KQS: “Ramai orang buat…” bukan hujah

Posted: February 19, 2016 in #kenalquransunnah

Firman Allah ﷻ:
وَإِنْ تُطِعْ أَكْثَرَ مَنْ فِي الْأَرْضِ يُضِلُّوكَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ إِنْ يَتَّبِعُونَ إِلَّا الظَّنَّ وَإِنْ هُمْ إِلَّا يَخْرُصُونَ
Sekiranya engkau (Muhammad) mengikuti kebanyakan manusia di bumi, pasti mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Sesungguhnya mereka hanya mengikuti sangkaan, dan sesungguhnya mereka hanyalah membuat kedustaan.
[Surah Al-An`am (surah 6), ayat 116]

Ulasan:

 

1. Ayat ini merupakan satu hujah daripada Al-Qur’an bahawa suatu amalan yang dilakukan oleh orang ramai bukanlah hujah di sisi Allah ﷻ, bahkan kebanyakan daripadanya hanyalah menjauhkan kita daripada jalan Allah ﷻ yang sebenarnya.

 

2. Bahkan, banyak ayat Al-Qur’an yang menyentuh tentang masalah ini. Antaranya:

 

(a) “Sesungguhnya Al-Qur’an adalah kebenaran daripada Tuhanmu, tetapi KEBANYAKAN manusia tidak beriman.” [Surah Hud (surah 11), ayat 17]

 

(b) “Dan KEBANYAKAN manusia tidak akan beriman walaupun engkau ingin (supaya mereka beriman).” [Surah Yusuf (surah 12), ayat 103]

 

(c) “KEBANYAKAN mereka tidak beriman kepada Allah, bahkan mereka mempersekutukan-Nya.” [Surah Yusuf (surah 12), ayat 106]

 

(d) “Bahkan, dia (Muhammad) telah datang kepada mereka dengan kebenaran, dan KEBANYAKAN mereka membenci kebenaran.” [Surah Al-Mu’minun (surah 23), ayat 70]

 

3. Namun sayangnya, umat Islam hari ini banyak berhujah dengan “majoriti”. Apabila ditegur tentang amalan-amalan yang tiada dasarnya dalam agama Islam, kebanyakannya akan berkata: “Ramai orang buat. Takkan satu Malaysia ni sesat?” Ketahuilah bahawa kebenaran hendaklah ditimbang dengan neraca Al-Qur’an dan As-Sunnah, dan bukanlah ditimbang berdasarkan ramainya orang yang menganggapnya baik.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s