KQS: Kewajipan mencegah kemungkaran

Posted: March 26, 2016 in #kenalquransunnah

Daripada An-Nu`man bin Basyir radhiyallahu `anhuma, Nabi ﷺ pernah bersabda:

مَثَلُ الْقَائِمِ عَلَى حُدُودِ اللهِ وَالْوَاقِعِ فِيهَا كَمَثَلِ قَوْمٍ اسْتَهَمُوا عَلَى سَفِينَةٍ، فَأَصَابَ بَعْضُهُمْ أَعْلاَهَا وَبَعْضُهُمْ أَسْفَلَهَا
Perumpamaan orang yang mematuhi batasan-batasan Allah dan orang yang melanggarnya adalah seperti satu kaum yang mengundi dalam sebuah kapal, lalu sebahagiannya mendapat tempat di bahagian atas, dan sebahagian yang lain mendapat tempat di bahagian bawah.

فَكَانَ الَّذِينَ فِى أَسْفَلِهَا إِذَا اسْتَقَوْا مِنَ الْمَاءِ مَرُّوا عَلَى مَنْ فَوْقَهُمْ فَقَالُوا لَوْ أَنَّا خَرَقْنَا فِى نَصِيبِنَا خَرْقًا، وَلَمْ نُؤْذِ مَنْ فَوْقَنَا
Apabila golongan yang berada di bahagian bawah kapal ingin mendapatkan air minum, mereka perlu melintasi golongan yang berada di bahagian atas kapal. Lalu mereka berkata: “Sekiranya kita boleh melubangi kapal ini untuk mendapatkan bekalan kami, pasti kami tidak perlu mengganggu mereka yang di atas.”

فَإِنْ يَتْرُكُوهُمْ وَمَا أَرَادُوا هَلَكُوا جَمِيعًا، وَإِنْ أَخَذُوا عَلَى أَيْدِيهِمْ نَجَوْا وَنَجَوْا جَمِيعًا
Sekiranya golongan yang di atas tidak menghalang golongan yang di bawah (daripada melubangi kapal) daripada apa yang mereka ingini, pasti kesemua mereka akan binasa. Sekiranya golongan yang di atas menghalang, pasti kesemua mereka akan selamat.

[HR Al-Bukhari no. 2493]

Ulasan:

 

1. Hadits ini menjadi dalil bahawa azab Allah ﷻ tidak hanya menimpa golongan yang melakukan maksiat sahaja, tetapi juga turut menimpa golongan yang tidak menghalang maksiat tersebut.

 

2. Dalam Al-Qur’an juga terdapat beberapa ayat yang menyentuh tentang masalah ini, antaranya:

 

(a) Firman Allah ﷻ: “Telah dilaknat golongan kafir daripada Bani Isra’il melalui lisan Dawud dan `Isa putera Maryam. Demikian itu kerana mereka derhaka dan selalu melampaui batas. Mereka tidak saling melarang perbuatan mungkar yang selalu mereka lakukan. Sangat buruk apa yang mereka lakukan.” [Al-Ma’idah (5), ayat 78-79]

 

(b) Firman Allah ﷻ: “Setelah mereka melupakan apa yang telah diperingatkan kepada mereka, Kami selamatkan orang-orang yang melarang perbuatan jahat dan Kami timpakan seksaan yang keras kepada orang-orang yang zalim, disebabkan mereka selalu melakukan kefasiqan.” [Al-A`raf (7), ayat 165]

 

(c) Firman Allah ﷻ: “Peliharalah diri kalian daripada fitnah (seksaan) yang tidak hanya menimpa orang-orang zalim antara kalian. Ketahuilah, sesugguhnya Allah sangat keras seksaan-Nya.” [Al-Anfal (8), ayat 25]

 

3. Oleh itu, apabila seseorang ditegur kesilapannya, lalu dia berkata: “Kenapa nak jaga tepi kain orang?” atau “Kubur kita lain-lain…”, jawablah, “Bukankah Allah dan Rasul menyuruh kita melakukan amr ma`ruf dan nahi munkar?”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s