَاجِ النَّبِيِّ ﷺ يَسْأَلُونَ عَنْ عِبَادَةِ النَّبِيِّ ﷺ، فَلَمَّا أُخْبِرُوا كَأَنَّهُمْ تَقَالُّوهَا، فَقَالُوا: وَأَيْنَ نَحْنُ مِنَ النَّبِيِّ ﷺ؟ قَدْ غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ وَمَا تَأَخَّرَ، قَالَ أَحَدُهُمْ: أَمَّا أَنَا، فَإِنِّي أُصَلِّي اللَّيْلَ أَبَدًا، وَقَالَ آخَرُ: أَنَا أَصُومُ الدَّهْرَ وَلَا أُفْطِرُ، وَقَالَ آخَرُ: أَنَا أَعْتَزِلُ النِّسَاءَ فَلَا أَتَزَوَّجُ أَبَدًا، فَجَاءَ رَسُولُ اللهِ ﷺ إِلَيْهِمْ ، فَقَالَ: أَنْتُمُ الَّذِينَ قُلْتُمْ كَذَا وَكَذَا، أَمَا وَاللهِ إِنِّي لَأَخْشَاكُمْ لِلَّهِ وَأَتْقَاكُمْ لَهُ، لَكِنِّي أَصُومُ وَأُفْطِرُ، وَأُصَلِّي وَأَرْقُدُ، وَأَتَزَوَّجُ النِّسَاءَ، فَمَنْ رَغِبَ عَنْ سُنَّتِي فَلَيْسَ مِنِّي

Tiga orang sahabat Nabi telah datang ke rumah-rumah isteri Nabi ﷺ untuk bertanya tentang ibadah Nabi ﷺ. Setelah diberitahu kepada mereka (tentang ibadah baginda), mereka menganggap ibadah baginda hanya sedikit. Mereka berkata: “Di manakah kedudukan kita berbanding kedudukan Nabi ﷺ? Sedangkan baginda telah diampunkan dosanya yang lalu dan yang akan datang.” Kata salah seorang daripada mereka: “Ada pun aku akan solat sepanjang malam.” Kata yang lain: “Aku akan berpuasa setiap hari.” Kata yang terakhir: “Aku akan menjauhkan diri daripada wanita, dan aku tidak akan berkahwin.” Lalu Rasulullah ﷺ datang bertemu mereka, dan berkata: “Kaliankah yang berkata seperti ini dan ini? Demi Allah! Akulah orang yang paling takut dan paling bertaqwa kepada Allah antara kalian semua! Namun, aku puasa dan aku juga berbuka, aku solat malam dan aku juga tidur, dan aku juga mengahwini wanita. Sesiapa yang benci sunnahku, dia tidak termasuk dalam golonganku.”

[HR Al-Bukhari, no 5063]

 

Ulasan:

 

1. Apa yang baik menurut akal kita, belum tentu baik di sisi Allah ﷻ. Kerana Allah ﷻ telah berfirman: “Sesungguhnya,  telah ada pada diri Rasulullah teladan yang baik bagi kalian.” [Surah Al-Ahzab (surah 33), ayat 21]. Apa sahaja yang dilakukan oleh Rasulullah ﷺ, itulah yang terbaik di sisi Allah ﷻ.

 

2. Segelintir umat Islam hari ini, apabila dinasihatkan supaya jangan melakukan sesuatu melebihi yang apa dicontohkan oleh Rasulullah ﷺ, mereka akan menjawab: “Apa salahnya. Ini benda baik, bukannya maksiat.” Tidakkah mereka takut mereka boleh terjerumus dalam golongan yang membenci sunnah baginda ﷺ?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s